Brader iPong

iphone apps

Sudah banyak kali saya menghadiri majlis atau aturcara yang ada menyediakan ‘cabutan bertuah’ sebagai daya tarikan dan hiburan. Namun, seingat saya tidak pernah menang apa-apa pun. Kalau ada pun, tidak ada apa-apa hadiah yang ‘significant’ yang diperolehi.

Oleh itu, bila hadir ke majlis SBB2014 yang baru lalu, saya memang tidak mengharapkan apa-apa.

Dan apabila jam melepasi pukul 4 petang, tampak keadaan yang sama akan berulang lagi.

Namun, tanpa diduga, apabila tiba ke cabutan hadiah ‘iPhone 5s’, nama saya terpampang di skrin sebagai pemenang bertuah.

Mak oii, tak sangka you!

Brader iPong

Tambah menarik lagi mengenai cabutan bertuah ini, kita bukan sahaja dapat hadiah yang diberikan oleh penaja, malah PUBLISITI PERCUMA yang membantu rakan-rakan blogger ingat kat kita biarpun tidak sempat bertegur sapa:

Brader iPong

iphong maaa

Komen yang di cilok dari blog khairulasrol.com

Ada 300 +++ blogger yang hadir saya difahamkan. Hendak jumpa kesemuanya dan memperkenalkan diri kita memanglah payah. Jadi apabila dapat situasi yang sebegini, saya cuma boleh bersyukur sahaja.

Pukul 5 tepat saya boleh terus ke KLCC dan menaiki RapidKL ke KL Central, di mana saya akan ambil LRT ke Putra Jaya. Bab networking dan publisiti rasanya ‘bereh’ dah. Masa untuk keluarga pula.

Bayangkan pula publisiti yang diterima oleh blogger ini:

SBB2014 terbaik

Gambar ni atas ihsan Bro Mohd Rasul dari www.iluvtour.com

Bagi mereka yang kurang bernasib baik pada hari tersebut, janganlah kecewa dan yakinlah ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini hari kami, esok lusa mungkin anda pula:

cabutan bertuah

Itu sahaja lapuran kedua SBB2014 kali ini. Ada 10 lagi yang akan menyusul insya-allah. Itupun kalau anda semua tak boring membacanya. 😀

0 votes
Avatar for Ismail N

• Meet the Author • Ismail N


Dulu Lain Sekarang Lain is owned by Ismail N (lifestyle blogger cum internet marketer). I enjoy putting passion and personality into each website designed.


Comments on this entry are closed.

  • Avatar for Ismail N

    berbaloi datang dari jauh..tahniah..tahun tak berpeluang datang.

  • Avatar for Ismail N

    pasni collect ipong banyak-banyak lagi ye bro. hehe

  • Avatar for Ismail N

    rezeki datang dari jauh

    • Avatar for Ismail N

      tak sia-sia ehhh 😀

  • Avatar for Ismail N

    Boleh menangis teriak kalau menang iPong. :-)

    • Avatar for Ismail N

      sebenonya kawe pun rasa nak nangis ari tu… syhhhh….

  • Avatar for Ismail N

    apa lagi bro..beli domain brader-ipong.com untuk buat satu blog lagi..anyway tahniah kerana berjaya dapat ipong!

    • Avatar for Ismail N

      Adehh, yang ada ni pun tak terjaga…. nanti lah kawe ambik staff dulu jadi assistant…

  • Avatar for Ismail N

    Wah, brader ipong, bertuah sungguh. 😀

    • Avatar for Ismail N

      tuah ayam nampak di kaki, tuah brader… 😀

  • Avatar for Ismail N

    tahniah bro..dah jadi brader ipong dah eh..hehe

    • Avatar for Ismail N

      rasa nak main ping pong lak skrg…

  • Avatar for Ismail N

    Memang dah boleh agak ramai akan buat entry bersiri mengenai SBB nie…. proceed bro… kitorang memang tunggu nak baca next entry…. Sesungguhnya rezeki yang tak disangka-sangka tu memang lebih bermakna kan…

    • Avatar for Ismail N

      akan di selang seli dgn citer lain gak. Thanks.

  • Avatar for Ismail N

    Tahniah boh! eh, brader ipong! 😀