Google AdSense

Google AdSense

Berpesan-Pesan

Saya Pilih Malaysia

saya pilih malaysia

Tahniah buat pemain-pemain badminton negara yang telah mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2012, London. Di harap mereka akan memberikan inspirasi kepada ahli-ahli sukan negara yang lain untuk terus sama-sama mengharumkan nama negara. Malaysia Boleh! Biarpun negara jiran, Singapura telah pun mendahului Malaysia dengan pingat pertama menerusi acara ping-pong, namun kita semua harus berbangga dan terus menyokong Malaysia. Saya piih Malaysia. :D (more…)

Tinjauan Penceraian Islam

penceraian

Gambar kredit: www.lppkn.gov.my

Saya berada di Mahkamah Syariah baru-baru ini. Agak menyedihkan bila melihat ramai orang di sana dan kebanyakkan yang hadir menghadapi masaalah rumahtangga. Nun di satu sudut berdiri seorang wanita muda berbaju kurung dan bertudung hitam. Parasnya amat cantik dan dia kelihatan masih muda. Saya rasa usianya mungkin baru mencecah 20 tahun atau masih lebih muda dari itu. Matanya nampak bengkak dan merah. Sesekali sesekala air mata mengalir keluar dari kelopak matanya itu. Mata saya tertarik kepada jari-jarinya yang adakala disembunyikan disebalik beg tangan yang dibawa. Ada warna kekuningan seakan-akan warna inai yang hampir lupus dari kuku dan jari-jarinya itu. Saya rasa bagai hendak menegur dan bertanya tapi takut akan menyinggung perasaannya pula. (more…)