Google AdSense

Google AdSense

Islam Yang Anti-Hadis

anti hadis

Gambar kredit kepada thestar.com.my

Saya tertarik dengan artikel TDM di bawah topik “Hukum Hudud”. Namun, yang buat saya tertarik ialah persoalan orang-orang Islam yang dilabel sebagai anti Hadis bila mempersoalkan keesahan sesuatu hadis. Perkataan “Anti Hadis” ini rasanya mula saya dengar semasa di IPT dahulu dan antara orang yang dikaitkan dengannya tidak lain dan tidak bukan sasterawan Dr Kassim Ahmad. Mungkin ada yang dah baca atau dengar tulisan Dr Kassim, namun yang penting dalam entri kali ini ialah soalan “Bilakah kita patut labelkan seseorang itu sebagai Anti Hadis?”, malah adakah wajarkah label sebegini ini di buat?

Dulu lain sekarang lain… Masa zaman saya kanak-kanak dahulu isu kafir mengkafir dan label melebel sesama Islam agak jarang sekali. Agak mudah hendak fahami Islam kerana ia di ajar secara mudah dan tumpuan di beri kepada Rukun Islam yang 5. Belajar Fardu Ain dan mengaji dipentingkan agar ibadah boleh dilaksanakan secukupnya. Akan tetapi umat Islam juga digalakkan mendalami ilmu Islam dan ia dianggap perlu bagi menghadapi tohmahan musuh-musuh Islam. Ironiknya, hari ini ramai cendikiawan Islam berbalah sesama sendiri dan tidak seperti dulu-dulu Islam menjadi lebih “complicated” bila ramai yang keluarkan nas-nas dan hujah-hujah terbaru dan terkini. The worst part ialah bila ilmu sudah ditambah kita sibuk pula berbalah sesama sendiri, sedangkan tujuan asal menuntut dan mendalami ilmu itu agar kita boleh menghadapi persoalan dan tohmahan yang dikemukakan oleh musuh Islam. Sesama kita, amboi garangnya dan berhujah tanpa henti. Bila dengan bukan Islam, hmmm.. kecut perut, pijak semut pun tak mati.

Saya harap jangan pula ada yang labelkan saya  “Islam Yang Anti-Hadis” juga kerana saya juga rasa perlu dipersoalkan hadis-hadis yang terlalu banyak dan memberi maksud yang berkonflik dengan hadis-hadis sahih dan Al-Quran. Terpulanglah kepada ulama-ulama dan cendiakawan untuk menjawab persoalan yang dikemukan dan tidak terus melebel kafir atau anti-hadis atau lebih teruk lagi syaitan!!! Jika kita mahu berdakwah dan menarik lebih ramai manusia memeluk Islam, kita wajar tunjukkan Islam itu cantik, Islam itu hebat dan Islam itu penyayang. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa umat Islam di dunia ini makin sedikit dan ianya akan terus menjadi sedikit jika kita terus menggunakan pendekatan yang yang ekstreme dan lupa akan bangsa dan agama lain yang turut bertapak di muka bumi ini.  Berfikiran terbuka dan hormati sesama manusia. Barulah orang lain boleh hormat dengan kita pula. My 5 cents sahaja. :D

- Islam Yang Anti-Hadis

2 Comments

  1. tehr says:

    Aku tak reti bab ni
    Banyak yg perlu difahami lagi
    tehr recently posted..Mengapa Jadi Keliru

  2. akubiomed says:

    Kadang-kadang saya tidak faham sesama ulama berbalah. Kita yang jahil ini pun keliru mana satu yang betul.