Kebelakangan ini saya lihat ramai blogger yang menganjurkan SEO Contest dan trend ini nampak mendapat sambutan hangat. Selain dari menjadi bentuk promosi dan tarikan traffik terkini, ia juga membantu blogger membina ‘backlinks’ serta menjalin hubungan setiakawan  dengan blogger-blogger lain terutama yang dijalankan secara usahasama. Rasanya ramai blogger-bloggger tempatan, terutama yang belum mengadakan pertandingan sebegini akan mengikut jejak langkah mereka yang telah melakukannya kerana kesan positif yang boleh di capai menerusi trend ini.
Penguasaan dan pemahaman SEO bukanlah satu perkara yang mudah. Malahan, guru-guru SEO terkemuka seperti Matt Cutts, Aaron Wall, Rand Fishkin dan David Brown pun tidak akan dapat memberikan jawapan yang 100% sempurna bagaimana Google Algorithm berfungsi. Cuma, hasil-hasil kajian mereka merupakan rujukan terbaik buat kita semua bagi mendapatkan posesi sebaik mungkin dalam SERP dan menjadikan blog kita lebih dikenali ramai.
Saya ada juga meninjau keputusan-keputusan SEO Contest yang dianjurkan dan boleh disimpulkan yang semua orang ada peluang untuk menjadi juara. Kita boleh menggunakan segala tips-tips yang dipelajari, namun hasil usaha kita bukan sekadar bergantung pada yang kita telah praktikan atau apa yang orang lain buat, tetapi bagaimana ia boleh ‘fit’ dengan Google Algorithm semasa yang masaalahnya tiada siapa yang benar-benar tahu
Akan tetapi ia bukanlah langsung tidak boleh di manipulasi bagaikan permainan ‘tikam-tikam’, cuma kesanya biasanya tidak sebagaimana yang kita harapkan, unless of course, jika kita sehebat Matt Cutts dan rakan-rakannya yang punyai lebih ruang untuk memanipulasikan keputusan pada Search Engine Ranking
Jika anda berminat menyertai mana-mana SEO Contest, mungkin anda boleh berikan sedikit perhatian kepada perkara-perkara di bawah:
Anda AKAN LEBIH BERPELUANG mendapat kedudukan yang baik dalam SEO Contest jika anda mempunyai 4 atau lebih ciri-ciri di bawah:
- Blog anda telah lama di persada internet
- Blog anda menggunakan platform blogspot.com (Jahatnya Pakcik Google itu
) - Blog anda memberi pemerhatian kepada teknik-teknik SEO yang asas seperti ‘keyword density’ dan pemilihan H1 tag yang betul
- Jika blog anda menggunakan domain sendiri dan self-hosting, domain adalah dari kalangan .my, .com, .net dan .org
- Karangan anda agak panjang dan berkualiti
- Dan yang paling penting ialah anda ANTARA YANG TERAWAL membuat posting bagi contest ini
PELUANG ANDA ADALAH TIPIS untuk mendapat kedudukan yang baik dalam SEO Contest jika anda mempunyai 4 atau lebih ciri-ciri di bawah:
- Blog anda di tempatkan di platform-platfom lain seperti wordpress.com, tumblr dan sebagainya
- Anda cuba spam dan lain-lain teknik yang tidak diiktiraf oleh Google (might work juga some time
) - Anda relax dan tidak cuba promosikan karangan anda di blog-blog dan website yang mempunyai PR tinggi.
- Jika blog anda menggunakan domain sendiri dan self-hosting, domain adalah dari kalangan .info, .biz, .us atau apa-apa domain name yang murahan.
- Anda menggunakan tajuk posting dan cerita yang orang lain dah gunakan
Munkin ada banyak lagi boleh memberi pengaruh kepada posesi anda pada rangking. Matt Cutts pastinya boleh beri nasihat yang jauh lebih baik dari DLSL. Akan tetapi, jika selepas beberapa hari ini gagal mendapat posisi yang terbaik, anggaplah anda tidak akan menang apa-apa. Better luck next time lo…
- Cabaran SEO – DLSL vs Matt Cutts
- Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: July 3, 2012 @ 1:06
- www.dululainsekaranglain.com



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
betul tu. tips2 yang basic dan berguna. paling sedih kalau kena penalti oleh google.. fuh~
izwanyusof recently posted..Apa Perlu Buat Sebelum Berpindah Hosting?
