Tips Cemerlang Semasa Tempoh Percubaan (Probationary Period)

Probationary Period

Dahulu, kami pernah menulis tentang hak majikan dan pekerja semasa pekerja masih dalam tempoh percubaan.  Oleh kerana hampir semua pekerja pernah melalui tempoh percubaan dan ada yang bertahun-tahun kerja tetapi masih belum disahkan dalam jawatan, maka kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tips yang diharap dapat mempercepatkan proses pengesahan jawatan para pekerja yang masih dalam probationary period.

Kalaupun tidak disahkan dalam jawatan, sekurang-kurangnya janganlah pula ditamatkan perkhidmatan.

Probationary Period

Tempoh percubaan atau ‘probationary period’ merupakan suatu tempoh kritikal di mana majikan menilai samada seseorang pekerja baru itu sesuai dengan jawatan yang dipegang atau tidak sebelum ia disahkan dalam jawatan tersebut.

majikan

Fahami Kehendak Dan Expectation Majikan 

Pastikan anda tahu tugas-tugas anda dari A hingga Z dan jangan ulangi kesilapan, tetapi belajarlah dari kesilapan.  Jika anda tidak faham sesuatu tugasan, mesti berani bertanya walaupun bos marah.

Contohnya: semasa saya mula-mula bekerja dengan syarikat GLC dahulu, minggu pertama kerja sudah kena ‘tiau kaw-kaw’ oleh penyelia.  Tugasan saya pada waktu itu adalah untuk mengumpul finalized Board Papers untuk dihantar ke HQ.

Selepas dikumpul, saya serahkan kepada kakitangan yang berkenaan untuk dikurier.  Ingatkan dia terus kurier, rupanya tidak sebab dia juga mengurus benda-benda lain. Perkara tersebut berlaku kerana saya tidak faham budaya kerja di tempat baru.  Maklumlah, tempat kerja dulu cuma firma kecil, staf tak ramai, maka semua kerja dibuat dengan segera.

Di pejabat besar, ada banyak ‘bos’, jadi kalau hendak cepat, mesti follow up berkali-kali. 

Dari saat itu, saya sentiasa follow-up kerja orang lain yang berkaitan dengan kerja saya.

Tingkatkan Kecekapan Dan Tambah Kemahiran 

Jangan biar diri kekal pada tahap yang sama.  Contohnya: jika anda seorang eksekutif admin, pastikan anda tahu menulis surat, mahir menggunakan komputer dan mesin fotokopi, dan lain-lain perkara yang bersangkut-paut dengan kerja anda.

tingkatkan skill

Adalah lebih baik lagi jika anda juga tahu melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh kerani admin dan setiap pekerja yang melakukan kerja-kerja yang mempunyai kaitan dengan kerja anda.

Jangan takut untuk belajar dan melakukan lebih dari KPI anda. 

Dan jangan kecil hati jika ada yang sindir anda, Contohnya:”semua kerja pun dia mau bolot” kerana realitinya tidak rugi menambah ilmu.

Realitinya, walau apa pun jawatan anda di pejabat, mestilah tahu melakukan perkara-perkara asas seperti menggunakan mesin fotostat, mesin pencetak, telefon ofis, dan sebagainya.

Hormati Dan Berbaik-Baik Dengan ‘Orang Lama’ Dalam Syarikat

Kakitangan yang telah lama berkhidmat dalam syarikat selalunya lebih memahami selok-belok syarikat dan dapat membantu anda apabila timbul masalah.  Misalnya, sejurus selepas peristiwa saya di ‘tiau kaw-kaw’ di atas, yang pergi mengadap supervisor saya untuk menerangkan perkara sebenar adalah PA Pengurus Besar syarikat, antara orang terawal saya kenali dalam syarikat tersebut.

Supervisor saya terus hilang marah dan kami dapat berbincang dengan baik cara-cara untuk mengelakkan perkara tersebut dari berulang.

well done

Oleh itu, hormati semua kakitangan dalam syarikat supaya mereka juga akan menghormati anda.

