Google AdSense

Google AdSense

Flickr Badge Widget

flickr

Entri ini adalah sambungan dari entri yang lepas mengenai make-over pada blog ini. Selain dari WP Google Fonts, saya juga memasang  Flickr Badge Widget bagi mempamerkan imej-imej thumbnail gambar-gambar yang saya upload ke laman web Flickr. Saya pilih plugin dari beberapa plugin Flickr yang saya cuba atas beberapa sebab. Namun, yang paling penting adalah ia amat mudah digunakan, langsung tidak memerlukan apa-apa skill dalam coding dan hasil yang didapati memuaskan hati saya. Lihat widget yang terhasil dari plugin ini di side-bar blog ini.

Flickr-Badge-Widget

Flickr Badge Widget adalah sebuah plugin yang menghasilkan JavaScript widget di sidebar anda. Selain dari sebuah blog WordPress (self hosting), anda perlukan sebuah akaun Flickr untuk menggunakannya. Upload gambar-gambar yang anda ambil ke akaun Flickr anda dan pasang plugin ini di blog WordPress anda. Download plugin Flickr Badge Widget di SINI atau buat carian di blog WordPress anda.

Setelah plugin ini anda aktifkan, anda boleh terus pergi ke bahagian ‘widget’ dan letakkannya di sidebar yang anda mahukan. Isikan maklumat yang diperlukan (Lihat di bawah).

FlickrID

Jika anda tidak pasti apakah Flickr ID anda, sila ke laman web idGettr dan masukkan username anda dan klik “Find”. ID anda adalah bentuk nombor. Contohnya:23585397@NOO.

idGettr

Tetapkan berapa baris, kolum dan saiz thumbnail anda. Anda juga boleh filter gambar-gambar yang anda mahu pamerkan dengan menggunakan tag. “Save” bila selesai dan “edit” semula jika kurang sesuai. Sekian sahaja dan selamat mencuba.

- Flickr Badge Widget

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: May 30, 2012 @ 23:12
  • www.dululainsekaranglain.com

12 Comments

  1. Kak Long pun dah lupa Flickr Id. Dah lama tak gunakan. Tapi nampak cun Flickr Badge Widget tu.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Kotarayaku

    1. IN says:

      byk stock gambar.. nak upload semua di blog leceh. So bagus letak di Flickr jer :D

  2. saya sempat menggunakan flickr utk gambar2 di web saya..ternyata flickr juga menerapkan bandwith/bulan/akun….jdi kendalanya jika bandwithnya hbis..gambarnya tdk tampil

  3. tehr says:

    aku pernah ada akaun flickr ni dulu masa mula2 nak belajar upload gambar
    tapi sekarang dah lupa id
    haha
    tehr recently posted..Pantun Kenangan | Mei 2012

  4. Izzuddin Fauzi says:

    Memang pakai sebelum nie,… Tapi dah lupakan sebab blog x banyak foto :)
    Izzuddin Fauzi recently posted..1 Jun 2012 – Mulut Kita Akan Mula Di Kunci

  5. yela..bgus juga bile space dh penuh..leh pki flickr lak :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Menewaskan Gergasi

  6. Mus says:

    ada beberapa theme memang dah ada widget Flickr ni..
    kena buat setting yang betul jer lagi…
    Mus recently posted..Jom ‘Like’ Peserta Unduk Ngadau 2012 Pilihan Anda

    1. shraqs says:

      Themes dari Woothemes yang banyak guna Flickr ni.
      shraqs recently posted..Cara – Cara Upgrade Samsung Galaxy SII (GT-I9100 & GT-I9100G) Ke ICS 4.0

  7. anif says:

    Dulu-dulu rajin letak pelbagai widget. Lepas tu blog rasa berat. Buang satu-satu…
    anif recently posted..Harga Samsung Galaxy SIII (S3) Diumumkan

    1. Mus says:

      kena cari plugins yang sesuai.. yang ringan
      Mus recently posted..Jom ‘Like’ Peserta Unduk Ngadau 2012 Pilihan Anda

      1. MDHAFiZ.NET says:

        klu dh minat xda siapa boleh halang. .. dulu sy punya blog ada music video lg.. . hehehe.. .sekarang dh buang dh.. . nampak mcm x matang je blogger mcm sy yg letak music kt blog.. . klu blog 100% personal x apa lh juga..
        MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia Vs Philipines (International Friendly Match 2012)

  8. akubiomed says:

    Saya sedang mengunakan plugin untuk flickr tetapi ada beberapa masalah kecil yang masih belum ada masa untuk buat troubleshooting.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Awak busuklah!