Beauty Box : Kotak Kecantikan

the beauty box
Pic credit: www.ihaveadegreeinthis.com

Beauty Box atau Kotak Kecantikan (kalau ada sesiapa boleh bagi translation yang lebih menarik, sila kongsi ya) adalah suatu program penjualan atau langganan sampel produk-produk kecantikan seperti produk penjagaan kulit (skincare), kosmetik, haruman (perfume), penjagaan badan (body care), penjagaan rambut dan sebagainya.

Kadang-kala, kita akan dapat travel size atau saiz sebenar.

Antara online store yang menawarkan program Beauty Box adalah The Lilac Box, The Modbox, Bag of Love dan Mivva.

Beauty Box khas untuk lelaki juga pernah dikeluarkan oleh The Lilac Box dengan nama ‘The Lilac Box Men’s’ yang habis dijual dalam tempoh 80 minit!  Agaknya siapa tu yang beli ye – para wanita sebagai hadiah untuk yang tersayang atau para lelaki sendiri yang beli?

Kebaikan Beauty Box/Kotak Kecantikan:

  • Dapat cuba dulu produk sebelum beli
  • Harga lebih murah daripada kalau beli saiz biasa (di antara RM9 – RM58)
  • Produk saiz sampel jarang dijual di mana-mana, selalunya hanya boleh dapat di kaunter dengan pembelian barangan lain

Kelemahan Beauty Box/Kotak Kecantikan:

  • Kita tidak dapat memilih produk sesuka hati
  • Kekadang produk tak sesuai, misalnya pewarna kuku (saya tak pernah cat kuku) atau produk lelaki (yang suami kita pun tak tau dan tak nak guna)

Mungkin saya ni berat sebelah/bias, saya tak kisah dengan kelemahan Beauty Box sebab saya suka dapat ‘surprise’ dan produk yang tak sesuai tu saya akan bagi kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang berminat.

The Modbox Box

The Modbox Box 2

Beauty Box pertama saya adalah daripada The Modbox.  Dengan pembayaran sebanyak RM9, saya telah mendapat barangan yang bernilai hampir RM80!  Saya boleh memilih 3 barangan dari 6 pilihan.  Pilihan saya adalah Aqua Peeling Face Exfoliating Spray (150ml), Acne Patch for Day (3 pieces) and Dentist’ Oral Rinse (50ml).  Berbaloi sangat! 😀

Bag of Love

Bag of Love 2

Beauty Box kedua adalah daripada Bag of Love.  Dengan harga RM39.90 + RM8 (kos penghantaran ke Sabah/Sarawak), dapat 8 barangan kecantikan iaitu (30 ml),  Philosophy Hope in A Jar High Performance Moisturiser, Unico-BOL Mask Of Love, Covo HD Pic BB CREAM, Miacare Acne patch, Human Nature Overnight Elixir, Uber-Men Hydrating Mist 50ml, Dove Hair Therapy Damage Solutions Intense Repair Conditioner 180ml, Covo HD Picturesque BB Cream SPF50 PA++  dan 2 keping baucer.

Bersesuaian dengannya namanya, Bag of Love, kesemua barangan tersebut dimasukkan ke dalam beg yang sangat comel ini (boleh guna untuk membawa buku dan lain-lain).  Bag of Love ini amat sesuai dijadikan hadiah.

Adakah saya akan membeli Beauty Box lagi?  Of course, cuma mungkin bukanlah setiap bulan sebab banyak lagi stok yang belum digunakan lagi. 😀

–  Beauty Box : Kotak Kecantikan

11 Comments

  1. Tak pernah dengar pasal Beauty Box..ada Beauty Box pun tak pernah..tapi tengok pada harga dan barang2 yang boleh dapat dengan harga tu, nampak berbaloi untuk dibeli..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Show Buttons
Hide Buttons