Semua kerja akan menjadi lebih mudah jika anda mendapat kerjasama dari semua orang.

Ringan Tulang

Mesti rajin membantu bukan sahaja pegawai atasan atau penyelia anda, tetapi juga pekerja bawahan anda.  Anggaplah tempoh percubaan sebagai suatu peluang menambah kemahiran di mana anda dibayar untuk belajar.

Maka itu, kalau ada kerja yang terpaksa dibuat lebih masa jangan berkira untuk claim OT.

Fikirkan perkara-perkara yang lebih penting misalnya pengesahan jawatan, bonus hujung tahun, kenaikan gaji, kenaikan pangkat, dan sebagainya.

Bertanya Jika Tidak Tahu!

Jangan segan bertanya kepada penyelia anda tentang kelemahan anda dan meminta nasihat tentang cara memperbaiki pencapaian anda di tempat kerja.  Biasanya inisiatif sebegini disukai oleh majikan dan pegawai syarikat.

Jika penyelia anda seperti tidak kisah, bertanyalah kepada kakitangan lama untuk pendapat mereka.

soalan

Pastikan Meja Anda Sentiasa Kemas

Meja yang kemas memberi gambaran bahawa kerja anda terkawal.  Ia juga menunjukkan yang anda bersedia menerima tanggungjawab yang lebih mencabar.

Tanggungjawab yang lebih mencabar merupakan peluang untuk mendapatkan bukan sahaja pengesahan kerja tetapi juga kenaikan gaji, dan lain-lain.

Cuba pelajari system-sistem pengurusan yang ada misalnya prinsip 5S (sort, set in order, shine, standardize, sustain).

5S methodology

Lain-Lain

Datang awal ke pejabat, berpakaian kemas dan sopan, jangan curi masa kerja untuk melayan FB, twitter, dll.

Paling utama adalah untuk menanam perasaan tanggungjawab dan hormat terhadap majikan yang membayar gaji anda.

Jika anda mengamalkan perkara-perkara di atas dengan sebaik mungkin, sekurang-kurangnya majikan tiada justifikasi untuk tidak mengesahkan jawatan anda.

Apabila telah disahkan jawatan, perkara di atas mesti diteruskan ya supaya terus sukses dalam pekerjaan.

29 Comments

    1. Sudah serahkan surat aduan rasmi kepada majikan? Penurunan pangkat tdk blh dilakukan dgn sewenang2. Sama ada anda pekerja yg dilindungi di bwh Akta Kerja atau bukan, ia mesti dgn alasan yg munasabah & slps menjalani proses yg adil. Jika tidak, tindakan majikan mgkn blh dianggap ‘constructive dismissal’.

  1. Untuk makluman tuan/puan, saya menghadapi masalah berkaitan tuntutan perjalanan luar stesen yang mana setiap tuntutan perlu dikemuka secara online dan manual (bukti sokongan tuntutan perjalanan) kerja, pemohonan kelulusan bayaran dalam tempoh 3 bulan secara online dikemukakan selewat-lewatnya sebelum 15hb setiap bulan kebiasaan (tetapi tarikh penutupan akaun tidak tetap kalau membabitkan cuti perayaan umum akan lebih awal). Masalah saya bermula pada Sept 2016, apabila berlaku bertukar Pengawai yang meluluskan tuntutan bayaran. Pegawai baru hanya masuk bertugas pada 26 Sept 2016. Dalam tempohmasa tersebut tidak dapat dibuat tuntutan disebabkan belum dibuat perubahankuasa pelulus tuntutan kepada pegawai baru. Manakala pada 26 Sept 2016 pulak, saya telah mendapat surat arahan perpindahan antara syarikat berkuatkuasa 01/10/2016….sehingga hari ini walaupun tuntutan tersebut telah diluluskan secara online untuk bayaran selepas tarikh akhir utk bulan tersebut oleh pegawai disyarikat baru……..tiada bayaran diterima…..walaupun saya telah mengisi borang permohonan semula bayaran manual telah dibuat tetapi sehingga harini tiada bayaran diterima….walaupun telah beberapa kali followup dibuat melalui email scan pdf dokumen. So apa cadangan tindakan yang perlu saya ambil

