Google AdSense

Google AdSense

Blues Jambatan Sungai Mengkabong

Sg-Mengkabong-2

Bulan April 2012 adalah bulan yang mengecewakan buat penyokong-penyokong Red Devils. Kalah dengan Wigan dan Noisy Neigbour dan lepaskan 2 gol di 10 minit terakhir untuk seri dengan Everton. Sapa yang tak kecewa beb :sad: Mungkin bukan rezeki MU untuk tahun ini. Namun, percayalah Man United akan mengganas semula musim depan. GGMU.

Gambar-gambar ini saya ambil di awal pagi, kira-kira 5.40 pagi. First time, saya ambil gambar seawal pagi ini. Ini semua gara-gara tidak boleh tidur selepas Man United seri dengan Everton dua minggu lalu. Untuk melayan blues pagi itu, saya pun mengambil kamera dan kunci kereta dan memandu ke Sungai Mengkabong yang terletak tidak berapa jauh dari rumah saya.

Sg-Mengkabong

Sg-Mengkabong-3

Maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan. Saya cuma menggunakan lensa 55mm pada aperture yang tinggi di pagi gelap ini. Lupa hendak grab lensa yang lebih panjang dan tripod sama. Betul-betul blues maaa.. :wink: Saya set ISO pada 400 dan gunakan manual focus pada kebanyakkan gambar. Susah bila tak bawa tripod dan guna tangan ni dan sukar untuk menjadi kreatif bila fikiran masih blues. Tempat ini cantik dan one day saya akan kembali lagi untuk membuat shoot yang lebih baik lagi, insya-allah:D

- Blues Jambatan Sungai Mengkabong

10 Comments

  1. Tempat ni dalam kawasan mana ya En Ismail?
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Anak terseksa bila ibu dipukul

    1. IN says:

      jln sulaman – between kk dan tuaran :D

  2. Mus says:

    pernah juga lalu sini masa awal pagi.. sunyi dan tenang melihat matahari terbit…
    Mus recently posted..Ada Beca Di Kota Kinabalu?

  3. tehr says:

    sebenar2 blues ni
    tambah lagi bila MU kalah
    huhu
    tehr recently posted..Pantun Hari Khamis

  4. ProfHariz says:

    Cantik gambar di atas :)

    MU tahun depan ? Semoga bro :P
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #5 – Bendang di Pulau Pinang

  5. Cantik tu. Kalau siap lengkap peralatannya, mesti lagi terangkat.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Kek dan Lebah

  6. Izzuddin Fauzi says:

    Cantik pemandangan :D Bluesss~~
    Izzuddin Fauzi recently posted..Sesi ‘Makan Anggur’ dan Tidur

  7. anif says:

    Hehe.. blues sungguh! :D
    anif recently posted..Bila Tiba Musim Peperiksaan

    1. akubiomed says:

      Terasa bluesnya. Jangan kecewa bro cuba lagi. :-)
      akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan April