WP Google Fonts

Baru-baru ini saya cuba buat sedikit make-over pada blog ini. Agak simple sahaja iaitu tukar font, tukar header, tukar gravatar dan sedikit perubahan pada side-bar widget. Saya harap anda semua suka 😀 pada wajah baru blog ini agar tidak sia-sia kerja keras saya itu. Saya juga membuka akaun Flickr bagi tujuan make over ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang sudi hendak connect dengan saya di Flickr, sudi-sudikan lah berbuat demikian di SINI.

make over

Oleh kerana saya buta CSS dan coding :wink:, maka bantuan diperlukan. Satu yang bagus mengenai WordPress ialah adanya plugin-plugin yang boleh membantu memudah dan mempercepatkan kerja kita semua. Dua plugin yang saya pasangkan untuk kali ini adalah WP Google Fonts dan Flickr Badge Widget. Untuk entri ini, saya ceritakan dulu mengenai plugin WP Google Fonts terlebih dahulu ok. Yang satu lagi, insya-allah di lain hari dan waktu.

Dua sebab saya pasangkan WP Google Fonts adalah:-

  1. saya malas dan kurang expert untuk meng ‘edit‘ css file pada theme ini.
  2. fonts yang digunakan dalam Google’s Font Directory adalah cantik dan banyak sekali. Lagipun ia serasi dengan browser-browse utama seperti IE dan Firefox.

WP Google Fonts

Untuk memasang plugin ini, anda cuma perlu buat carian plugin di blog wordpress anda dan install seperti biasa.

WP Google Fonts CPanel

Pilih font yang sesuai untuk H1, H2, H3 dsb anda dan klik ‘save‘. Lihat screenshot Control Panel bagi WP Google Fonts di atas untuk lebih mudah memahaminya. Jika anda tidak pasti bagaimana rupa font yang sebenar, anda boleh rujuknya di  Google’s Font Directory. Ada lebih 300++ fonts pada plugin ini, manakala terdapat lebih 500 fonts pada  Google’s Font Directory pada masa ini. Gunakan kotak CSS untuk font yang tiada pada plugin ini yang mahu anda gunakan. Anda juga boleh customize, tambahkan elemen dll dengan menggunakan kotak CSS tersebut.

Google Web Fonts

Bagi mereka yang belum mencuba Google Fonts, sudi-sudikan lah mencubanya pula. Terdapat banyak fonts yang menarik yang boleh anda cuba dan gunakan di blog anda. Plus, the best thing ialah anda tidak perlu pecah kepala mengodek css file anda. Barulah, dulu lain sekarang lain 😀

WP Google Fonts

0 votes
Avatar for Ismail N

• Meet the Author • Ismail N


Dulu Lain Sekarang Lain is owned by Ismail N (lifestyle blogger cum internet marketer). I enjoy putting passion and personality into each website designed.


Comments on this entry are closed.

  • Avatar for Ismail N

    Patutlah lain sikit, ingatkan salah blog tadi. Cun juga ada fon yang menarik. Kak Long pun tak rajin nak edit css ni.

    • Avatar for Ismail N

      😀 he he ada kesan jugak ye?

  • Avatar for Ismail N

    Cantik H1 sekarang ni. Nampaknya, saye jugak akan ‘terpaksa’ utk guna plugin ni oleh sbb yg sama dgn bro…hehe

    Terima kasih bro kongsi makeover ni. Nampak lebih smart dgn warna hitam dan putih. Terbaik!

  • Avatar for Ismail N

    lebih kacak blog ni dengan google font

    • Avatar for Ismail N

      setuju…cantik title tu…like!

  • Avatar for Ismail N

    mmg snang..hanya pilih jer..x yah nk dok edit ag.. :)

  • Avatar for Ismail N

    ada juga plugin macam ni rupanya..haha..

  • Avatar for Ismail N

    Plugin yang menarik boleh tukar font sesuka hati nampak gayanya. :-)