Getty Images iStockphoto LP

River Cruise Sungai Melaka

Sungai Melaka-River-Cruise

Ramai yang pastinya sedia maklum bahawa Sungai Melaka adalah merupakan sungai yang terpenting semasa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang amat tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, petempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. Sehingga kini ia masih lagi penting dan Kerajaan Negeri Melaka telah pun mencantikkan lagi sungai ini dan menggunakannya sebagai salah satu tarikan pelancong ke negeri Melaka.

Sungai Melaka-River-Cruise-2

Sungai Melaka-River-Cruise-3

Sungai Melaka-River-Cruise-4

Sungai Melaka-River-Cruise-5

Sekiranya anda ke negeri Melaka, janganlah pula lupa untuk ke Sungai Melaka dan mencuba tarikan baru di sana seperti “River Cruise Sungai Melaka”. Bayaran tiketnya (pada tahun 2010 yang lalu) adalah RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak. River Cruise Sungai Melaka ini memakan masa selama 45 minit dan perkhidmatan ini diselenggarakan oleh agensi Kerajaan Negeri iaitu Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka. Ia merupakan ilham Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Di sini anda akan dapat menikmati pemandangan indah negeri Melaka dari dalam boat yang menyusuri Sungai Melaka. Saksikanlah sebahagian daripada Bandaraya Melaka yang bersejarah, serta pelajari sejarahnya dengan harga yang sangat murah tanpa perlu memerah keringat sekalipun! Bangunan-bangunan di kiri-kanan Sungai ini turut di cat dan di cantikkan lagi agar River Cruise anda ini menjadi lebih menarik dan menghiburkan.

Sungai Melaka-River-Cruise-6

Sungai Melaka-River-Cruise-7

Tahun lalu sahaja, kira-kira 826,765 orang telah menaiki sebanyak 40 buah boat yang disediakan di sungai Melaka bagi perjalanan sejauh 4.5km ini. Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyaksikan potensi Sungai Melaka ini dan River Cruise di sungai ini telah pun menjalankan beberapa promosi seperti “Sungai Melaka Fest” bagi menambahkan lagi bilangan pelancong ke Sungai Melaka.

- River Cruise Sungai Melaka

2 Comments

  1. Saya suka pemandangan yang saya nampak di kampung Morten tu, hehehehe. Punyalah cantik.

  2. Eizan Dean says:

    KK pun mau buat macam river cruise melaka, guna sungai sembulan….hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>