Hari Ke Lima Belas

Hari ini hari ke lima belas blog ini dinaikkan alam siber. Pada 3hb Mei saya meletakkan entri pertama yang bertajuk “Dulu Lain Sekarang Lain” yang secara amnya sekadar memberitahu yang saya sudah berpindah ke sini. icon biggrin Hari Ke Lima Belas Tolak entri ini, maka saya telah hasilkan 43 entri di blog ini dalam masa 15 hari. Rakan blogger, Ghost Writer ada tulis “Laju benar up entry bro nih”.. he he Maaf bro semua. Saya memang suka menulis dan bercerita.

Night Shoot 540x340 Hari Ke Lima Belas

Cuma kalau jumpa saya secara berhadapan pula nampak saya macam pendiam sebab saya tak suka untuk berkonflik dan suka membiarkan orang lain bercakap sebanyak yang mereka mahu. icon biggrin Hari Ke Lima Belas Jadi saya cerita kat blog sahaja la kan?

Ada entri-entri yang dimasukkan tu melantun-melantun gak (pinjam Maza yer..) Ini kerana selain dari bercerita, saya suka mengambil gambar (Fotografi). Skill tak ler hebat mana. Tetapi orang-orang yang ada hobi ini selalunya suka jika hasil mereka di nilai agar diri dapat membaiki lagi kelemahan yang ada.

Ada gambar-gambar (terutama gambar kereta), saya pun tak tahu nak tulis apa, tetapi nak di tempek begitu sahaja rasa tak ngam pulak sebab ini bukan blog fotografi tetapi blog macam-macam ada. So saya tulis aje lah apa-apa yang patut. :

Dulu Lain Sekarang Lain 540x343 Hari Ke Lima Belas

Saya ni tak lah muda. Umur saya lebih kurang umur Maza..:D Anak pun dah ramai. Tetapi I’m really glad yang ada anak-anak muda yang selalu gak jengah blog nie. Terima kasih banyak-banyak. Mungkin juga sebab kandungan blog ini yang agak ringan. Dulu-dulu saya suka tulis material yang berat-berat dan bersifat SoPo, tetapi saya tak suka perangai pembaca yang suka mencarut dan cakap yang bukan-bukan.

Rasa bagus dapt pembaca-pembaca yang macam sekarang nie.. Semuanya relax dan berkhemah tinggi. Anyway, Dulu Lain Sekarang Lain; … Dulu Blog Lain.. Sekarang Blog Lain; Dulu Stail Lain.. Sekarang Stail Lain Thank you semua atas support yang anda berikan. Happy Blogging yer dan penuhkan cuti hari ini dengan aktiviti berguna. Salam….

- Hari Ke Lima Belas

 Hari Ke Lima Belas

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Hari Ke Lima Belas

Latest posts by Ismail N (see all)

26 thoughts on “Hari Ke Lima Belas

  1. Masih memikir
    “mengapakah Ismail N mencari nafas baru di blog lain”????

    Tp, hakikatnya, blog lama tu pun bEe susah nak masuk kebelakangan ni. Dah dpt then nak komen pun susah pulak. Adakah disebabkan perkara itu yer :-)

    • soal sendiri.. jawap pun sendiri .. he he..
      ngam lah tu. Saya bukan expert sgt bab coding ni… kalau dah berbulan msh tak dapat settle, baik cabut kan? :D

  2. Selain blog ni, saya juga suka membaca blog Uncle Lee, dia lagi la dah tua sangat. Tapi cerita dalam blog dia best, tak lah macam sesetengah blog yang siap menyindir atau nak menjatuhkan blog orang lain…

    • ehhh saya tak tua lah :lol: jauh lagi dari uncle lee he he…
      adakala ikut perasaan tu.. tak sengaja kenakan org lain.. ambik yg positif K :D

  3. blog lah tempat kita utk becerita apa saja tapi jgn sampai melibatkan isu sensitif terhadap masyarakat sekeliling kerana blog ni adalah open dibaca oleh semua org tak kira muda dan tua..
    blog bro mmg simple dan menarik, kalau ada masa free kami akan kunjungi blog kawan2 juga…:)

  4. Syabas Encik Ismail, memang laju. Teruskanlah menulis sebab seronok membaca entri-entri di blog yang dulu dan blog sekarang.
    Pendiam rupanya Encik Ismail ni ya…
    Kalau jumpa Encik Ismail dan Maza, nak tengok siapa yang lebih banyak cakap.

    • thanks atas support tu.. saya appreciate sangat-sangat.
      kalau saya dan Maza berjumpa.. silap2 main pandang-pandang .. jeling-jeling je kot? :lol:

  5. maza pun sama, kat blog peramah bila berdepan mata, mazalah paling pemalu.. pendiam.. tunduk aje muka sambil main kuku.. ahaks…

    lantun-lantun sudah.. hehehehe

  6. Aku tak tau la umur bro berapa…tp aku agak lebihkurang je ngan aku hehehe
    entri banyak silap2 visitor pun ramai gak bro..
    gamba dh cun…kasi edit2 lagi mungkin leh jadi lg gempak bro…

  7. selagi tak menyakitkan hati org lain, tulislah apa yg nak ditulis..kalau tak rugi je bayar hosting kan..terbiar sepi..lbih baik melantun.. :D

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *