Satu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule” atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang lebih seimbang dan menarik. Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika mengambil gambar. Mengenepikan Rule Of Thirds tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik. Yang penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.
Prinsip Asas Rule Of Third:
“The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections” – Bryan F. Peterson
Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal). Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika mengambil sesuatu gambar itu. Garis-garis ini bila dibuat akan menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.
Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Basically, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan. Rujuk grid di bawah:
Dengan menggunakan Rule of Thirds, letakkan imej atau subjek yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan di atas. Dalam kata lain juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di tengah frame atau jauh dari titik-titik pertemuan itu. Kajian telah menunjukkan yang apabila melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej. Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang. Lihat beza dua gambar di bawah juga:
Antara contoh-contoh penggunaan Rule Of Thirds yang digunakan oleh jurugambar-jurugambar pro dan amatur di seluruh dunia. Lihat di bawah. Hebat bukan?
- Prinsip Asas Fotografi | Rule Of Thirds









A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
rsnya bro ada post psl ni sblm ni kan?
klo ikut rule of 3rd mmg gmbar sure cantik!
Adila recently posted..I’m GRADUATING again!
kawe ada mention sikit jer dulu masa tulis pasal photographer Kid Chan.. plus yg dulu in english.. skrg malayglisg he he
bukan senang nak tentukan subjek camni…thanx info bro…
Norizwan recently posted..Gaya hidup orang cina
walau pun aku dah tahu idea ROT ni, tapi tangan aku ni still gatal nak letak subjek kat tengah. Hahaha..
faizul recently posted..Jom Santai – Elephant Sanctuary Kuala Gandah dan Deerland
barulah aku faham bagaimana cara nak ambil gambar yang lebih menarik
terima kasih banyak, bro
tehr recently posted..Seni Seorang Seniman
Nampaknya lepasni Tehr kena beli DSLR la pulak
tq bro atas info ini..
mmg nampak menyerlah.. kalo gambar utama diletakan di titik tersebut…
Hairul Hissam recently posted..Tak tahan asyik kena kutuk. Petua nie memang best.
welcome…
basic jer ni
betul la bro..
Imej tu nampak macam lebih dekat, dan mudah ditagkap oleh mata
dnoBiz recently posted..Ilmu Hitam – Suami Layu Dikunci Amah
Memang teknik asas ni
anif recently posted..Bila Perlu Menukar Kasut Sukan?
ohhhhh… mcm tuh.. arigato2.. lepas nih kena byk belajar
lg. Ini pun masih belajar dgn majalah dan ternet jer..
i like gambar kupu2 dan sampan tuh… awesome
nurmisnan recently posted..Tuna sandwich wt coffee
kawe pun baca majalah, buku dan internet gak.. he he
cadang nak pi kelas tp belum ada masa lagi
Selalu guna ketika guna digital kamera kompak tapi kamera DSLR tidak jumpa pula
dlm kamera dslr ada ehhh titik2 tu tapi line tak der ler… cuma titik2 tu brp clear… sbb nanti gangu view kita lak. Kalau tiada pun tak apa, boleh imiginasikan dalam fikiran