Apa Kata Zulkifli Nordin?

0 votes

Zulkifli Nordin

Sebagai seorang bekas graduan undang-undang, saya suka melihat sesuatu isu politik itu dari sudut undang-undang sahaja, dan tidak lebih dari itu. Soal siapa betul dan salah, bagi saya cuma Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui. Bagi saya ahli politik (kecuali yang diangkat oleh orang ramai atas sebab jasa baktinya pada masyarakat) biasanya adalah SAMA sahaja. Kebanyakkan lidah bercabang dan hanya memikirkan kuasa dan agenda sendiri sahaja tak kira apa parti yang mereka wakili.

Oleh itu tak perlu susah-susah nak fikir sapa yang betul dan siapa yang salah. Bagi saya, siapa yang lakukan tugas mereka dengan baik dan berikan pendapatan dan pandangan yang lebih rasional dan jitu, itulah yang saya respect.

Video Ucapan Zulkifli Nordin

Saya terjumpa video di bawahย  ini sebentar tadi dan rasa baik untuk dikongsikan bersama. Selama ini saya sering tertanya-tanya mengapa Ketua Pembangkang tidak dipertahankan di mahkamah oleh peguam-peguam Muslim? Mana perginya Zulkifli Nordin, Tuan Hj. Sulaiman Abdullah, Raja Aziz Addrusse dan Zainur Zakaria yang pernah membelanya dulu?

Mengapa sekarang hanya Karpal Singh dan anaknya yang sanggup membela beliau?

Malah peguam melayu liberal seperti Zaid Ibrahim pun kini menjauhkan diri darinya. Sebagai peguambela tentulah ada rahsia anak guam yang tak boleh diceritakan. Namun, sedikit clue cuba di berikan oleh peguam dan pendakwah, Sdr Zulkifli Nordin pada video di atas.

Apa Kata Zulkifli Nordin?

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N adele May 6, 2011
    • Avatar for Ismail N IN May 6, 2011
  2. Avatar for Ismail N tengkorak emas May 4, 2011
    • Avatar for Ismail N IN May 5, 2011
  3. Avatar for Ismail N Tie May 4, 2011
    • Avatar for Ismail N IN May 5, 2011
      • Avatar for Ismail N dnoBiz May 5, 2011
        • Avatar for Ismail N IN May 5, 2011
          • Avatar for Ismail N dnoBiz May 6, 2011