Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

“KUALA LUMPUR – Demonstrasi Bersih kali ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 50,000 penyokong-penyokong yang majoritinya hadir berbaju kuning dan melaungkan slogan “Reformasi”. Semangat membara jelas terbayang dikalangan penyokong-penyokong yang tidak gentar menghadapi ancaman ganas pihak berkuasa….”

bersih 3.0 540x405 Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

Gambar credit kepada Rusydee Artz

Mungkin itulah berita yang mahu dibaca oleh mereka-mereka yang mengerakkan Bersih 3.0 esok – tentangan, kekacauan dan keganasan pihak berkuasa. Jika tidak masakan mereka berhabis-habisan mempromosikan Bersih 3.0 sehingga sanggup melanggar undang-undang yang sedia ada dan berkeras untuk meneruskan demo biarpun 8 tuntutan mereka telah dipenuhi. Mahukah anda bersama-sama mereka esok?

Terpesonakah anda dengan propaganda mereka? Sudahkan anda mempertimbangkan semua fakta yang ada. Semoga anda membuat pilihan yang tepat dan tidak merugikan masa depan sendiri.

Semua orang tahu yang Bersih 3.0 adalah didalangi oleh pihak-pihak tertentu dan bukannya NGO yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Malahan, sebahagian besar dari NGO-NGO yang tersenarai di laman web Bersih di sahkan sebagai ILLEGAL oleh ROS. Semuanya bagi memastikan beberapa orang insan yang di penghujung kerjaya politik mencapai impian seumur hidup berkuasa di Putra Jaya. Takut kempunan nanti!

bersih 3.0 b Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

Gambar kredit BERNAMA

Jika Bersih benar-benar serius bagi memperbaiki keadaan di Malaysia, why not mohon kepada kerajaan agar dilaksanakan perkara-perkara di bawah pula. Yang 8 sudah pun settle, bagus move on ke agenda berikutnya:-

Untuk mengurangkan politiking, korupsi dan gila kuasa, dicadangkan agar:-

  1. Wakil Rakyat (Ahli Palimen dan DUN) cuma boleh kekal selama 3 penggal sahaja. 4 penggal jika dilantik sebagai PM. Tak lah susah nak buang mereka-mereka yang sudah mabuk kuasa dan tidak mahu berhenti jadi wakil rakyat bukan? Ada yang tidak dipilih lagi oleh parti, tetapi masih ketagih dengan kuasa akan berpindah ke pihak satu lagi dengan penampilan yang baru pula.
  2. Perdana Menteri cuma boleh kekal sebagai perdana menteri selama 2 penggal sahaja. Cukuplah 10 tahun kan? Dari pengalaman lalu, ramai yang akan bosan bila lihat pemimpin yang sudah terlalu lama.
  3. Semua ahli Parlimen dan DUN perlu mengistiharkan harta mereka kepada SPRM sebelum boleh memulakan tugas. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kemenangan mereka dibatalkan dan satu pilihanraya kecil baru diadakan.
  4. Tarikh pilihanraya ditetapkan dan dijalankan 5 tahun sekali. Kurang sikit masa dibuang bagi membuat ramalan pilihanraya.
  5. Tiada masa berkempen. Ini bukan pertandingan “American Idol” yang setahun sekali penyanyi cuba mengambil hati rakyat. icon biggrin Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka Jika anda serius hendak jadi wakil rakyat, maka bantulah rakyat setiap masa atau seberapa kerap yang mungkin agar rakyat mengingati anda bila tiba masa pilihanraya.
  6. Perdana Menteri hendaklah melantik sekurang-kurangnya 10 ahli kabinet yang dari kalangan cendikawan dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dalam pentadbiran negara.

.. serta banyak lagi yang boleh ditokok tambahkan. Amacam berani usul tak Bersih 3.0? Atau tok-tok dalang tak bersetuju untuk lindungi masing-masing juga. icon biggrin Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

- Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

 Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Bersih 3.0 – 50,000 Banjiri Dataran Merdeka

Latest posts by Ismail N (see all)

Comments on this entry are closed.

  • Kak Long Mawar Merah April 29, 2012, 9:31 am

    Kak Long sibuk bersihkan rumah sebab kalau hari kerja jarang dapat buat pembersihan secara besar-besaran. Eh ada kena mengena ke? :)

  • MDHAFiZ.NET April 28, 2012, 4:01 pm

    rasa malu nak komen sini.. sensitif ni klu sy komen.. . baik sy simpan komen tuh dlm hati.. hehehe.. :)

  • ProfHariz April 27, 2012, 5:36 pm

    Dulu lain sekarang lain itulah politik negara kita :)

  • tehr April 27, 2012, 3:35 pm

    Cadangan hadkan tempoh berkuasa tu aku kurang setuju
    Pemimpin yang baik elok dikekalkan selama mana pun
    Yang tak bagus, turunkan saja biar pun belum cukup sepenggal

  • Mus April 27, 2012, 3:00 pm

    saya amat bersetuju dengan cadangan tu bro..
    makin lama berkuasa.. kroni semakin membesar..

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: