Kambing Panggang Hidangan Hari Raya

kambing-panggang

Untuk rekod, saya hilang 5kg semasa bulan puasa. Bukan senang nak mencapai 5kg tu! Namun, selepas seminggu hari raya, saya telah mendapatkan kembali 5kg tersebut. Maka, tidak hairanlah jika ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk program pelangsingan badan. Ini kerana hendak gemuk memang senang tetapi hendak kurus tu alahai sebulan puasa pun sikit kesannya. Tambahan pula di hari raya, makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Antara yang paling ngetop di rumah saya tahun ini adalah ‘Kambing Panggang’.

Pernah makan kambing panggang?

Panggang Kambing  Di Hari Raya

Bukan mudah untuk memanggang kambing rupanya. Alatan perlu cukup dan mesti tahu guna rempah yang sesuai. Kambing yang kami panggang beratnya 21kg. Agak besar dan terpaksa dikudungkan kakinya agar dapat ‘fit’ pada alat memangang. Alat tersebut juga menggunakan ‘motor‘ bagi memusingkan kambing. Kalau guna cara manual (tangan), aduh lenguh lah tangan memusingkannya. Paling kurang ialah 3 jam bagi tugasan ini sahaja.

Oleh itu, jika hendak dihidangkan di waktu malam, jangan tunggu lewat petang baru nak uruskan segalanya.

Bungkus Dengan Foil Alumminium

Kambing yang hendak dipanggang dibungkus dengan foil alumminium bagi menggelakkan ia hangus atau masak di luar sahaja. Api mesti lah cukup dan konsisten. Bahagian paling luar, elakkan dari dimakan sebab ia nya paling keras dan liat. Yang terlalu dalam pula, ada kemungkinan ‘under cook‘ pulak. Berhati-hati bila memanggang kambing ni!

kambing panggang 2 540x304 Kambing Panggang Hidangan Hari Raya

Kambing panggang memang sedap di makan begitu sahaja. Gunakan sos cili untuk menambahkan rasanya dan sesuai juga dimakan bersama nasi. Alatan memanggang kambing agak mahal sikit. Oleh itu kami amat berterima kasih kepada pakcik kami yang sudi membawa alatan tersebut ke rumah kami pada malam raya yang lalu.

- Kambing Panggang Hidangan Hari Raya

 Kambing Panggang Hidangan Hari Raya

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Kambing Panggang Hidangan Hari Raya

Foods

{ 12 comments… add one }

  • aqiqah October 28, 2012, 3:11 am

    wah terasa sedap masakanya berapa harga tu mesin pangang kambing ??

    Reply
  • yusri September 3, 2012, 8:36 am

    ini baru betul makan besar…

    Reply
  • Kak Long Mawar Merah August 30, 2012, 4:12 pm

    Siap ada alatan memanggang kambing lagi.
    Nampak menyelerakan.
    Apa bahan-bahan rempah yang sesuai untuk panggang kambing tu?

    Reply
  • hafizmd August 29, 2012, 8:38 am

    Kambing mmg sedap. Panggang ke, golek ke, kari ke….pe2 jerlah…hehe

    Naik mmg senang, turun punyalah payah…sama =)

    Reply
  • akubiomed August 28, 2012, 4:52 pm

    Hebat sedia kambing panggang lagi. :-)

    Reply
  • maza August 28, 2012, 4:52 pm

    aduh! terliur sudah…

    maza makan kambing panggang yang dibeli dari pasar raya aje.. hehehe
    cicah sama lada hitam dan putih… perkhhhhh!!

    brown sos satu kali gitew.. hehehe
    maza recently posted…Gadis Bertudung Servis TubuhMy Profile

    Reply
  • Jebeng Otai™ August 28, 2012, 4:51 pm

    lagi2 bhagian rusuk die..mmg terbaik :)

    Reply
  • anif August 28, 2012, 2:53 pm

    Perghhh.. Mantap tu. :D

    Reply
  • padin August 28, 2012, 2:49 pm

    hehee sama la kita bro Mail, 3 hari sebelum raya aku timbang 66, balik jb timbang 71.. erkkk

    Reply
  • nurmisnan August 28, 2012, 2:48 pm

    Aku kurang sikit kambing panggang. Steak kambing yezzaaaaa
    my fav walaupun aku jarang2 + kadang2 makan.. Emmmm so good

    Reply
  • titan August 28, 2012, 2:25 pm

    hoho..bak sikit. ada baki lagi tak??

    Reply
    • hafizmd August 29, 2012, 8:26 am

      Ambe agak, tinggal tempat panggang jer titan…hehe

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: