Google AdSense

Google AdSense

Blogging – Antara Realiti Dan Fantasi

realiti dan fantasi

Gambar kredit kepada cybababe.deviantart.com

Di dalam entri sempena 1 tahun Dulu Lain Sekarang Lain, saya ada memasang angan-angan untuk membuat 1000 entri dalam tahun ke dua blog ini. Saya katakan angan-angan sebab secara realitinya, amat sukar untuk saya melaksanakan tugasan tersebut. 1000 entri setahun bermakna 2 atau 3 entri sehari. Jika saya ponteng blogging satu hari :D , maka keesokkan harinya saya perlu menggandakan jumlah entri saya. Jika saya ponteng satu minggu (biasanya bila musim hari raya atau bila malang menimpa), saya berhutang pula sebanyak kira-kira 20 artikel. Mana boleh tahan kan? Kecualilah, saya mengupah penulis upahan bagi membuat artikel bagi saya which is tak sesuai kerana ini bukan blog niche tetapi blog peribadi. Catatan peribadi saya sendiri :D Oleh itu, orang lain tak boleh masuk campur lah!

Namun disebalik MISSION IMPOSSIBLE itu, berfantasikan pencapaian sebegini amat penting dalam memotivasikan diri sebagai blogger. Blogging tanpa tujuan, tanpa objektif dan tanpa kayu pengukur boleh membuatkan seseorang blogger menjadi jemu dan mudah putus asa. Lihat sahaja, entri 500 saya DI SINI. Ketika menulis entri tersebut, saya tersenyum-senyum sendirian. Bangga dengan pencapaian tersebut dan bersemangat hendak menulis lagi. Saya rasa Ryan Giggs pun tersenyum-senyum di hari beliau bermain kali ke 500 buat Man Utd dan sekarang bersemangat untuk tidak menggantung kasut bola hingga mencapai game ke 1000 biarpun umurnya akan mencecah 40 tahun pada 2013.

Dalam berfantasi pula, blogger harus “keep the feet on the ground” dan jangan terlalu taksub dengan angan-angan itu pula. Ada yang menjadi kecewa bila angan-angan tak kesampaian. Contohnya, hendak buat duit dari blog tetapi rupa-rupanya banyak duit pula yang habis disebabkan oleh blog. Blogger jangan putus asa dan jangan kecewa. Yang paling penting blogger harus tahu membezakan antara realiti dan fantasi.

Realiti adalah berpijak di bumi yang nyata dan di bumi yang nyata kita sedar bukan semua yang kita rancang akan menjadi. Oleh itu, apa yang kita buat biasanya pada tahap kemampuan kita sahaja. Dan pada satu masa kita perlu berfantasi dan mencabar keupayaan kita.

Jika fantasi kita terlalu jauh, mungkin apa yang fantasikan tidak dapat di capai. Namun, jika fantasi itu tidak terlalu jauh atau kita memberikan usaha yang amat tinggi, maka tidak mustahil fantasi itu menjadi realiti. Lagipun, saya percaya sebelum anda semua menjadi blogger, anda pasti telah berfantasi terlebih dahulu kan? :D Di samping itu ada juga rakan-rakan anda yang berfantasi menjadi blogger tetapi sampai sekarang tak menjadi realiti :wink:

Sebelum saya mengundur diri malam ini, saya ingin bertanyakan satu soalanApakah angan-angan anda dengan blog anda? dan secara realitinya, adakah anda rasa ia boleh di capai?“  :D Kongsi ya, jangan tak kongsi. Sealmat malam semua ….

- Blogging – Antara Realiti Dan Fantasi

26 Comments

  1. iAwani says:

    …. Mission Impossible itu berjaya kami capai. Jumah artikel iAwani dah mencapai jumlah 1,000 menjelang awal Mei 2012. Mulanya fantasi. Tapi direalisasikan melalui tindakan berdasarkan pelan starategi. Walaupun Impossible bagi sebuah blog baru namu tercapai juga.
    iAwani recently posted..Baca Buku Panduan Samsung Galaxy S3 Secara Online

  2. hafizmd says:

    Fantasi untuk mencabar realiti. fuh! Mmg ada point.

    Cuma, aku jugak sependapat ngn bro, kualiti tetap no. 1.

    Tentang apa yg aku nak buat dgn blog, aku harap dapat memberi ‘sesuatu’ pada masyarakat. Untuk diri, biarlah dia datang kemudian. =)
    hafizmd recently posted..Berita hangat vs hangit!