    1. JIka anda pekerja kerajaan, sila rujuk kpd prosedur yg ditetapkan. Jika saudara pekerja di syarikat swasta dan bergaji di bwh RM5000, maka anda hendaklah merujuk kpd prosedur syarikat atau terma kontrak kerja. Jika tiada dinyatakan dgn jelas, dan pihak HR/akaun pun tidak dpt membantu, maka anda blh merujuk kpd pihak JTK utk khidmat nasihat bagaimana mendapatkan hak anda.

  2. salam , saya bekerja di syarikat swasta .. dulu dalam perjanjian majikan cakap gaji 10hb tapi sekarang lambat ? boleh ke saya buat aduan ?

    1. Boleh, tetapi sebelum itu, cuba selidik kenapa kelewatan ini berlaku? Adakah majikan tukar software gaji, atau mengalami masalah kewangan? Jika tiada sebab2 yg munasabah, dan puan x dpt menunggu lagi, sila buat aduan.

        1. Tiada kaitan antara masalah kewangan syarikat dgn kedudukan kewangan boss kerana keduanya adalah entiti yg berasingan (perniagaan vs urusan peribadi). Boss tidak perlu jadi bankrap secara peribadi utk menggulung syarikat. Jika beliau berpendapat syarikat sdh tidak boleh menjana keuntungan, maka beliau blh menutup syarikat. Melainkan ada bukti yg boss melakukan salah-laku atau menipu mengenai pendapatan syarikat, maka tidak boleh pertikai bagaimana boss menggunakan pendapatannya.

  3. saya baru sebulan lebih bekerja di sebuah syarikat. Tiba tiba boss syarikat tersebut melalui pesanan ringkas pada jam 8 malam memberhentikan saya serta merta dengan alasan progress kerja tiada dan terpaksa mengantikan orang lain di tempat saya. Padahal Progress yang tiada itu berpunca daripada dia sendiri yang hantar lewat barang untuk dipasang oleh pekerja, cuaca tidak menentu dan tenaga kerja buruh mogok kerana tidak di bayar gaji. Perkara sebegini bolehkah saya buat aduan kepada JTK.

  4. Assalamualaikum..tuan,sya mohon pencerahan, sya nak tnya satu soalan, saya bekerja di sebuah syarikat swasta, saya bekerja selama hampir 15 tahun. soalan sya, majikan sya menasihatkan sya berhenti kerja kerana sya sakit buah pinggang?
    bolah ke sya buat pampasan ?
    apa ciri-ciri pampasan yang bolah buat kepada majikan?
    bolah sya masalah sya kepada (JTK)

  5. Saya dihenti oleh majikan hari ni dengan sebab tidak dapat memenuhi permintaan dia dan saya tak pernah terima warning letter dari company. Adakah in salah dari undang undang?

  6. Salam.. sy nak tanya.. sy dh berhenti kerja thun lps 2017.. masalah skrg ni claim sy xdpt2 lg.. dh bincang cara elok pn company diam je.. mcm mana ek?? Blh ke sy report ke jtk??

  7. Saya masih ada konterit 2/2/2019.tetapi komni lebih awal darimasa tersebut.4 bulan lebih awal .komni memberi satu bulan notis memberitahu perhimatan saya tidak perlu lagi…jadi saya nak taya apa hak saya seorang perkeja .komni tidak bayar pampasan saya.

    1. Tuan, kena rujuk terma kontrak utk pastikan hak tuan. Secara am, jika tuan blm sampai 1 thn kerja dgn majikan, maka tuan tidak berhak kpd pampasan pemberhentian kerja. Saya syorkan tuan bertanya dgn JTK utk kepastian. Bawa bersama kontrak kerja tuan.

