Samsung Galaxy s5

Tarikh Tayangan Filem Tanda Putera

5 Flares Twitter 0 Facebook 0 Google+ 5 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 5 Flares ×

Saya rasa ramai yang ternanti-nanti akan tarikh tayangan filem Tanda Putera, arahan pengarah filem tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar dan mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Tarikh tayangan asalnya adalah pada 13hb September 2012, namun telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan lagi.

tanda putera

Gambar kredit: eforum1.cari.com.my

Sehingga kini belum ada khabar terbaru akan tarikh tayangannya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi akan sebab ianya ditangguhkan. Moga-moga filem Tanda Putera dapat ke pawagam seberapa segera kerana amat jarang penonton-penonton filem kita dihidangkan dengan filem berunsurkan sejarah negara dan menaikkan semangat cintakan negara dan menghargai keamanan dalam negara. Syabas buat Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana menghasilkan karya sebegini.

Sinopsis dan latarbelakang filem Tanda Putera boleh di baca DI SINI. Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Mungkin terdapat adegan-adegan yang agak pedas buat sesetengah pihak. Malahan, tragedi 13 Mei 1969 dianggap ‘taboo‘ bagi sesetengah pihak. Namun, sebagai masyarakat yang sudah lama merdeka dan matang dalam pemikiran, ia tidak harus dilihat dari sudut yang negatif. Banyak pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dan direnungkan bersama dari peristiwa-peristiwa bersejarah ini. Dengan semakin meningkatnya elemen-elemen ‘subversive‘ di negara, rasanya kehadiran filem ini adalah tepat pada masanya.

- Tarikh Tayangan Filem Tanda Putera

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Macam menarik aje filem ni. Tak sabar pula nak menyaksikannya.

  • aku harap dgn adanya filem mcm ini boleh mengukuhkan perpaduan kita. . hilangkan sifat perkauman pd diri kaum2 cina mahupun melayu atau india. . (x terkecuali kaum bumiputera sabah&swak :)

  • sy suka akan vespa lama tu penuh nostalgia heee

  • Macam bagus je cerita nih….baru tahu, harap dpt tonton cerita ni satu hr nanti….

  • Cerita ni mendapat tentangan dari Parti Pembangkang.
    Macamana pun nak kena tengok .
    Sejarah ni

  • Sesuai jika ditayangkan masa merdeka nanti ;)

  • rasanya filem ini akan menjadi filem sejarah yang berjaya di panggung

Previous Post:

Next Post: