Entri Pilihan | Cabaran Blogger September 2011

0 votes

Akhirnya, saya telah buat keputusan akan pemenang Cabaran Blogger bagi bulan lalu, September 2011. Agak susah hendak pilih kerana semuanya hebat-hebat belaka dan saya tiada formula yang sesuai untuk mencari pemenang. Setelah beberapa hari tidak tidur malam, maka saya membuat keputusan untuk memilih entri dari Pria Pujangga, Pacifista sebagai pemenang.

baling-selipar

Sebab-sebabnya biarlah saya sorang yang tahu OK 😉 Mahu terangkan pun susah sebab “too close” dengan yang lain-lain. Ok, anda semua enjoy kisah Lempar Selipar nukilan bro Pacifista ni. Ia akan diletakkan di sini sebagai STICKY POST selama 2 minggu. Psttt.. lawat sekali blog dia ok. :

Entri ni khas untuk menyahut cabaran dari Bro Dulu Lain Sekarang Lain yang mencabar rakan blogger untuk membuat entri khas tentang permainan zaman kanak-kanak. Kebetulan pagi tadi aku ada buat entri berkaitan dengan perkara-perkara nostalgia semasa aku kecik dulu. Jadi aku pun join la sekali.

Dalam banyak-banyak permainan zaman kanak-kanak yang jelas bermain di kotak ingatan aku ialah Lempar Selipar. Ni jugak adalah permainan kegemaran aku masa kanak-kanak. Banyak kali jugak aku main lempar selipar ni. Permainannya mudah je.

Corak Permainan
Pemain-pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan yang menyerang (offense) dan kumpulan yang bertahan (defense). Bilangan pemain dalam setiap kumpulan mestilah sama banyak. Selipar-selipar perlu disusun dalam susunan piramid dan 1 selipar dipilih untuk dijadikan ‘senjata’. Biasanya selipar yang sedikit berat akan dijadikan ‘senjata’ bagi melajukan lagi lemparan dan mengelakkannya dari melayang terlalu jauh dari sasaran.

Bagi memulakan permainan, pemain bertahan perlu melempar dengan menggunakan ‘senjata’ ke arah susunan selipar sehingga jatuh. Setiap pemain dalam kumpulan bertahan diberi 3 kali percubaan. Jika gagal, kumpulan tersebut dianggap gagal dan pihak masing-masing akan bertukar posisi. Setelah melempar ke arah susunan selipar dan berjaya menjatuhkannya, kumpulan bertahan kena mengelak dari diserang oleh kumpulan menyerang. Bagi kumpulan menyerang pulak, diorang akan mengambil ‘senjata’ tersebut dan mencari mangsa dari kumpulan bertahan untuk ‘dimatikan’. Kumpulan menyerang kena ‘matikan’ semua ahli dalam kumpulan bertahan. Jika gagal, kemenangan akan diberikan kepada kumpulan bertahan.

Pendek kata, apa yang perlu dilakukan oleh kumpulan menyerang adalah ‘mematikan’ semua ahli dalam kumpulan bertahan sebelum kumpulan bertahan berjaya menyusun semula susunan selipar semula. Manakala kumpulan bertahan pula kena menyusun semula selipar tu dalam bentuk piramid sebelum semua ahli kumpulannya ‘mati’.

Kenapa aku suka permainan lempar selipar ni?
Tentulah kerana seronok! Mana taknya, korang boleh baling selipar kat sesiapa yang korang nak. Kalau korang main dengan orang yang korang tak suka, memang boleh hilang stress game ni. Haha…

Permainan ni jugak boleh menguji tahap kehebatan korang melempar selipar ke arah sasaran. Memang seronok kalau lemparan kita tu kena pada sasaran. Kekadang tu hentam je baling tapi boleh jugak kena sasaran tu

Kenangan manis masa aku main lempar selipar ni…
Sekolah aku pernah buat pertandingan lempar selipar ni peringkat sekolah lepas peperiksaan UPSR. Walaupun tak menang tapi seronok perlawanan masa masuk ke peringkat separuh akhir. Memang berentap la separuh akhir tu. Cuma luck je takde

Dulu aku rajin pegi berkubang dengan kawan-kawan. Ala, mandi sungai la. Hehe… Sambil berkubang tu, kitorang main baling selipar sekali. Cuma kitorang tukar selipar tu kepada yang lebih ringan lagi, iaitu selipar jepun. Jadi takde la dia tenggelam. Corak permainan pun kitorang tukar. Yang menyerang buat bulatan dan yang bertahan berkumpul kat tengah-tengah. Jadi mula la sesi perang air. Haha…

Kenangan pahit pulak…
Tengah syok kitorang main je, tetiba kawan aku terlempar kat sarang tabuan. Apa lagi, mencicit kitorang lari dari halaman rumah aku tu. Ada jugak 2, 3 orang kawan aku kena sengat dengan tabuan tu. Demam seminggu diorang. Kesian…

Macam mana dengan korang?
Ada permainan kanak-kanak yang menjadi kegemaran korang? Apa kata korang kongsikan dalam blog korang.

Entri Pilihan | Cabaran Blogger September 2011

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N b3njy October 24, 2011
  2. Avatar for Ismail N juanita October 24, 2011
  3. Avatar for Ismail N nuriz October 23, 2011
  4. Avatar for Ismail N Mus October 20, 2011
  5. Avatar for Ismail N Norizwan October 20, 2011
  6. Avatar for Ismail N Zezebel Lair October 19, 2011
  7. Avatar for Ismail N zik October 16, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  8. Avatar for Ismail N sayacomel October 16, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  9. Avatar for Ismail N titan October 15, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  10. Avatar for Ismail N hafizmd October 14, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  11. Avatar for Ismail N bEe October 13, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  12. Avatar for Ismail N Hairul Hissam October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  13. Avatar for Ismail N nizamghazi October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  14. Avatar for Ismail N dnoBiz October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  15. Avatar for Ismail N shaharil October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  16. Avatar for Ismail N suri October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  17. Avatar for Ismail N faizul October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  18. Avatar for Ismail N zue October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  19. Avatar for Ismail N yas October 12, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
  20. Avatar for Ismail N akubiomed October 11, 2011
  21. Avatar for Ismail N Pejuang Kesenian Extreme October 11, 2011
  22. Avatar for Ismail N Pacifista October 11, 2011
    • Avatar for Ismail N IN October 11, 2011
  23. Avatar for Ismail N anif October 11, 2011
    • Avatar for Ismail N Pacifista October 11, 2011
      • Avatar for Ismail N IN October 11, 2011
        • Avatar for Ismail N hafizmd October 14, 2011
          • Avatar for Ismail N IN October 16, 2011
    • Avatar for Ismail N dnoBiz October 12, 2011
      • Avatar for Ismail N IN October 14, 2011
      • Avatar for Ismail N hafizmd October 14, 2011