Google AdSense

Google AdSense

Google AdSense

Kontrak

Tawaran, Penerimaan Tawaran Dan Balasan

x

The first requisite of a contract is that the parties should have reached agreement – Treitel, Law Of Contract

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam artikel yang lalu: Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak – untuk sesuatu kontrak itu wujud perlu ada  satu perjanjian (agreement) yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Hal ini  telah pun dijelaskan dengan agak mendalam dan untuk artikel kali ini, kita akan melihat pula  elemen-elemen penting yang mewujudkan satu perjanjian. Tiga elemen tersebut adalah: tawaran (offer), penerimaan tawaran (acceptance) dan balasan (consideration). (more…)

Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak Di Malaysia

akta kontrak 1950

Kebanyakkan undang-undang di Malaysia termasuk undang-undang kontrak adalah dipengaruhi oleh common-law Inggeris. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengaruh Inggeris yang wujud semasa tempoh penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Borneo sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan wujudnya Malaysia. Kebanyakkan undang-undang Inggeris adalah di bawa bagi tujuan komersial atau perdagangan bagi memudahkan saudagar-saudagar British yang berdagang di sini. Antara yang terawal di bawa masuk dan digunakan adalah undang-undang kontrak mereka.

Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris yang digunakan. (more…)