    1. Minima RM920 sebab Perintah Gaji Minima terpakai kpd semua pekerja samada confirmed atau masi dlm tempoh percubaan.

  8. Saya nak nasihat dari puan,,saya bekerja sebagai agent @ majikan dikedai kasut,,kedai saya buka pukul 10am-9:30pm..
    Pada 12/12/2015 saya sepatutnya masuk kerja pukul 10 tetapi saya ada masalah sikit dan tiba2 saya dapat masej dari staff saya yang dia tidak sihat dalam pukul 11:30am,,Saya terus pergi kedai kerna risau padanya,,sampai kedai dalam pukul 12:15 terus masuk kedai menanyakan pada staff baru saya mana staff lagi sorang,,saya jumpa dia dengan bersaksikan staff baru saya dan saya cakap pada staff sakit tuh yang sy bagi dia balik pukul 12:30 untuk pergi klinik dan cuti rehat pada 13/12/2015,,tiba2 staff saya cakap baik saya benti keje je sebab tak heran dengan kerja ni dan terus amik beg,helmet,barang2nya dia pergi ke motornya di hadapan kedai dan hempas beg didalam bakul,,Disebabkan cara dia yang tiba2 itu saya pergi hadapan kedai dan berkata kalau itu akak da cakap saya terpaksa terima,lagi pon saya bagi akk balik rehat dan cuti rehat bukan bentikan akak kerja dan saya berkata tak apalah ini keputusan akk nanti hujung bulan saya beri gaji,,
    Dalam pukul 1:30 dia datang bersama tunangnya dan meninggikan suara berkata pada tunangnya yang saya halau dia macam anjing,sesuka berhentikan dia dan tuduh saya macam2,,Saya berkata benar dan cerita semua kepada tunangnya dengan bersaksikan staf baru saya tetapi staff itu tarik tangan tunangnya keluar dari kedai sambil berkata tunggu dan lihat,,
    Pada hujung bulan (30/12/2015) saya beri masej padanya yang saya ingin beri gaji semasa dia bekerja sampai dia berhenti,,pada malam tu dia datang dan saya bagi gaji kepadanya bersaksikan staff2. Saya kira semua gaji dia sebab tolak hutang dia ambil kasut,beg sekolah dan baju kerja,,resit semua saya copy dan beri gaji bersih padanya,,Dia amik gambar slip gaji dan resit terus keluar dari kedai,,

    Pada pertengahan bulan 1 anggaran 17/1/2016 dia telah masej area manager saya mengatakan gajinya tak cukup dan area manager saya minta semua salinan gaji dan hutangnya pada saya,,Setelah area manager kira semua gajinya cukup dan betul apa saya bagi,,Dan dia tak mampu berkata apa2,,
    Pada 27/01/2016 dia telah membuat aduan kepada pejabat buruh megatakan yang saya berhentikan dia tanpa notis dan saman saya kerna berhentikan dia tanpa sebab,,pejabat buruh bagi 1 tarikh perbicaraan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini dan saya tidak boleh bawa saksi pada hari tersebut,,

    1. Dia cakap berhenti padahal saya bagi balik untuk pergi klinik dan cuti rehat pada esok hari dan dia menuduh saya halau dia keluar macam anjing padahal saya hanya cakap hujung bulan saya bayar gaji walaupun akk berhenti dan staff baru saya terus berkata jangan fitnah saya sebab dia dengar semua apa yang berlaku..kerna dia tidak puas hati dia pergi pejabat buruh membuat aduan yang saya berhentikan dia,,semoga allah beri hidayah padanya agar berlaku jujur pada hari perjumpaan nanti,,saya berlaku jujur dan adil pada semua staff saya walaupun saya pernah ada staff yang mencuri tapi saya lepaskan dia dengan baik bukan menghukum,,

  9. Teringat zaman mula-mula masuk kerja which was lama dah ^_^ Memang betul, sebagai pekerja baru kita kena cuba belajar sebanyak mungkin apa yang patut dan jangan berkira. Kena respect orang lama, orang atasan bahkan orang bawahan kita juga kalau ada. Makcik cleaner tu pun kena respect juga tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons