Saya rasa ramai yang ternanti-nanti akan tarikh tayangan filem Tanda Putera, arahan pengarah filem tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar dan mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Tarikh tayangan asalnya adalah pada 13hb September 2012, namun telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan lagi. Sehingga kini belum ada khabar terbaru akan tarikh tayangannya sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi akan sebab ianya ditangguhkan. Moga-moga filem Tanda Putera dapat ke pawagam seberapa segera kerana amat jarang penonton-penonton filem kita dihidangkan dengan filem berunsurkan sejarah negara dan menaikkan semangat cintakan negara dan menghargai keamanan dalam negara. Syabas buat Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana menghasilkan karya sebegini.
Sinopsis dan latarbelakang filem Tanda Putera boleh di baca DI SINI. Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Mungkin terdapat adegan-adegan yang agak pedas buat sesetengah pihak. Malahan, tragedi 13 Mei 1969 dianggap ‘taboo‘ bagi sesetengah pihak. Namun, sebagai masyarakat yang sudah lama merdeka dan matang dalam pemikiran, ia tidak harus dilihat dari sudut yang negatif. Banyak pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dan direnungkan bersama dari peristiwa-peristiwa bersejarah ini. Dengan semakin meningkatnya elemen-elemen ‘subversive‘ di negara, rasanya kehadiran filem ini adalah tepat pada masanya.
- Tarikh Tayangan Filem Tanda Putera



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Macam menarik aje filem ni. Tak sabar pula nak menyaksikannya.
aku harap dgn adanya filem mcm ini boleh mengukuhkan perpaduan kita. . hilangkan sifat perkauman pd diri kaum2 cina mahupun melayu atau india. . (x terkecuali kaum bumiputera sabah&swak
sy suka akan vespa lama tu penuh nostalgia heee
Macam bagus je cerita nih….baru tahu, harap dpt tonton cerita ni satu hr nanti….
yas recently posted..Bekas Isteri Hattan Saman Blog Hiburan
Cerita ni mendapat tentangan dari Parti Pembangkang.
Macamana pun nak kena tengok .
Sejarah ni
lepakk.com recently posted..Komen pun boleh dapat duit di lepakk.com
Sesuai jika ditayangkan masa merdeka nanti
Myra Jay recently posted..Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEO
rasanya filem ini akan menjadi filem sejarah yang berjaya di panggung
rahman recently posted..Tolong jangan degil
askm. mungkin meletop filem ni, penonton ketandusan filem sejarah kisah benar.
Denaihati recently posted..Olimpik London 2012 update terkini
aku suka filem ni, bukan pasal perkauman ker aper, akan tetapi filem yg berkualiti, berfakta dan mempunyai nilai sejarah mcm ni la yg baik. Barulah filem kita ada nilai, ini tidak asik gangster jer
Juan recently posted..Google Adsense Statement of Earnings 2012
fuh, kena tengok filem ni..
Filem yang berani menyingkap peristiwa hitam 13 Mei.
akubiomed recently posted..First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : Sharidawati
important piece of history buat Malaysia.. Mmg dah lama patut difilemkan.
Sejak arwah Yasmin Ahmad dah takde, semakin kurang filem-filem berkisarkan sejarah negara dihasilkan. Semoga Datuk Paduka Shuhaimi Baba akan terus hasilkan filem bermanfaat sebegini.
Fadzmie recently posted..Mencari semula identiti yang hilang
Yup, Dato’ Jins pun dah menyepi dari filem2 berunsurkan sejarah dan patriotik.
Pelakon pun not bad best2.. baca sinopsis pun bagus..
boleh layan..
nurmisnan recently posted..Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemak
mungkin dpt membuka mata dan dijadikan iktibar tragedi seperti ini tidak berlaku lagi..
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway JebengOtai : Hadiah Sudah Sampai
diharapkan begitulah…
wah.. kalau macam ini, makanya filem ini akan dimasukan di dlm senarai list utk tonton selain filem hunter..
hehehhee
maza recently posted..Popia Basah
Err citer hunter?? citer apa tu Maza?
Cerita yg ini The Hunter
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Gle-yH4wPxQ
hehehehe
maza recently posted..Penangan Katira
wah.. ada filem baru..
pasti best ni..
Mus recently posted..14 Bangunan Baru Yang Bakal Wujud Di Kota Kinabalu, Sabah
Dari sinopsisnya macam menarik jer ceritanya.
anif recently posted..Jadual Lengkap Perlawanan Bola Sepak Olimpik 2012 London