Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

Beberapa tahun dahulu jutawan dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra digulingkan dan diturunkan dari jawatannya melalui satu Reformasi?? Rakyat Thailand. Thaksin dituduh sebagai perasuah dan terpaksa hidup dalam buangan selepas tentera mengambil alih kerajaannya yang dikatakan korup dan menyalahgunakan kuasa. Beberapa pertempuran berlaku dan mengakibat KEHILANGAN NYAWA ramai rakyat Thailand masa itu.

thailand 19 September Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

Ekonomi Thailand menjadi rapuh dan menjadi kucar kacir apabila gerakan menjatuhkannya menjadi tidak terkawal dan rusuhan berlaku di sana sini. Thaksin cuba mencari suaka politik di negara-negara luar dan tidak kembali ke Thailand sejak 2008 Mahkamah Agong Thailand memutuskan beliau bersalah atas salah guna kuasa.

Tiga tahun berlalu dan semalam parti pembangkang pimpinan adik perempuannya Yingluck Shinawatra berjaya memenangi pilihanraya Thailand dan seterusnya menjadi Perdana Menteri wanita Thailand yang pertama sekali. Walaupun Yingluck yang menang, namun ramai yang mentafsirkan kemenangan itu adalah kemenangan Thaksin Shinawatra.

Kini, bekas Perdana Menteri Thailand itu dikatakan akan kembali ke  negara asalnya dan mungkin kembali ke politik Thailand? Mungkin juga mengemudi pemerintahan dari belakang tabir? Siapa tahu kan?

Jadi bagaimana dengan darah-darah yang mengalir untuk menjatuhkannya dulu? Sia-sia sahaja? Apa yang jelas, ia menunjukkan LEBIH SENANG DAN POPULAR JADI PEMBANGKANG dari jadi kerajaan. Dah dapat kuasa, tahu kah apa nak dibuat? Jangan garu kepala aje pulak nanti? :

- Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

 Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

Latest posts by Ismail N (see all)

24 thoughts on “Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

  1. Memang tak berbaloi pertumpahan darah untuk satu perebutan kuasa.

    Kak Long suka mawar merah tapi tak suka baju merah.
    Takut kena kejar lembu.
    baju kuning, jarang pakai sebab di sekolah, Kak Long rumah biru.
    Biasanya, Kak Long selalu pakai baju yang warnanya campur-campur sebab kalau satu warna aje, tak meriah!

  2. macam2 kaler baju ada…
    aku ni hari ahad diminta pakai baju putih
    hari khamis pakai baju batik

    ikut orang suruh je
    huhu

  3. lepas ni utk kerajaan akan datang Parti Abasit pula akan menang.. kemudian bertukar tangan pula ke Taksin..

    percaya tak?

    hehehehe

  4. pembangkang mesti menonjol dengan perbezaannya, tapi biarlah perbezaan tu mempunyai matlamat yg sama dengan kerajaan, kalau setakat kepentingan kroni dan diri sendiri payah juga..

    • kawe pon suka ada pembangkang yg ramai TAPI mesti bangkang dgn sihat dan usah buat kacau… korek korek korek jer YB2 yg tak boleh pakai.. Jangan pula tunjukkan diri sendiri tak leh pakai lak.. :D

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *