Semalam saya baru beli Hire Purchase Act untuk rujukan peribadi. Banyak pindaan telah berlaku pada Akta ini dan adakalanya kita semua menjadi confuse. Till now, saya pun a bit confuse dengan definasi bagi “hire purchase agreement” di bawah Akta ini. Rujuk seksyen 2, bahagian definasi dan let me know apa yang anda faham sebelum saya pergi cari buku rujukan berkenaan Akta ini di perpustakaan nanti.
Namun, apa yang sebenarnya saya hendak tulis ialah something yang berkaitan dengan hire-purchase dan pengalaman mengendalikan kes-kes sebegini. Terutama bab soal sambung bayar loan yang makin lama makin hangat di pasaran dewasa ini.
Umum mengetahui bahawa ramai yang ingin membeli kenderaan tetapi tidak layak untuk membuat pinjaman bank. Ini mungkin disebabkan gaji tidak mencukupi, tidak mempunyai slip gaji mahupun telah di black-list oleh pihak bank. So, these people pun pergi pada teknik sambung loan dengan membeli dari pemilik kenderaan yang tidak mampu membayar loan mereka lagi. Dulunya, ia berlaku cuma antara pemilik kenderaan dengan pembeli sahaja. Apa yang perlu dibuat ialah membuat satu surat perjanjian jual beli kereta dan kenderaan diserah-milikkan. Selepas pinjaman bank selesai, pembeli akan mengambil geran di bank dan membawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan bersama perjanjian jual-beli kereta bagi tujuan memindah milik kenderaan.
Hari ini ia jadi lebih rumit bila ada pihak menjadi orang tengah pula atau “car dealer”. Mereka akan mencari (dengan cara iklan, networking, etc.) pemilik kereta bermasaalah dan membeli kereta secara sambung loan. Mereka kemudian akan menjual pula kepada orang lain dengan cara sambung loan juga dengan sedikit mark-up pada harga. Rujuk carta di bawah.
Telah beberapa kali staff kami di pejabat menghubungi pemilik kereta (yang buat loan bank) dan diberitahu oleh pemilik berkenaan dia telah menjual kepada orang lain (B misalnya). Bila dihubungi B pula, rupa-rupanya B ialah dealer kereta dan dia pula telah menjual kepada orang lain (C misalnya). Oleh, itu C perlu di cari oleh kami dengan harapan juga C tidak jual kepada D dengan cara sambung loan juga.
Saya difahamkan bahawa pihak JPJ tidak lagi menerima surat perjanjian jual-beli kereta bagi tujuan pindah milik nama pada geran. Pemilik nama di geran perlu hadir bagi tujuan ini. Siapa kerja JPJ, tolong bantu jelaskan ya
jika saya silap bab ini. So, soalannya: Apa akan berlaku jika pemilik kereta yang asal meninggal dunia atau tidak diketahui di mana dia berada? Bagaimana pula jika ada “default” pada mana-mana bahagian transaksi. Ini kerana dalam soal sambung loan ni, C akan bayar B dan B akan bayar pula Bank. Hmmm.. rumit juga kan?
- Sambung Menyambung



Saya pernah ada pengalaman untuk menukar nama didalam geran. Pemilik terdahulu perlu hadir bersama pemilik baru dipejabat JPJ. Kalau tidak urusan tukar nama tidak boleh dilakukan.
Yang herannya kalau guna runner lagi mudah pemilik terdahulu dan pemilik baru tidak perlu hadir. Bagi sahaja kos upah masalah selesai.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Double Parking
Ada duit semua urusan boleh diselesaikan… Hmmm..
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #27
kalau tiada pengalaman ni.. pening dalam sambung menyambung ni
Mus recently posted..Sambal Belimbing Buluh Pembuka Selera
hmmmm…. susah juga bab sambung2 nih.. kereta sambung
aku tau ler.. hik3
nurmisnan recently posted..Biadap – Askar Nato koyak Quran
saya penah tukar kereta, tapi sebab jual kpda agent kereta, mereka guna runner. tapi mmg kena pergi jpj utk urusan tu.. jadi kes boleh settle..
labih baik urusan tukar nama dibuat, kerana jika ada apa2 masalah terhadap pembeli baru, pembeli asal tak kena masalah tu jugak..
tapi skg mungkin baru, so, saya pun tak pasti..
fiezaradzi recently posted..Pakcik Yang Baik Hati
wah ni mesti pasal kes tukar nama dgn JPJ ni.. heheh
kalau tak silap maza baru2 ini ada satu pindaan akta atau akta baru (tak pasti) kalau tak silap namanya Akta Milikan Sementara … yg menyatakan bahawa si pemilik asal kenderaan mesti membuat kontrak dgn dealer kereta utk melepaskan atau menyatakan bhawa kenderaan itu telah diserahmilik sementara kpd dealer sblm dealer pula menjualkan kepada pihak pembeli lain.
