Teringat saya dahulu semasa berkerja di syarikat pengiklanan. Ada pelanggan yang menghantar mock-up untuk di cetak. Katanya tidak perlu susah-susah. Semua dah beres dan kami cuma perlu cetak sahaja dan kalau boleh dalam masa dua hari siap. Dia pun memberikan sekeping 3 ½ floppy disk kepada saya dan berkata semuanya dalam disk. Ada 12 muka surat warna, termasuk beberapa keping gambar. Mendengar beberapa keping gambar dalam 3 ½ floppy disk, saya pun menyedari yang si polan ini tidak tahu apa-apa mengenai pencetakkan. Sebuah 3 ½ floppy disk cuma boleh memuatkan 1.44Mb data fail, manakala 3 ½ double sided extended density floppy boleh menampung sehingga 2.88Mb data. Mana cukup untuk simpan fail bergambar bagi pencetakkan?
Seperti yang saya duga mock-up dibuat dengan menggunakan Microsoft Power Point Presentation dengan skema warna masih lagi pada RGB. Rujuk artikel lama mengenai RGB dan CMYK bagi mengetahui masaalah bila mencetak secara off-set dengan file RGB. Converting RGB ke CMYK tidaklah sukar tetapi mengambil masa jika terlalu banyak detail di dalam sesuatu fail itu. Tetapi mencetak gambar menggunakan fail yang tidak sesuai akan mengakibatkan gambar tidak cantik dan memalukan pencetak dan pembuat mock-up itu. Lebih memalukan jika gambar yang dicetak adalah VVIP seperti Ketua Menteri, Yang DiPertua Negeri dan orang-orang kenamaan yang lain.
Gambar Untuk Pencetakkan
Gambar untuk pencetakkan mestilah mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan atas sebab itu ia bersaiz lebih besar. Resolusi bagi cetakkan kertas sebesar A4 hingga A3 sebaik-baiknya dalam lingkungan 300 dpi. Rujuk screenshot di bawah.
A. Pixel Dimension bukan hanya merujuk kepada lebar dan tinggi gambar tetapi juga saiz (dalam Kb) sesuatu imej itu.
B. Saiz dokumen bagi tujuan cetakkan.
C. Resolusi yang “standard” yang digunakan bagi tujuan pencetakkan.
Resolusi 300 dpi ini boleh dikurangkan bila anda membuat large format print out seperti billboard yang mana ia diletakkan ditempat tinggi atau jauh, maka kekurangan sharp pada gambar tidak akan dilihat dengan mata kasar kecuali anda berada betul-betul dekat dengan gambar.
Dalam banyak hal, anda harus mendapatkan nasihat pencetak terlebih dahulu untuk memastikan dpi yang sesuai digunakan bagi gambar sebegini.
Gambar Untuk Web
Salah satu sebab mengapa pelanggan kami diatas dapat memuatkan beberapa keping gambar dalam sebuah 3 ½ floppy disk adalah kerana beliau menggunakan gambar yang di format bagi kegunaan web. Tidak seperti gambar untuk mencetak, gambar bagi web boleh dikecilkan pada 72 dpi. Dengan itu failnya juga menjadi kecil sehingga kurang dari 20k bagi satu gambar. Jika anda menggunakan Photoshop, anda juga boleh “optimized”kan file dengan menggunakan “Save For Web” yang menjadikan fail lebih ringan tanpa mengurangkan terlalu banyak kualiti gambar di screen.
Jika anda ditugaskan oleh boss anda untuk membuat mock-up bagi banner, buku atur cara, iklan dan sebagainya, pastikan anda tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan design dan pencetakkan. Dapatkan nasihat dari syarikat pencetakkan sebelum design di buat. Gunakan juga perisaian yang betul seperti CorelDraw dan Adobe Pagemaker agar tidak menghadapi masaalah nanti.
- Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan







A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Kalau PhotoScape ada setting yang dinyatakan? Dekat mana hendak cari? Biasanya saya akan simpan 95% dari kualiti asal
sori bro, kawe tak pernah pakai PhotoScape….
PhotoScape memang senang nak guna..
Mus recently posted..Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, Sabah
fuhh..lawalah gambar tu..
ohcikgu recently posted..Jaringan Gol Kemenangan N.Sembilan VS Terengganu
Sy sllu jumpa konfigurasi mcm ni dkt photoshop.
Ada kawan yg kerja bahagian printing dorang guna CorelDraw. – sy x pernah guna
Apa2 pun org yg kerja bah mcm ni lebih arif tentang kualiti warna seperti DLSL.
Sy hanya tahu macam2 tu je.
Adobe Pagemaker tak pernah cuba lagi
nizamghazi recently posted..Maroon 5 – Moves Like Jagger [SNG Remix]
tak reti guna sofware CorelDraw dan Adobe Pagemaker. Photoshop pun jenuh duk godek-godek, itu pun sebab terpaksa nak pakai.
rindu aku dengan geng-geng disket ni..
titan recently posted..Hairuddin Omar paling kacak malam ini.
haha…dah lama aku tak dengar nama coraldraw tu.sekarang masih update lagi ke coraldraw tu?
Pacifista recently posted..Kucing Comel
aku selalu guna “Save For Web” je untuk letak dalam blog
urusan mencetak gambar ni memang aku tak biasa
tehr recently posted..Seni Seorang Seniman
owh save as web … kalau mencetak nih jarang2 jugak.. tapi lebih prefer dalam png format…
zik recently posted..Have a nice day!! (blues monday)
Biasa saya edit gambar untuk laman web guna 72dpi.. tapi tak tahu pula untuk printing sekurang2nya guna 300dpi… tq bro atas info tu.
Hairul Hissam recently posted..Tak tahan asyik kena kutuk. Petua nie memang best.
yep yep 300 dpi tu yg penting
slalu klo org yg mmg pegi print akan ckp awal2 utk design 300 dpi
tp still ada jgak yg xcakap awal2 hehe
klo kat photoshop, time nak save a jpg, boleh jgak lower kan quality kat situ
Adila recently posted..I’m GRADUATING again!
fuh.. memang mahirlah awak dalam bab printing ni ye..
Mus recently posted..Lobster Harga Murah Di Pulau Jambongan, Paitan, Sabah
mahir tidak lah. cuma ada first hand experience dlm bidang ni utk dikongsikan bersama