Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

Kopi kuda adalah produk kopi pra-campuran “7 dalam satu” keluaran Hijrah Network Management yang beribu pejabat di Jalan Payamas, Tangkak Johor Darul Takzim.  Bahan-bahan yang digunakan dalam Kopi Kuda (mengikut keterangan pada paket) termasuklah kopi Arabica, ekstrak Tongkat Ali, ekstrak ginseng, ekstrak ginkgo biloba, habbatus sauda, krimer bukan tenusu dan gula.

Kopi Kuda 540x363 Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

Ia dijual pada harga RM 3 di sebuah kedai mamak di pekan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Harganya di tempat lain tidak diketahui oleh penulis ini. icon biggrin Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda? Untuk mendapatkan hidangan yang terbaik, satu paket Kopi Kuda hendaklah di campurkan dengan secawan air panas 150ml. Kacau sehingga larut sepenuhnya dan hidangkan. Tak perlu tambah apa-apa lagi. Jika di tambah nanti jadi “8 dalam 1” pulak kan? icon wink Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

Bagaimanakah rasa Kopi Kuda? Pasti ramai yang ingin tahu. Bagi penulis, rasa Kopi Kuda ini ada sedikit macam Ali Café. Rasa ekstrak Tongkat Ali amat kuat sekali pada kopi ini, begitu juga rasa ekstrak ginsengnya. Bagi mereka yang darah tinggi, kencing manis dsb, mungkin elok elakkan dari meminum minuman ini. :Akan tetapi jika mahu minum juga, pastikan air suam yang digunakan melebihi 150ml supaya rasa pekat manis itu tidak terlalu kuat sangat.

Cara lain untuk menikmati Kopi Kuda ini adalah dengan mengurangkan serbuk kopi ini. Mungkin anda boleh guna separuh paket sahaja bagi setiap 150ml. . Jimat sikit kan? Namun, bagi mereka yang sukkan Ali Cafe atau Kopi Tongkat Ali pastinya sukakkan kopi ini juga sebagai alternatif.

Kopi Kuda ini seperti yang dinyatakan di atas adalah kopi pra-campuran yang menggunakan ekstrak tongkat ali dan ginseng. Maka ia dikaitkan dengan tenaga dan kekuatan buat peminumnya. Samada kopi kuda ini memberi kuasa kuda kepada anda terserlah pada diri masing-masing. Bagi penulis, ia mampu menyegarkan biji mata yang mengantuk jika diminum dengan air suam panas. Kuasa kuda tu errr..errr… susah nak cakap lah. Nanti ada yang expect lebih-lebih pula.

Bagi mereka yang berminat menjadi pengedar Kopi Kuda, anda boleh menghubungi syarikat Hijrah Network Management. No telefon mereka ada tertera pada paket Kopi Kuda. Bagi mereka yang sekadar ingin menikmati kopi sahaja, cubalah cari kopi ini dikedai-kedai mamak atau restoran Jawa. Kedai runcit biasa dan pasaraya macam tak jual sahaja kopi ni. Jika anda terjumpa, saya ucapkan selamat mencuba.

- Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

 Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

Latest posts by Ismail N (see all)

3 thoughts on “Minum Kopi Kuda Rasa Bertenaga Bagaikan Sang Kuda?

  1. Bimbang minum kopi segala mak nenek ramuan dicampur sebab tidak ketahui kesan tindak balas kimia yang berlaku. Jangan kaki asyik hendak menendang macam kuda sudah;ah. :-)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *