Buruh Asing Di Malaysia

0 votes

Buruh-Indonesia-2

Umum mengetahui yang jumlah pekerja asing di Malaysia dewasa ini adalah amat ramai. Jumlah mereka yang masuk dan bekerja secara SAH di pelbagai sektor di negara ini dikatakan mencecah 1.75 juta orang.  Kebanyakkan adalah di sektor pembinaan, perladangan dan juga domestik sebagai pembantu rumah. Pekerja asing Indonesia dan Bangladesh amat ramai dan popular di Semenanjung, manakala di Sabah, kebanyakkannya terdiri daripada rakyat Indonesia dan Filipina. Jumlah pekerja-pekerja asing ini jika dihitung bersama dengan yang tidak sah adalah melebihi 3 juta orang atau kira-kira 10% dari jumlah penduduk Malaysia 2010.

Satu angka yang amat besar dan membimbangkan. Soalannya: Adakah kita memerlukan pekerja asing sebegitu ramai?

Pengambilan Buruh Asing Di Malaysia

Sebelum itu, kita harus bertanya mengapa kita mengambil atau menggajikan pekerja asing walhal jumlah pengganguran dikatakan amat tinggi di negara ini? Adakah rakyat di negara ini tidak berminat lagi dengan kerja-kerja berat atau kotor sehinggakan ia perlu diserahkan 100% kepada rakyat asing?  Adakah rakyat Malaysia sudah jadi terlalu manja dan malas sehinggakan  tidak mampu lagi membuat kerja-kerja yang pernah dibuat oleh ibubapa dan nenek moyang mereka suatu masa dahulu?

Adakah rakyat Malaysia merasakan mereka sudah terlalu pandai sehinggakan kerja-kerja  mudah dan manual tidak lagi sesuai buat mereka?

Bagi para majikan pula, pengambilan pekerja asing dilihat sebagai satu  cara mengurangkan kos dan mengoptimakan keuntungan. Pekerja asing bukan sahaja sanggup menerima gaji yang rendah BERBANDING dengan pekerja tempatan, malahan mereka mudah di atur, berani dan lebih kuat bekerja. Ini menjadikan mereka sesuai di sektor-sektor pembinaan dan perladangan misalnya.

Gaji Dan Kos Sara Hidup

Gaji RM 500 yang kecil bagi pekerja tempatan dianggap memadai bagi pekerja-pekerja asing ini untuk hidup di Malaysia dan untuk dikirim kepada keluarga di negara masing-masing. Dengan adanya perkhidmatan seperti Western Union, jumlah yang dikirim ke kampung halaman menjadi lebih besar, apalagi bila ditukar ke Rupiah Indonesia atau Peso Philippines.

Saya teringat semasa saya bekerja di syarikat pembinaan tidak lama dahulu. Saya sering bertelagah dengan boss saya tentang isu “rumah kongsi”. Rumah Kongsi ini menjadi tempat tinggal pekerja-pekerja asing atau buruh binaan ini sepanjang projek pembinaan dijalankan.  Saya cuba dapatkan bagi mereka rumah yang lebih selesa dan sesuai. Namun, sampai saat saya berhenti pun, ia tidak dapat dilaksanakan.

Namun, saya dapat melihat sendiri betapa tabah dan kerasnya pekerja-pekerja asing ini.

Pekerja Asing Dan Tempatan

Asalkan ada tempat tinggal CUKUPlah. No problemo! Soal kotor dan tidak selesa bukan HAL bagi mereka dan somehow badan mereka punyai “antibodi” yang kuat bagi menahan diri dari pelbagai penyakit.  Oleh kerana mereka juga tinggal di rumah kongsi yang berdekatan dengan tapak projek, maka agak mudah menguruskan mereka dan memastikan mereka hadir ke tempat kerja. Ini berbeza dengan pekerja tempatan yang mudah AWOL terutamanya selepas hari gaji. 😉

Selepas lama saya bekerja saya sedar mengapa boss tidak mahu rumah kongsi terlalu selesa. Rumah yang terlalu selesa akan menyebabkan ia ditumpangi oleh alien-alien yang tidak diingini dan lebih teruk lagi jika pekerja asing itu buat keluarga pula di sana.

Masaalah dengan pihak berkuasa (PTI) serta pekerja mahukan gaji yang lebih bagi menampung keluarga pula akan muncul.

Perlukah Kita Buruh Asing?

Secara amnya, kita masih perlukan tenaga kerja pekerja asing ini. Cuma kalau boleh tidaklah sebanyak sekarang. Untuk rakyat kita “compete” dengan pekerja asing dan menerima cara hidup seperti di atas adalah sesuatu yang tak masuk akal dan bersifat kebelakangan. Mungkin ada cara untuk menggurangkan penggantungan kepada pekerja-pekerja asing dengan menerusi perundangan (pindaan Akta) dan sebagainya. Tetapi harus dihalusi agar tidak menimbulkan sebarang kontraversi dan membebankan rakyat.

Para majikan juga terutama yang berkemampuan, hendaklah memberikan keutamaan pada rakyat Malaysia biarpun gaji yang diminta pastinya lebih tinggi. Lebih kurang pekerja asing, maka lebih kurang juga pengeluaran wang kita ke luar negara, lebih baik untuk ekonomi Malaysia. Takkan gomen jer Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.private sector pun ikut ler sama.

– Buruh Asing Di Malaysia

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N jazuli September 2, 2011
  2. Avatar for Ismail N Malaysia Travel Blog August 22, 2011
  3. Avatar for Ismail N MEKAR August 20, 2011
    • Avatar for Ismail N NURUL February 8, 2015
  4. Avatar for Ismail N bEe August 17, 2011
  5. Avatar for Ismail N yas August 13, 2011
  6. Avatar for Ismail N zik August 13, 2011
    • Avatar for Ismail N bEe August 17, 2011
  7. Avatar for Ismail N ciksembang August 12, 2011
    • Avatar for Ismail N adele August 12, 2011
  8. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah August 11, 2011
    • Avatar for Ismail N IN August 12, 2011
      • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah August 12, 2011
        • Avatar for Ismail N bEe August 17, 2011
  9. Avatar for Ismail N danish August 11, 2011
    • Avatar for Ismail N IN August 12, 2011
  10. Avatar for Ismail N maza August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N IN August 10, 2011
      • Avatar for Ismail N maza August 11, 2011
        • Avatar for Ismail N bEe August 17, 2011
  11. Avatar for Ismail N maza August 10, 2011
  12. Avatar for Ismail N titan August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N akubiomed August 12, 2011
  13. Avatar for Ismail N Jai August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N Mrs.Ayie August 10, 2011
      • Avatar for Ismail N maza August 10, 2011
        • Avatar for Ismail N IN August 10, 2011
          • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah August 11, 2011
  14. Avatar for Ismail N nizamghazi August 10, 2011
  15. Avatar for Ismail N puanbee August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N maza August 10, 2011
      • Avatar for Ismail N IN August 10, 2011
      • Avatar for Ismail N akubiomed August 12, 2011
      • Avatar for Ismail N dnoBiz August 12, 2011
    • Avatar for Ismail N dnoBiz August 12, 2011
  16. Avatar for Ismail N Pacifista - X August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N maza August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N dnoBiz August 12, 2011
  17. Avatar for Ismail N nurmisnan August 10, 2011
    • Avatar for Ismail N MDHAFiZ.NET August 13, 2011