Blogger Dan SEO Contest

Ramai blogger pada hari ini suka menganjurkan ‘contest‘ atau pertandingan buat pengunjung-pengunjung blog mereka. Peserta-peserta biasanya dikhendaki membuat satu tugasan dan keputusan di adili berasaskan terma dan syarat serta budi bicara pemilik blog yang menganjurkan pertandingan tersebut. Selalunya ia dibuka kepada blogger-blogger sahaja yang kemudianya perlu mencanangkan ‘contest’ itu kepada blogger-blogger lain di blog mereka pula.

seo contest Blogger Dan SEO Contest

Gambar kredit kepada blog.serpd.com

Menganjurkan ‘contest’ adalah satu bentuk promosi yang baik dan effektif dalam meningkatkan kehadiran pengunjung ke blog dan menambahkan pautan (links) yang sekaligus memberi kesan baik dari segi “Search Engine Ranking Placement” atau ringkasnya, SERP dan PR Ranking buat blog mereka.

>>> Belajar SEO Dengan Kitab Jambu Merah (Best Selling SEO Book Di Malaysia) <<<

Selain dari itu, terdapat juga blogger-blogger yang membuat ‘contest‘ sekadar bagi menghargai pengunjung-pengunjung blog atau sebagai satu acara sambutan memperingati tarikh tertentu seperti ulang tahun blog mereka. Namun, walau apa juga tujuan ‘contest’ diadakan, trend ini dilihat sebagai semakin popular dan semakin kerap digunakan terutama oleh blogger yang baru hendak meningkat naik.

Dalam menjayakan sesuatu ‘contest‘, terdapat pelbagai format atau bentuk yang digunakan. Contohnya: blogger ini sendiri yang pernah menganjurkan ‘contest’ di blog Dulu Lain Sekarang Lain, amat gemar pada format yang meminta peserta ‘contest’ membuat karangan atau artikel di blog peserta ‘contest’.

Agak menarik apabila membaca hasil peserta – melihat mereka menginterpretasikan soalan dalam bentuk artikel sambil berkongsi idea-idea menarik dan pengalaman mereka. Masaalahnya pula ialah untuk menghakimi penyertaan secara adil dan saksama tanpa mengecilkan hati mana-mana pihak yang terlibat dalam ‘contest’ tersebut. Ini amat sukar kecuali bila ada satu penyertaan yang benar-benar ‘stand-out’ dari yang lain-lain dengan nukilan yang kreatif, menarik serta penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat.

Berikutan dari kesukaran membuat penghakiman, maka sesetengah blogger yang menganjurkan ‘contest’ ini akan mengambil pendekatan yang lebih objektif dalam memilih pemenang-pemenang. Ini dapat membantu mereka dari pening kepala atau merasa susah hati jika tersilap membuat pilihan pemenang-pemenang ‘contest’ mereka.

Antaranya adalah dengan memilih pemenang secara rawak menggunakan RANDO.ORG atau melemparkan soalan khas yang mempunyai jawapan yang spesifik.

SEO Contest

Satu bentuk ‘contest’ yang semakin popular ialah mengadakan ‘seo contest’. Di sini blogger-blogger yang mengambil bahagian akan berpeluang menguji kehandalan dan kefahaman SEO masing-masing. Mereka akan cuba ‘out do‘ satu sama lain dengan skill yang mereka ada dalam ‘seo game’ ini. Keburukkannya adalah cuma mereka yang benar-benar faham dan mahir dalam seo akan lebih berpeluang menjadi pemenang.

‘Newbies’ dan ‘not savvy seo’ seperti blogger ini icon biggrin Blogger Dan SEO Contest terutamanya hanya akan menjadi ‘supporting cast’ sahaja dalam ‘seo contest’. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam… Boleh untung kah kami ni?

Namun, blogger-blogger baru dan tidak hebat seo, jangan mudah putus asa. Satu perkara mengenai seo ini ialah tiada siapa yang benar-benar pakar mengenai seo. Ini kerana tiada siapa yang tahu bagaimana ‘Google Algorithm‘ berfungsi. Sifu-sifu seo cuma hanya mampu mengagak berdasarkan kajian dan cubaan. Oleh itu, peluang anda masih tetap ada.

Tambahan pula Google Algorithm ini akan berubah dari semasa ke semasa. Maka teknik-teknik lama seo mungkin akan luput ditelan zaman icon biggrin Blogger Dan SEO Contest Namun, teknik-teknik asas dan utama adalah masih relevan sehingga sekarang seperti keyword density, unique content dan backlinks.

Blogger ini belum pernah menguji skill nya dengan jaguhan-jaguhan seo dalam ‘seo contest’ sebegini. Rasanya, memang kalah pun kot icon biggrin Blogger Dan SEO Contest Akan tetapi, jika ada ‘seruuu’, mungkin dia akan turut juga nanti, insya-allah. Bagi yang pernah mengikuti ‘seo contest‘ ini, sudi-sudikan lah berkongsi pengalaman anda di blog ini. Mungkin ada banyak yang boleh dipelajari oleh pembaca blog ini dan membuka hati mereka untuk ikut sama bertanding di masa hadapan. Terima kasih….

- Blogger Dan SEO Contest

 Blogger Dan SEO Contest

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Blogger Dan SEO Contest

Latest posts by Ismail N (see all)

7 thoughts on “Blogger Dan SEO Contest

  1. Saya sudah mengikuti syarat SEO tetapi entri belum mencapai seperti apa yang dikehendaki. Betul kata bro algorithm Google tiada siapa yang tahu jadi semua orang ada peluang. :-)

  2. Betul tuh brother.. orang kata kebetulan.. tapi tektik2 yang
    digunakan seperti keyword serta backlink sedikit sebanyak
    memain peranan..

Comments are closed.