Pagi ini jalan agak lengang sekali. Saya boleh agak yang ramai pelajar ponteng sekolah masing-masing berdasarkan kalibat pelajar yang ada di sekolah anak-anak saya dan sekolah-sekolah lain yang berdekatan.
Mungkin ada yang pulang bercuti di kampung dan mengambil extra holiday sendiri. Saya tahu ada jiran saya yang masih di kampung.
Walhal Maulidur Rasul jatuh pada hari minggu dan dikebanyakkan negara ia bukanlah cuti umum. Ini buat saya teringat tulisan terbaru oleh Tun Dr Mahathir bertajuk Cuti-Cuti Malaysia. Agak menarik dan menyingkap situasi di negara ini sekarang. Adakah dengan sebab kita ada pelbagai kaum dan agama di negara ini, maka kita perlu bercuti lebih? Adakah setiap perayaan kaum dan agama perlu ada cuti? Mestikah setiap cuti yang jatuh pada hari minggu perlu di ganti pada hari Isnin?
Bagi yang kerja makan gaji, of course, sukalah kan? Dapat cuti dan gaji jalan. Tapi mereka yang hidupnya bergantung pada aktiviti ekonomi harian, hmmm.. situasi begini amat memeningkan kepala. Bukan senang nak buat duit kalau cuti sahaja. Yang ada website dan cuba buat duit dari website mereka sure boleh faham sikit-sikit kan?
- Cuti-Cuti Malaysia



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.
Cuti yang banyak ada baik buruknya. Satu peluang buat pengusaha pelancongan buat duit. Kita pulak janganlah sampai tak reti memanafaatkan cuti yang diberi. Waktu kerja, pulun cukup-cukup. Waktu cuti guna sungguh-sungguh.
Cikgu Hairul recently posted..Singgah Di Pantai Merdeka Dan Tanjung Dawai
Pada awal tahun, memang rasa tak begitu seronok bila cuti bersambung-sambung. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Akhirnya, masa cuti pun terpaksa ke tempat kerja untuk uruskan banyak kerja yang tertangguh.
Tetapi kalau web blog kita target pada organic visitor ia tiada masalah kot. Sama2lah kita meningkatkan SEO blog kita untuk tujuan itu
b3njy recently posted..ADA ORANG KATA BR1M MENIPU DAN TIDAK ADIL
Pada Benjy cuti yang diganti ahad kepada isnin perlu juga … sebab bolehlah berehat selepas menziarahi rakan2 pada hari ahad.
b3njy recently posted..ADA ORANG KATA BR1M MENIPU DAN TIDAK ADIL
Soalan pertama tu memang perlu lebih cuti sebab Malaysia ada pelbagai kaum maka kita bolehlah menziarah sahabat2 pelbagai kaum untum meraihkannya.
b3njy recently posted..ADA ORANG KATA BR1M MENIPU DAN TIDAK ADIL
Kalau cuti banyak akan memberi kesan kepada ekonomi dan pelabur ke negara ini. Jangan jadi negara Filipina banyak cuti.
nampaknya besok dah mula bertugas,,,,
hatiputera recently posted..Kepak ayam
cuti banyak patutnya taubat pun banyak..
bagi hapuskan dosa2 dok mengumpat majikan, marah2 pelanggan, marah2 pada boss.. dan dapat rapatkan hubungan kekeluargaan….
hehehhee
maza recently posted..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!
siapa yg ngumpat tu?
tak leh selalu cuti..bila cuti..duit lari maa..
Bagi yang kerja sendiri ni memamg pening kepala kalau asyik cuti jer
anif recently posted..Jentera Formula 1 (F1) Red Bull R8 Dilancarkan Secara Online
Malaysia mempunyai tempat2 yang menarik dan cantik
utk kita pergi bercuti.. Plan balik Malaysia kali kedua nih ingatkan
nak cuti2 Malaysia ke Pangkor.. tak sampai lagi…