pendek kata, dealer mesti mendaftarkan kenderaan tersebut di JPJ dan pemilik asal mesti melepaskannya dgn mengisi borang di JPJ juga..
manakala sistem yg lama, di KL atau PJ ini, pemilik sendiri perlu datang ke JPJ untuk menukarkan nama… kecuali motor boleh diwakilkan dgn mengisi borang pengistiharan notary public..
maza pernah hadapi masalah apabila pemilik asal tidak dapat dihubungi. Kita terpaksa mendapatkan perintah mahkamah.. sementara itu pula mahkamah akan menyuruh kita mencari waris, dan dalam hal ini melibatkan pembahagian harta pusaka… memang leceh..
akhirnya, syukur kepada Ilahi maza dapat bertemu kembali tuan empunya kenderaan itu dan segera menukarkan nama. Tidak lama kemudian terus maza jual kenderaan tersebut dan ditukarkan nama pada pemilik baru. Semua transaksi CASH!
maza recently posted..Wordless Wednesday: Ambil Peduli?!
manakala seorang sahabat maza telah membeli kereta BMW E20. malangnya pemilik kenderaan telah meninggal dunia tanpa sempat menukarkan nama.
penyudahnya kes tersebut tidak selesai sampai sekarang. Road tax tak boleh nak buat sbb masih gunakan registration card (geran) lama yg berwarna hijau itu dan ruang utk pembaharuan cukai jalan sudah penuh. Tak ada tempat utk cop pembaharuan cukai jalan. Pendek kata geran perlu ditukar yg baru berwarna merah jambu.
Sekali lagi masalah, apabila mahu tukar geran baru pemilik mesti menukarkannya sendiri dengan datang ke pejabat JPJ. Yg bertambah rumit lagi tak boleh nak buat notary public, yealah kan, orang yg sudah meninggal mcam nak keluar bagi sumpah pula depan Jaksa Pedamai.. hehehhee
Kemudiannya mahu pergi ke mahkamah rasanya tak berbaloi, sbb mahkamah memerintahkan dia mencari waris dan pemilik baru kereta itu.. penyudahnya sampai skrg kereta itu mereput di bawah pokok…. besi2 lerah ke bumi… waris pula tidak mahu bertanggungjawab dan mengalami masalah keluarga.. aderkkk…
maza recently posted..Wordless Wednesday: Ambil Peduli?!
Complicated gak tu Maza. Yg kawe tahu, kalau ada S&P yang lengkap, kita tak perlu cari pemilik keta tu. Bawa ke court utk dapatkan court order. Still menarik kisah itu. Boleh dikaji lagi ni… Thanks.
IN recently posted..Sokongan Terhadap Akta Gaji Minima
saya kurang jelas la akan masalah ini
Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012
nasib baik takde masalah masa buat dulu. hoho..
titan recently posted..Top Link Referral MamaMurai.com
Uish, memang pening, sambung-menyambung. Belum baca hire puchase act tu, baca yang ni pun dah rasa rumit.
amirulfaiz recently posted..Bertunang (mengimbau kenangan).
Tak pernah sambung menyambung ni.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Gambar pernikahan artis Lisa Surihani & Yusry KRU
complicated juga proses ni, kena benar2 faham ni baru boleh proceed…
MR.Z recently posted..Photography Outing Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pulau Pangkor
pusing ak dibuatnya..
Sebuah artikel yang menarik.
Kena pada masanya sebab saya sekarang tengah buat loan kereta dengan
Bank Islam. Setakat ni masih tiada masalah memandangkan gaji saya bolehlah (masih boleh lepas loan).
Sebelum ni saya hanya pakai kete 2nd je. Pengalaman sambung bayar belum pernah alami lagi.
nizamghazi recently posted..“The Secret World Of Blogger” – Asalkan Hasil Karya Tulen Hingga Ke Surga
Sy ingin menjual kereta sy secara smbung byr kepada sesiapa yg bminat.. Tp.. Sy amat risau jika owner baru wat hal gne kereta yg masih lg atas nma sy.. Ape perlu sy lakukan..?
tentunya ia satu resiko yang perlu ada hadapi kerana pinjaman masih atas nama anda. Oleh itu, bank akan membuat tuntutan terhadap anda. Cuba dapatkan peguam yang baik bagi membuat perjanjian jual beli kereta. Pastikan ada terma yg memberi kuasa pd anda mengambil kembali kereta jika pembayaran gagal dibuat.Consult dgn peguam dan sediakan surat perjanjian baik2. Ramai yg hadapi masaalah kerana tidak beri perhatian pd surat perjanjian dan ingin kos murah. Akibatnya diri sendiri merana