  3. Jebeng Otai says:

    mcm mustahil kalo nk letak angan2 1000 entri..huhu

    sy nk try dpt alexa 100k.. :)
    Jebeng Otai recently posted..Tips Penjagaan Muka Lelaki Kacak

  4. ProfHariz says:

    Angan-angan mahu weblog profhariz boleh terkenal mcm hanis zalikha ;p hahahaha
    ProfHariz recently posted..Lirik Aku Ditipu Lagi Data

  5. nizamghazi says:

    Firstly saya nak cakap, saya sangat sukakan lagu tu.
    Secondly saya suka artikel ni sebab saya adalah salah seorang yang suka berfantasi dari realiti.
    Tapi kalau buat 1000 entri per year. Oh no saya sendiri pun tak mampu untuk mengarang. Bagi saya tulislah apa yang mampu dan apa yang terbaik.
    Kualiti lebih baik dari kuantiti – personal option bro :)
    nizamghazi recently posted..Education Yang Tertinggal : Going Back To Ipoh Anonymously

    1. IN says:

      Yup, kualiti lebih penting. That’s why hendak buat 1000 per year cuma satu fantasi sbb tak sanggup nak gadaikan kualiti. Otherwise tempek aje video UTube or gambo2 di blog ni utk cukupkan 1000. kan? :D

  6. titan says:

    wahh..cantek gambar first tu..
    titan recently posted..Fanpage Bulu Ketiak Lelaki Kacak

  7. tehr says:

    buat blog untuk cabar diri sendiri
    asal saja tak kecewa kalau gagal
    tehr recently posted..Pantun Hari Khamis

    1. IN says:

      jgn kecewa ahad ni pula bro (MU) :D

      1. hafizmd says:

        ….pahit kita telan jua… =)
        hafizmd recently posted..Berita hangat vs hangit!

  8. ProfHariz says:

    membuat 1000 entri dalam tahun ke dua ? Banyaknya sehari bpe entri tu bro ?
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #5 – Bendang di Pulau Pinang

  9. nurmisnan says:

    aku akan kongsikan apa yang ada terutama petua2 atau tips2
    yang berguna utk semua.. gembira melihat semua sentiasa
    sihat…
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #44

  10. Berblog dulu kononnya nak meluahkan perasaan sebab zaman dulu-dulu suka sangat menulis di dairi. Bila dah berblog, macam-macam dapat. Dapat kawan, dapat ilmu, dapat motivasi dan macam-macam lagi. Rupanya kehidupan berblog ini lebih luas daripada yang dijangka.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Kek dan Lebah

  11. padin says:

    angan – angan pada blog ye? … umm mungkin ada beberapa perkara yang boleh jadikan motivasi dan inspirasi kepada yang lain….

    1. IN says:

      benda2 baik mmg patut di kongsi… :D

  12. suri says:

    sebab saya tahu sesuatu..bila tahu prka ygbaru rasa rugi tka dpt kongsi dgn org lain he..tpi mmg berblog bukan serius skdar penuhi masa dan hobi.
    suri recently posted..Manfaat Elettaria Cardamomum

  13. Izzuddin Fauzi says:

    Entah la… Blogging sebab hobi… Blogging sebab nak luangkan waktu yang x ada orang punya… :D
    Izzuddin Fauzi recently posted..Blog Report Minggu Ke-2

  14. akubiomed says:

    Bimbang juga apabila set KPI untuk blog nanti tidak tercapailah pula sebab tujuan menulis blog untuk terapi dan membina rangkaian sahabat siber.
    akubiomed recently posted..Pelancaran Kawasaki MX World pertama

    1. IN says:

      ada KPI ya…

  15. hatiputera says:

    macam lagu crossfire jer,,realiti dan fantasi….
    hatiputera recently posted..LELAKI KACAK UPDATE SPONSOR

  16. kak tie says:

    Kak tie dulu tujuan utama nak cari seorang rakan, tapi dapat pula kawan2 baru. Namun akhirnya ketemu juga orang yang kak tie cari…. di fb….

    1. IN says:

      format jejak kasih yg dimodifikasi ni :D

  17. maza says:

    maza kembali ke sekolah.. terpaksalah memperlahankan rentak utk berblogging.. huhuhu

    lepas SPM ni nanti, boleh kembali di arus teknologi awan mega yg ini.. hehehe

    1. IN says:

      selamat bersekolah… ikut ckp guru tau!

  18. anif says:

    Dulu masa mula-mula berblog cuma mahu postkan gambar anak-anak! Tapi sekarang rasanya dan menyimpang sikit!
    anif recently posted..CEO Yahoo Tertangkap Menipu Resume!

    1. IN says:

      anggapnya sbg re-branding :wink: