Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Salut Seafood Restaurant

Sekiranya anda melawat negeri Sabah, suka saya ingatkan agar jangan lupa cari makanan lautnya. Kalau terlepas, pasti kecewa di buatnya. Antara kedai-kedai yang menjual makanan laut yang bajet rendah dan tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu yang anda boleh pergi ialah Salut Seafood Restaurant.

Salut Seafood Restaurant ini terletak di Kg Salut Jalan Sulaman, kira-kira 30 minit memandu dari bandar Kota Kinabalu.

Salut Seafood Restaurant

Untuk pergi ke restoren makanan laut ini, anda bolehlah menggunakan lebuh raya Coastal melalui Universiti Malaysia Sabah dan 1Borneo Hypermall menuju ke arah Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).  Setiba di bulatan Sulaman (menuju ke arah Karambunai Resort), pastikan anda membelok ke arah Politeknik Kota Kinabalu dan kemudian pusing ke kanan ke arah Institusi Tadbiran Awam (INTAN).

Terdapat papan tanda di tepi jalan untuk masuk ke simpang menuju ke  Salut Seafood Restaurant.

Perbandingan Dengan Restoren Seafood Yang Lain

Jika dibandingkan Salut Seafood Restaurant  dengan resoren-restoren makanan laut di Bandar Kota Kinabalu seperti Kg Nelayan Seafood dan Port View; Salut Seafood Restaurant ini bolehlah dianggap rendah sikit tahapnya. Cuma ia sesuai bagi mereka yang “bajet yang kecil” dan sukakan privasi kerana Salut Seafood Restaurant agak murah harga makanannya dan kurang pengunjung berbanding dengan tempat lain. Namun, ia tetap menghidangkan resepi yang menarik dan makanan laut yang amat segar.

Lihat lah gambar-gambar di bawah itu.

Salut Seafood3 540x258 Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Salut Seafood 540x327 Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Makanan Laut Di Salut Seafood Restaurant

Sebagaimana di tempat-tempat lain, sebelum makan, anda semua bolehlah memilih ikan, udang, ketam, siput, lobster, ketam lembut, tiram, lala, sotong, kupang, belut dan sebagainya dari dalam aquarium. Haiwan laut ayng terdapat di Salut Seafood Restaurant ini masih HIDUP-HIDUP lagi.

Oleh itu, berhati-hati bila menghulurkan jari anda pada ketam dan ikan-ikan di san!  Jika terkena sepit, maka, sakit sendiri lah icon wink Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Makanan laut yang dihidangkan di sana adalah tersangat segar sekali!. Malah, sayur-sayurnya dijaga agar sentiasa segar juga. Harga makanan di Salut Seafood Restaurant adalah mengikut berat (gram atau kg). Jika anda tidak pasti berapa kilo yang perlu anda pesan, anda bolehlah memberitahu kepada pekerja di sana berapa ramai yang makan dalam kumpulan anda. Mereka boleh menolong untuk membuat kiraan bagi anda.

Masakan

Antara jenis masakan menarik yang disediakan di Salut Seafood Restaurant termasuklah masak butter, mayonis, asam manis, lada hitam, yam guk, kari, steam dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, sesetengah makanan laut ini lebih enak dimakan dengan cara masakan tertentu sahaja. Contohnya, udang paling lazat jika di hidang dengan masak butter (butter prawn).

Manakala, ikan garupa sesuai di masak steam.

Hidang Atau Al Carte?

Anda boleh memilih samada memasan secara hidang atau “ala carte”. Ramai pengunjung di Salut Seafood Restaurant biasanya suka makan scaraala carte“. Memandangkan Salut Seafood Restaurant ini kurang pengunjung macam di tempat-tempat yang lebih popular seperti Kg Nelayan, Portview atau Ocean Seafood Restaurant, maka hidangan biasanya cepat tiba. Jadi anda tidak perlu lah lama menunggu sehingga habis beberapa piring kacang dan Chinese tea icon biggrin Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Kesimpulan

Kesimpulannya, Salut Seafood Restaurant ini memang sesuai untuk membawa sessi keluarga, terutama yang ramai ahli keluarga dengan budget yang kecil. Harganya yang berpatutan membuatkan lebih ramai orang mampu menjamu selera, asalkan anda tak memesan “lobster” sudah la. Kecuali pada musim perayaan tertentu, anda tidak perlu menelefon dan membuat  tempahan untuk makan malam di sana. Selalunya akan ada meja kosong buat anda sekeluarga di sana.

Cuba lah ke sana.

- Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

 Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Jom Makan Di Salut Seafood Restaurant

Foods

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: