Teringat saya masa kecik-kecik dulu time musim durian. Masa tu saya masih makan durian lagi. Sekarang tak lagi dah! Tak ingat kenapa saya berhenti makan durian. Mungkin sebab baunya kot? Entahlah.. Dah lama masa itu berlalu. Tapi saya bukan nak cakap pasal makan durian hari ini. Cuma teringat kalau masa beli durian di gerai-gerai zaman dulu, selalu saya nampak semuanya bagus-bagus dan cantik-cantik. Tak ada yang buruk langsung. Kata orang-orang tua, itu taktik orang meniaga. “Put your best foot forward”. Maknanya yang terbaik tu letaklah dihadapan supaya orang lain impress. Yang buruk-buruk tu kasi sembunyi sikit. Kalau dapat kasi masuk sikit-sikit time packing tu.. kira untung ler, walaupun nampak macam menipu.
Dalam mengambil gambar pun, taktiknya sama sahaja. Janganlah time korang snap gambar semuanya korang nak masukkan. Kalau ada yang tercalar, terlondeh, terover tu kasi sembunyi-sembunyi sikit lah. Cari sudut terbaik bagi subjek yang kita nak ambik. Kalau boleh guna jari untuk buat experiment. Tapi zaman ni kamera ada LIVE VIEW kan (tengok gambar bawah tu), maka tak payahlah pakai jari lagi.
Mungkin kalau gambar keluarga atau gambar landscape kita terpaksa ambik semua. Tetapi itu pun ada tricknya jugak. Rasanya blogger yang paling top bab gambar landscape ni yang kawe kenal (secara online gitew2 jer) adalah Blogger en_me . Hang pi tengok sendiri lah KAT SINI, jeles dibuatnya.. he he
Tapi kalau gambar portrait – orang, benda, tumbuh-tumbuhan, carilah bahagian paling menarik dan snap kat situ jer. Kata orang-orang tua.. manusia ni manisnya pun ada tempatnya. Ada yang manis tang situ, ada yang tang sinun dan ada yang tang situn…
Korang carilah sendiri. Insya-allah dapat jumpa. Selamat mencuba…. P/s: Cuba bandingkan gambar-gambar di bawah ini and see what I mean..
- Teknik Fotografi | Mengambil Sudut Yang Terbaik
- Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: May 5, 2011 @ 0:07
- www.dululainsekaranglain.com







A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Hubby pun ajar ni, tapi tak detail sangat la dia ajar…
Malaysia Travel Blog recently posted..Monsopiad Cultural Village
[...] lebih baik dari cahaya “flash”. Cuba cari sudut yang menarik untuk objek anda. BACA ENTRI YANG LEPAS bagi mendapatkan idea mencari sudut yang baik untuk objek [...]
[...] | Manipulasi Gambar Lagi May 9th, 2011 by IN. Dalam entri yang lepas, saya ada menulis mengenai gambar yang di ambil dari sudut yang lain akan memberikan impak yang [...]
setuju 100% dgn entry abg mail yg ini…hehehe
oppsss… maza masih intership lagi lorr … huhuhuu
maza recently posted..Ummu Fatt- Hari Ibu
Menjadi kebiasaan termasuk saya kalau ambil gambar mesti subjek tengah-tengah. Padahal boleh diubah kedudukan sudut mengambil gambar. Banyak lagi yang perlu dipelajari
kalau diadun dengan R.O.T pasti gambar tu makin mantop!!
Mus recently posted..Cara Murah Hasilkan Kesan Fisheye Pada Gambar
[...] lain. Thanks to Ismail N dan drHanie yg sebut2 nama haku dan puji2 gambo2 haku dlm blog kalian semalam. Tanpa korang yg [...]
kembali..
ada ubi ada batas.. kawe puji .. dapat link balas.. he he..
thanks en_me
nak gambar cantik posing maut tu penting
photographer ar kena posing nya.haha
psst! bau kedai
err kalau dah maut, camne nak posing lagi?
yup TE.. kena cari tang mana cantiknya dulu
ahad ni.. Old Trafford dan seluruh dunia bergegar.. 19th coming..
en_me – kena bagi credit where it’s due
Tabik…
ehem, thank u2.. vahhh sebut2 name me fulakks.. uhuks, tersedak2 ghitewww
en_me recently posted..MAKAN BLOG TIDO BLOG MINUM COCA-COLA
betul juga kan..berubah perspektif tentang gambar apabila diambil dengan sudut yg berbeza, yg pastinya gambar di bawah lebih menarik,
bila terlihat baju biru tu..teringat big game ahad ni..he
tengkorak emas recently posted..Memburu kejuaraan keempat penuh gaya
Setuju sangatlah dengan artikel ini
anif recently posted..Cerita Gigi Susu
tq bro