Ada insan yang memberitahu saya yang blogging tu ialah aktiviti yang sia-sia dan membuang masa. Daripada mengadap depan komputer berjam-jam tanpa pulangan yang lumyan, lebih baik masa itu digunakan bagi membuat kerja lain yang mendatangkan hasil. Saya hanya mendiamkan diri sahaja. Suka atau tidak, dia tetap ada ‘point‘ yang betul. Dengan Land Cruiser Cygnus milik beliau menjadi kenderaan kami malam itu, kata-kata nya bukan sekadar omongan kosong sahaja. Akan tetapi, setiap insan ada ukuran kejayaan dan kemahuan masing-masing. Bagi saya, blogging sekadar mengisi masa lapang dan tempat meluahkan apa yang terbuku di hati dan fikiran. Tak termimpi diri ini akan menjadi kaya raya dengan hanya menulis blog.
Saya rasa lebih 90% blogger tidak mendapat apa-apa pulangan pendapatan dari blog mereka
Tolak kos hosting dan domain (jika ada), elektrik, internet dan kopi bagi menyegarkan mata, ramai blogger yang terpaksa menanggung kos blogging mereka dengan pendapatan yang sedia ada. Namun, untuk mengatakan ianya sia-sia semata adalah suatu yang tidak saya setujui. Selain dari membantu mempertajamkan minda, ia juga membantu blogger mengelak diri dari melibatkan dengan aktiviti yang kurang sihat. Tidak kurang juga blogger yang berbakti kepada masyarakat dengan tulisan yang membina, informatif dan menerapkan nilai-nilai murni. Itu cukup memberi kepuasan diri dan membina keyakinan diri bagi hari-hari mendatang.
Then again, jika anda berfikir tentang $$ sahaja seperti ‘my dear friend‘ tadi, maka anda mungkin akan berfikir sepertinya juga. In the end, tepuk dada tanya selera…. Apa pendapat anda pula?
- Blogging Itu Kerja Sia-Sia



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Jika RM yang diukur, aktiviti berblogging ini nampak sia-sia. Mungkin dia melihat dengan jangka masa pendek. Jangka masa panjang, lepas 3 tahun, masih ada orang yang akan masih boleh membaca buah fikiran kita yang menulis blog ini.
amirulfaiz recently posted..Tanpa udara, kita binasa.
for me bogging is fun. money is other stuffs.
blogging untuk berkongsi info..
Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
entah. setakat ni, lum jadi kerja sia-sia bagi aku. haha..
Kalau kena dgn caranya blogging tetap boleh menghasilkan pendapatan sampingan yg lumayan…bw the end mcm bro ckp jg laa…tepuk dada tanya selera
yas recently posted..Wordless Wednesday – JUAL TUDUNG JATUH HARAM?
sush nak ya atau tidk kata kwn bro tu lain org lain hujanya. tpi mmg apa ckp benar in kes klu dha da minat berblog kita sekat tapi tka leh gak paha juga hee..asal beri kepuasan dlm khdupan oklah jgn usik org tak tentu pasal heee habis ar…
sb minat pastu klu keje opis dh siap blh caru ilmu3 elok muat dlm entri paling kurang masa lapang sy terisi. sambil tu dpt gak jana wang melalaui busines on line dlm blog sy heee
Sia2 la hidup kalau tak pernah merasa nikmat berblog. Haha.. Berblog ni tempat untuk kita menyampaikan segala maklumat yg berfaedah/tidak berfaedah kepada orang ramai dengan mudah. Disamping boleh la juga dapat duit poket yang tidak seberapa.
Hazmin Hamudin recently posted..Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012
emm lain orang,lain pendapat dia..kan??bg aku blogging ni satu perkara yang mengembirakan..entri kita dapat dikongsi pada seluruh masyarakt..lagi suka bila entri yang dikongsi tu mendapat feed back yang positif dr pelawat/pembaca..hehe..
Hafizul recently posted..Rakan Blogger Baca Ni
Bagi aku blogging adalah tempat untuk meluahkan pendapat dan apa yang dirasakan sesuai untuk dikongsi.
Blogging juga membantu mengurangkan stress yang dialami.
shaharil recently posted..Melihat Anak Bulan Ramadahan Khamis Ini
pada sy jika seseorg tu berjaya dengan apa yang kita sampaikan melalui blog itu sudah memadai
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Kesilapan Muslim Dalam Bulan Ramadhan
masing2 punya pandangan
minat dan keperluan manusia tak sama
tehr recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan
berblog semata-mata untuk wang memang ia,tapi jika aku fikir bergitu dari awal lagi aku sudah nembuat cerita yang panas untuk menarik perhatin, tujuan kita hanya sekadar berkongsi ilmu dan cerita dan tidak salah juga jika kita mendapatkan hasil dari berbloging
onlajer recently posted..Ramadhan Datang
Bagi aku berblogging ini sebenarnya ada baiknya. Selain dapat berkongsi ilmu + idea + pendapatan dari hasil contest2 yang dianjurkan, kita juga dapat eratkan silaturahim sesama muslim..
Buruknya.. ada yang berblogging lebih gemar berkongsi gosip + berkongsi cerita2 yang boleh memberi fitnah kpd sipulan + gambar2 yang menjolok mata..
nurmisnan recently posted..KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT
Pendapat aku? Cukup sekadar menyatakan yg aku setuju 300% dgn kenyataan bro yg ni;
“tulisan yang membina, informatif dan menerapkan nilai-nilai murni”
-ukuran kejayaan bukan setakat wang ringgit semata- hafizmd
hafizmd recently posted..Bukan Blogger Tegar!
Betullah tu, kalau berblogging kerana wang memang sia-sialah usaha berbblogging itu. Seeloknya berblogginglah atas dasar hobi dan minat, takpe kan!
faizul recently posted..Kulit dah semakin gelap kerana bersukan
komen ni kira aktiviti blogging juga kan?hehe
tak sia-sia sebab ini adalah persahabatan
Antara sebab saya menulis blog adalah untuk menajamkan fikiran tetapi awas ia bukan untuk kelakuan copy paste entri.
akubiomed recently posted..Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012
Yang pastinya berblog bukan sebab wang.. lebih kepada menyalurkan idea dan pendapat untuk menajamkan minda!
Duit cerita kemudian lah!
anif recently posted..Niat Puasa Ramadan