Google AdSense

Google AdSense

Prinsip Umum

Ignorantia Juris Non Excusat

Ignorantia Juris Non Excusat

Satu lagi maxim undang-undang yang pastinya ramai pelajar-pelajar dan pengamal undang-undang biasa dengar adalah maxim “Ignorantia Juris Non Excusat”? Ia merupakan perkataan latin dan sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris akan menjadi “Ignorance of the law is no excuse” – [ Rujukan: Oxford Concise Dic. Of Law, 2nd ed). Ignorantia Juris Non Excusat adalah merupakan satu maxim undang-undang yang telah lama wujud dan masih lagi terpakai. Berasaskan prinsip ini, kita tidak boleh membawa pembelaan tidak tahu akan undang-undang bila melakukan sesuatu kesalahan. Tidak tahu (Ignorance) tidak bermakna kita boleh melanggar sesuatu undang-undang itu. (more…)

Generalibus Specialia Derogant

Generalibus Specialia Derogant

Dalam sesuatu kes, prosedur atau kesalahan, mungkin terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang bertindihan  yang mengawal selia kes, prosedur atau kesalahan itu. Selalunya ia berlaku apabila sesuatu statut baru yang lebih sepesifik yang digubal bagi menangani isu-isu tertentu yang sebelum ini dikawal oleh suatu statut yang lebih umum. Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah misalnya adalah statut-statut yang telah lama wujud di negara ini bagi mengawal selia undang-undang dan prosedur berkaitan dengan jenayah. Namun, dari semasa ke semasa kerajaan mungkin mendapati peruntukan yang ada kurang mencukupi dan perlu ada statut yang lebih spesifik bagi menangani kes-kes tertentu.  Oleh itu, akan wujud pertindihan dalam peruntukan undang-undang dan mahkamah harus terlebih dahulu menjawab persoalan: Apakah peruntukan yang mesti digunakan? (more…)