Samsung Galaxy s5

WordPress Dan Plugin Tidak Serasi

6 Flares Twitter 1 Facebook 2 Google+ 3 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 6 Flares ×

Jika ditanya apa sebab saya suka WordPress? Tentunya saya akan kata sebab PLUGINnya. Ia buat blogging dan customizing blog jadi amat mudah dan cepat. Namun, jika ditanya apa yang saya tidak suka pada WordPress, jangan terkejut jika saya kata sebab PLUGINnya juga :D Walaupun pada amnya ia memudahkan dan mempercepatkan kerja, silap pilih plugin boleh buat kerja jadi tergendala dan blog boleh jadi merundung dibuatnya.

wordpress 3.4

Sebaiknya, pilihlah plugin yang telah diuji dan compatible dengan versi WordPress yang kita guna. Namun, problemnya, WordPress selalu kena upgrade sedangkan plugin tidak! Plus, ada juga yang gatal nak mencuba lantaran terpesona dengan keupayaan sebagimana yang di war-war kan oleh developer plugin itu.

Baru-baru ini saya upgrade WordPress ke versi terbaru – WordPress 3.4. Proses amat mudah dan nampak tiada masaalah pada awalnya. Namun, bila buat posting, tiba-tiba butang untuk ‘add link’ merajuk dan tak mahu timbul. Nak edit guna html lembab pulak (al maklumlah kurang skill). Maka, terpaksa lah cari jalan nak betulkan masaalah ini.

Saya pun google internet dan menyibuk di forum WordPress. Antara solusi yang diberi termasuklah re-install WordPress, tukar default theme (Twenty Ten atau Twenty Eleven) dan akhir sekali matikan plugin satu persatu hingga masaalah selesai. Tentulah, saya cuba yang paling mudah dahulu (re-install) dan buat yang paling leceh (matikan plugin) akhir sekali.

Selepas lebih sejam, maka jumpalah punca masaalahnya iaitu salah satu plugin sudah tak ngam lagi dengan WordPress yang baru dan terpaksa ditamatkan perkhidmatannya. Selepas memecatnya serta merta, barulah tidak timbul masaalah ini lagi. Cuma sayang juga nak buang, sebab ada gunanya untuk blog Dulu Lain Sekarang Lain. :D

- WordPress Dan Plugin Tidak Serasi

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Alhamdulillah, tak ada masalah setakat ini. Harap-harap tak bertemu sebarang masalah. Letih juga kalau updated, tiba-tiba timbul masalah.

  • blog MDHAFiZ.NET pun mcm tu gak lepas upgrade 3.4
    gatal sangat tangan dh tau dlm tu byk plugin.. . so 2 hari blog tu tergendala x dpt akses.. .
    lainkali rasa malas nak upgrade terburu-buru.. . . 2-3 kali pengalaman yg sama.. kali ni dh nekad dh. .. :)

    • hehe…biasalah…kadang2 kita tak serik mencuba sbb perasaan teruja tu tinggi… =)