Aduka Misai Kucing

Aduka Misai Kucing adalah kopi pra-campuran yang mengandungi ekstrak Misai Kucing atau nama saintifiknya “Orthosiphon Stamineus”. Kopi Aduka Misai Kucing diperbuat oleh syarikat Bio Health Food Industries yang berpusat di Kawasan Perindustrian MARA, Pengkalan Chepa,  Kota Bharu Kelantan. Satu paket kopi Aduka Misai Kucing boleh dibeli pada harga RM 2.50 dan sesuai diminum dengan bancuhan air panas 150ml pada suhu 85’C. Antara yang tertulis dalam kandungan kopi Aduka Misai Kucing ini adalah: Kopi, Krimer Bukan Tenusu, Gula dan Ektrak Misai Kucing.

Rasa Aduka Misai Kucing

Rasanya? Hmmm boleh tahan dan lebih kurang dengan kopi pra-campuran yang mengandungi ektrak misai kucing yang lainjugak. Cuma tak sekeras kopi Misai Kucing keluaran Power Root. Seperti kopi pra-campuran yang lain, Aduka Misai Kucing dikatakan boleh membantu dari segi kesihatan.

Mengikut Wikipedia:

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.

Oleh itu, bagi yang berminat untuk mencuba.. pergilah ke kedai mamak anda yang berdekatan dengan tempat anda.

Aduka-Misai-Kucing-2

Dalam pada itu, harap baca juga artikel: Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir. Penat saya tulis tau!

Aduka Misai Kucing

0 votes
Avatar for Ismail N

• Meet the Author • Ismail N


Dulu Lain Sekarang Lain is owned by Ismail N (lifestyle blogger cum internet marketer). I enjoy putting passion and personality into each website designed.


Comments on this entry are closed.

  • Avatar for Ismail N

    engko tau tak…kopi yang engko kata sedap nie sama kilang je dengan kopi ori herbs yang engko tak nak minum tu..aku rasa entry pasal ori herbs tu ko patut delete sebelum ko dikenakan ditandakan sebab ko tu dh kira merosakkan nama company org tu..jgn menuduh sebarangan.sy dh tgk produk ori herbs tu cuba engko tgk dia letak logo muslim produk sebagai tanda produk di keluarkan muslim, dia tak letak halal lagi mungkin kerana halal dalam proses kelulusan..sebelum nak taip entry patut fikir dulu…

  • Avatar for Ismail N

    hehehe..bila nampak kopi macam ni, teringat macam-macam nama kopi yang ada sekarang, some of it mengundang senyum, macam kopi batang, kopi jantan, kopi janda…kopi janggut..hehehehe

    • Avatar for Ismail N

      tu ler tgh test2 minum nie.. Err kopi janggut kat mana ada jual ehhh?

  • Avatar for Ismail N

    Senangnya sekarang ni, semua dah siap pek dah. Tak payah masuk hutan cari misai kucing. :)

    • Avatar for Ismail N

      yup, masuk kedai mamak jer 😆

  • Avatar for Ismail N

    Haha… macam-macam!

    • Avatar for Ismail N

      jangan hairan kak oii.. 😀