Google AdSense

Google AdSense

Sukan

Piala AFF Suzuki 2012 – Malaysia v Indonesia

malaysia v indonesia

Gambar Kredit: studiofikhri.blogspot.com

Malam ini, manakala tepat pukul 8.45 malam, sebahagian besar rakyat Malaysia dan juga Indonesia pastinya akan tertumpu pada pertembungan dua jiran Asia Tenggara di padang bola di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 menjadi buah mulut ramai peminat sukan biarpun nun jauh di luar negara, beberapa jaguhan Malaysia sedang bertungkus lumus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di peringkat yang lebih tinggi. Hari ini, Faizal Saari dan rakan-rakan akan bertarung dengan Korea Selatan di peringkat separuh akhir hoki Champions Challenge I di Argentina. Ratu Squash, Datuk Nicol David pula berhadapan dengan jaguh Holland, Natalie Grinham bagi merebut tempat di peringkat akhir Kejohanan Squash Terbuka Hong Kong. Manakala, pasukan tenpin boling pula akan meneruskan cabaran negara di Kejohanan AMF World Cup di Wroclaw, Poland. (more…)

Bolasepak Kita, Bolasepak Jepun

Harimau Malaya

Gambar kredit: hyatto.wordpress.com

Selepas persembahan baik dalam perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Man City, terdapat satu optimisma yang tinggi di kalangan peminat-peminat bolasepak tempatan yang bolasepak negara kini sedang meningkat naik. Ramai yang yakin bahawa pasukan Harimau Malaya akan berjaya mempertahankan kejuaran bolasepak Asean bulan November nanti dan juga pingat emas Sukan Sea tahun hadapan. Tidak kurang yang bercita-cita tinggi dan ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia pula. Dengan lahirnya bakat-bakat baru dari pasukan Harimau Muda seperti Mohd Nazmi Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Rozaimi Abdul Rahman dan Gary Steven Roberts, pastinya ada berharap dalam beberapa tahun lagi kita mampu menyaingi gergasi bolasepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. (more…)