Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang

Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja

notis-berhenti

Pendahuluan

Sebagaimana yang sering saya jelaskan di blog ini, hubungan dan tanggungjawab antara pekerja dan majikan dibina atas ikatan kontrak. Kontrak ini boleh secara bertulis atau tidak bertulis. Kontrak wujud apabila majikan membuat tawaran pekerjaan dan pekerja menerima tawaran tersebut. Apabila sesuatu kontrak telah wujud, maka kedua-dua pihak akan terikat kepada terma-terma tersurat dan tersirat pada kontrak tersebut. Ia akan terus mengikat sehingga kontrak ditamatkan atau dibatalkan. Untuk bacaan lanjut mengenai penamatan kontrak, harap anda membaca artikel ini: Penamatan Kontrak Pekerjaan.

Masaalah Dan Perselisihan Faham

Hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan antara dua individu dan juga bersifat kemanusiaan. Oleh itu, ia tidak lepas dari perselisihan faham, ketidakpuasan hati, rasa kecil hati dan sebagainya. Ia agak kompleks, namun jika hubungan kekeluargaan dan persahabatan boleh menjadi pudar dan berkonflik, apalagi hubungan pekerja dan majikan yang biasanya wujud dari dua insan yang agak asing dan mempunyai banyak perbezaan pendapat di antara mereka. (more…)

Cuti Bersalin Dan Faedah Bersalin

cuti-bersalin

Peruntukkan berkaitan dengan cuti bersalin dan faedah bersalin bagi pekerja wanita ada dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 dan Peraturan berkaitan. Antara aspek penting yang wajib diketahui oleh pekerja dan majikan adalah Akta Kerja (Pindaan) 2012 ataupun Akta 1419 yang meminda Akta Kerja 1955 dan memasukkan seksyen baru iaitu Seksyen 44A yang menyatakan bahawa semua peruntukan bagi perlindungan bersalin (Bahagian IX) adalah terpakai kepada semua wanita tidak kira berapa gaji mereka. Ini bermakna pekerja (di bawah ‘contract of service’) yang gaji nya melebihi RM 2,000 atau RM 5,000 sekalipun diberi perlindungan bersalin di bawah Akta Kerja 1955. (more…)