Saya setuju dengan point “Karangan agak panjang dan berkualiti”. Sebab saya sendiri menikmatinya selama ini.
nizamghazi recently posted..Time Management : Waktu Pun Terus Berlari – Untuk Dirimu Yang Sangat Bijaksana
seo, ilmu yg cukup luas ni.. baru belajar lagi. huhu.. tapi kdg2 ramai jugak yg buat spam tu kan…
fiezaradzi recently posted..Bila Takhta Bertukar
sampai bila pun takkan khatam dengan ilmu seo ni
buat apa yang terdaya je, bro
tehr recently posted..Main Tipu, Main Kasar, Main Jahat
sampai hari ini, aku tak berapa faham menda SEO ni sepenuhnya..
titan recently posted..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..
backlink dgn abg mail aje volleh?
huhuhu
maza recently posted..Wordless Wednesday: Stealth
Selalu juga tengok contest seo besar2 dimanipulasi oleh platform blogpsot.
ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #9 – Rhyno Muscle Gym
ciktom dpt tips br kat sini.thanks!
cik tom recently posted..Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry
bukan tips ehhh… pemerhatian shj
diorg memang otai..tp sy setuju dgn umur domain tu..lebih lama..lebih mendapat perhatian google..huhu
Jebeng Otaiâ„¢ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Duplicate Content
blog yg tua normally tak perlu dijaga lagi… pandai cari makan sendiri
samada cik google setia atau dah menyampah jer..hehe
Jebeng Otaiâ„¢ recently posted..Wordless Wednesday : Machinchang
Hehehe…ramai yg kata platform blogspot akan lebih beruntung…tp siapa yg boleh membuktikannya? Bagi aku, tidak sama sekali…ianya adalah kerja keras diri sendiri…w/p ke b/p ke sama saja…yg penting harus tahu kemana nk di seokan entri kita tu.;;;:D
yas recently posted..CONTEST EYRIQAZZ VS DENAIHATI
tahap sifu pastinya no problem dalam seo
walaupun apa platformnya still boleh manipulate…
Ooppss… blogsport lebih cepat dpt tempat dr WP?? Mak baru tahu je nih..
mak lagenda recently posted..TIPU DOKTOR
wp.com
wow..begitu. 1 ilmu dah bertambah bila mai sini. Thanks yea.
mak lagenda recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : BUAT APA TU MEK?
kalau blogspot pun SEO pun ok ek? wordpress? ingatkan domain sendiri lebih ok SEO nya berbanding platform tak berbayar.
Oh! budu recently posted..BE dari nuffnang untuk bulan Jun
actually blogspot better utk seo dari wordpress.com. Tapi jika pengguna wordpress (self-hosting) yg expert pasti lebih advatange dari pengguna blogspot.com yg dilindungi oleh Google
Setuju dengan bro. Google akan lebih beri perhatian kepada blogspot sebab baby mereka. Jadi pengguna WordPress perlu berusaha lebih sedikit untuk mendapat peluang 1st page. Kalau ada produk Google perlu guna seperti butang G+.
akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012
skrg pun mcm ada kesan yg diberi oleh G+… Sapa2 yg lawat blog ni tlg ler + blog kawe yer
Info bagus untuk saya … dulu saya guna blogspot.com memang agak mudah jika bermain SEO .. La ni guna wordpress kena la belajar lagi mendalam SEO ni
Razif recently posted..Juara EURO 2012 | Keputusan Final
kelebihan wordpress (self-hosting) ialah kita ada lebih kawalan pada blog. Actually terbaik utk niche blog.
Kira blog yang guna platform blogspot dan berdomain sendiri lah paling sesuai untuk join contest-contest SEO ni? Hehe.
Fadzmie recently posted..Apa perbezaan domain dan hosting?
berdasarkan pemerhatian kira gitu ler agaknya. Ada sesiapa yg guna wordpress.com yg ngetop blognya di seo contest. Then again, it probably disebabkan ramai yg tak guna wordpress.com