Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?

Bagi saya jika kita ingin hidup bermasyarakat dan dalam satu kelompok individu yang bergantungan antara satu sama lain, maka kita perlulah akur pada undang-undang dan peraturan yang wujud dalam masyarakat itu. Kita juga tidak boleh meminta kebebasan yang mutlak yang mungkin boleh mencerobohi kententeraman orang lain. Apa yang kita inginkan perlu diimbangi dengan apa yang orang lain dalam masyarakat itu khendaki.

ISA Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?Hormat menghormati dan mendahulukan kepentingan awam adalah amalam mulia yang boleh membantu kemakmuran dan kemajuan sesuatu masyarakat itu. Namun, dalam dunia ini kita harus sedar bahawa tiada satu pun yang sempurna, maka langkah berjaga-jaga di perlukan selain dari mengimplimentasikan apa yang telah sedia ada.

Saya tahu ramai yang kata Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ini JAHAT! tak bertamadun, ketinggalan zaman dan sebagainya. Bagi saya, ISA adalah pelindung kita dari anasir-anasir kurang sihat yang perlu dibendung segera akibat teknikaliti dalam pemakaian undang-undang biasa.

Dalam banyak kes, pihak berkuasa perlu bertindak segera dan tanpa undang-undang ini, mungkin negara kita dah lama jadi kucar kacir seperti kebanyakkan jiran kita dan negara-negara lain di dunia yang kini kian bergolak. Kepentingan ISA ini boleh dilihat dari peristiwa 13hb Mei 1969 dan Rusuhan 1998. Satu wawancara menarik dari Peguam/Pendakwah dan Ahli Parlimen Kulim, Sdr Zulkifli Noordin menguatkan lagi bukti bahawa ISA masih lagi AMAT DIPERLUKAN di negara ini:

(Pada tahun 1998) Saya antara orang yang menjadi dalang utama masa itu. Kita pergi bakar kat Masjid India, kita pergi baling bomb molotov cocktail kat Sri Perdana. Kita ada perancangan nak pergi baling bomb molotov cocktail kat Stadium Bukit Jalil masa itu sebab Queen Elizabeth ada. Kita nak cetus kekecohan. Saya ingat lagi, arahan (diberikan) kalau dia (Anwar) kena tangkap apa semua, bawa cerita (bahawa) dia akan disuntik virus HIV. Jadi, saya faham otak Anwar ini. Dia bukan berminat dengan SPR-Bersih ini. Diri dia pun tak bersih. Parti dia sendiri pun tak bersih….

….(1998)lebih teruk daripada 13 Mei. Sebab saya terlibat sendiri dalam 1998. Tahun 1998, kita betul-betul buat. Cuma yang tidak berjaya masa itu adalah membakar Stadium Bukit Jalil, malam perasmian Sukan Komanwel 1998. Sebab (pada masa itu), polis (telah) ISA kan kami berlima. Bila kita lihat balik, polis ambil tindakan yang betul. Saya antara orang yang kena tahan ISA. Cuba bayangkan, saya orang yang kena tahan ISA, hari ini bercakap yang tindakan polis itu betul. Memang betul, kalau polis tidak ambil tindakan ISA malam itu, saya ingat huru-hara.- Zulkifli Noordin

Baca keseluruhan wawancara di SINI, SINI dan SINI.

- Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?

 Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?

16 thoughts on “Mengapa Kita Masih Perlukan ISA?

  1. Inilah masalahnya jikalau terlalu fanatik kepada sesuatu. Ketua cakap apa sahaja ikut tanpa berfikir secara rasional. ISA nak di ubah tapi tak tahu bila kot?

  2. Aku kan pe…cuma kesian jika ISA ni disalah guna jerr…
    Tp mende ni tetap kene ada, cuma kene lbh telus lg la kot….

  3. Untuk sesetengah perkara yang memang jelas dapat melindungi keselamatan seluruh rakyat, ISA memang perlu. Dalam dunia ni, ramai yang suka mengambil kesempatan jika tak ada peraturan.
    Kalau semua dilepasbebaskan tanpa sebarang peraturan, semua orang akan melakukan apa yang mereka anggap betul tanpa memikirkan bahawa apa yang mereka lakukan itu belum tentu betul. Pihak yang dipertanggungjawabkan untuk penguatkuasaan undang-undang perlu tegas tanpa pilih kasih dan jangan bertindak untuk melindungi diri mereka sendiri sahaja.

  4. ISA…mmg satu isu yg pihak pembangkang suka ketengahkan..pada aku, mmg aku masih lagi rasa yg ISA perlu wujud utk sesetengah kes sperti rususan 1998…tp jgnlah dibiarkan mereka terlalu lama meringkuk dalam penjara ;p

    apa2pun, aku tetap bersyukur lahir di bumi Malaysia yg bertuah ni…alhamdulillah

    • ISA ni rasanya mereka bukan dipenjara. Mereka diletakkan di satu tempat yang terasing dari dunia luar.

  5. Salam,
    Saya juga sgt setuju dgn pandangan saudara, mmg kalau dikutkan ISA dipandang sebagai elemen jahat pihak pemerintah untuk menguasai rakyat. Tapi bayangkan kalau mereka2 ini dibiarkan terlepas, bencana yang dibawanya memberi kesan buruk pada masyarakat dan dunia akan memandang kita sebagai negara yang kucar-kacir.

    Bila sudah kucar-kacir nanti barulah kita akan sedar pentingnya keamanan dalam negara. Perlu kita ingat suara MAJORITI tak semestinya betul.

    +just my 2 cent+

  6. Gunakan saluran yang betul, dan kuasa mengundi untuk menyuarakan pandangan. Menceroboh, rusuhan, dan keganasan takkan pernah menyelesaikan apa-apa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *