Makan Rojak Buah Di Suria Sabah

0 votes

Hanya ada satu sebab sahaja bagi saya untuk pergi makan di Food Court di Suria Sabah – ROJAK BUAH! πŸ˜€ Saya memang sukakan rojak buah sejak kecil lagi terutama ketika masih tinggal di kampung di Bandar Maharani Muar. Semasa tinggal di KL, agak susah hendak mencari rojak buah ini. Lebih susah hendak dicari apabila sudah berpindah di KK. Cuma sekarang ini tidaklah susah lagi kerana adanya gerai rojak buah di Suria Sabah dan Centre Point Sabah.

Rojak-Buah

Agak susah hendak membuat perbandingan di antara rojak buah Suria Sabah dengan rojak buah Muar. Namun, saya rasa saya akan ‘bias’ pada rojak buah Muar atas sebab-sebab tertentu. Ha ha..

Akan tetapi, fakta yang ketara sekarang ini ialah saya memang selalu pergi ke Suria Sabah untuk menikmati rojak buah. Ini bermakna rojak buah Suria Sabah ini boleh tahan sedapnya.

Tambahan pula dengan pemandangan menarik di tepi laut terutama apabila cahaya terang dan langit biru di angkasa. Maaf sebab gambar yang saya ambil dan letakkan di bawah kurang menarik. Langit agak mendung ketika saya di sana hari tu dan hujan pun turun sebaik sahaja saya habis makan rojak buah.

food-court-suria-sabah

suria-sabah

Bagi mereka yang ingin merasai rojak buah, silalah ke Suria Sabah atau Center Point Sabah. Harganya adalah dari RM 5.00 ++ sepinggan. Di Suria Sabah, gerainya terletak berdekatam pintu masuk Food Court (sebelah dalam), manakala di CPS, ia terletak di Palm Square, dekat dengan Tuah Baker.

Makan Rojak Buah Di Suria Sabah

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N Mus April 24, 2012
  2. Avatar for Ismail N nizamghazi April 22, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  3. Avatar for Ismail N MDHAFiZ.NET April 21, 2012
  4. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah April 21, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
      • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah April 29, 2012
  5. Avatar for Ismail N titan April 21, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  6. Avatar for Ismail N tengkorak emas April 21, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  7. Avatar for Ismail N lunaticg April 20, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  8. Avatar for Ismail N Cenderahati-Perkahwinan April 19, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  9. Avatar for Ismail N maza April 19, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  10. Avatar for Ismail N akubiomed April 19, 2012
  11. Avatar for Ismail N tehr April 18, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012
  12. Avatar for Ismail N ProfHariz April 18, 2012
  13. Avatar for Ismail N nurmisnan April 18, 2012
    • Avatar for Ismail N IN April 24, 2012