Thursday,11 February,2016

BookFest @ Malaysia 2012, KLCC

Semenjak tahun 2006, kedai buku Popular telah menganjurkan pesta buku (BookFeast) besar-besaran di ibu kota. Pesta buku yang dianjurkan selama 9 hari setiap tahun itu telah menarik ramai pengunjung terutamanya rakyat Malaysia yang mahukan buku-buku berkualiti pada harga yang rendah. Tahun ini, pesta buku ini diadakan di KLCC Convention Centre dari 18hb Ogos hingga 26hb Ogos 2012 yang lalu.

Pesta-Buku

Tahun ini juga, saya dapat ke sana buat pertama kalinya dan saya akui saya amat teruja bila memasuki dewan pameran di KLCC. Kalau nak ikutkan hati, mahu diborong satu lori buku-buku di sana 😉

BookFest @ Malaysia 2012

Pesta buku tahun ini atau BookFest @ Malaysia 2012 di adakan di ruang pameran seluas 125,000 kaki persegi, meliputi 3 dewan untuk 3 seksyen: English Pavilion, Chinese Pavilion dan Lifestyle Pavilion. Rasanya mahu sehari suntuk untuk melihat segalanya. Oleh itu, pastikan anda pergi pada masa yang sesuai dan bawa duit yang cukup untuk membeli belah 😀

Pesta-Buku-2

Masuk adalah PERCUMA bagi pelajar 18 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas. Yang lain-lain tu, kena bayar RM2.50 untuk tiket dan katalog pameran. Tiket akan dipakai di pergelangan tangan dan anda tidak boleh membukanya sehingga masa anda mahu pulang. Ingat ada 3 dewan digunakan. Setiap dewan ada yang menjaganya dan memastikan setiap orang mempunyai tiket dan memakainya di tempat yang betul.

BookFeastTicket

Terdapat lebih 600 booth yang mempamerkan beribu buah buku dari pelbagai publishers dari pelbagai negara seperti Malaysia, AS, UK, Singapura, China, Taiwan, Kanada dll. Harga yang di tawarkan memang amat murah dari biasa. Ada yang diskaun sehingga 70% – 90% dan ianya bukan  buku-buku yang lama dan tak laku lagi. Bapa saudara saya yang pada mulanya tak berminat hendak ke BookFest @ Malaysia 2012 pun akhirnya borong beberapa buah buku setelah menyedari banyak buku yang bagus yang dijual pada harga yang murah. Saya sekeluarga, of course lah… shopping sakan!

BookFeastHallSaya berharap akan dapat ke pesta buku ini lagi tahun hadapan. Mungkin, budak-budak yang kecik sikit kena tinggal di rumah lah. Ramai sangat orang dan ruang terlalu luas. Takut hilang pulak dan susah juga nak cari buku kalau terpaksa nak jaga mereka juga. 😀 Btw, ada sapa-sapa yang pergi BookFest @ Malaysia 2012? Tambah-tambah la cerita di sini..

Kid@BookFeast

BookFest @ Malaysia 2012, KLCC

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Jebeng Otai™ Reply

    mmg seronok la leh beli buku dalam dan luar negara..

    September 4, 2012, 4:39 pm
  • hafizmd Reply

    alamak, terlepas pulak…hehe
    mmg kalau ke pesta buku camni, paling tidak, mesti beli jugak walaupun 1…

    September 2, 2012, 5:36 am
  • akubiomed Reply

    Banyak borong buku bro?

    September 1, 2012, 8:06 am
  • titan Reply

    wahh..mesti best kalau shoppping nih..

    August 31, 2012, 10:22 pm
  • Kak Long Mawar Merah Reply

    Seronoknya dapat ke Pesta Buku. Kak Long tak sempat ke KLCC, tapi tetap berpeluang menikmati sedikit potongan atas pembelian buku di kedai Buku Piopular.

    August 30, 2012, 3:50 pm
  • tehr Reply

    tumpang meriah nengok gambar je, bro
    kami ni tunggu pesta buku yang diadakan di KB je

    August 30, 2012, 3:28 pm
  • shaharil Reply

    Dengarnya potongan harga sampai 50 peratus daripada harga buku tersebut. Untunglah yang dapat pergi sana.

    August 29, 2012, 2:45 pm
  • suri Reply

    poular mmg slu singgah tapi bt kt kl tak dpt ke sna..tpi mmg ada kad dia heee

    August 29, 2012, 8:45 am
  • Fadzmie Reply

    Tengah tunggu Pesta Buku Sabah 1 September nanti. Masa untuk memborong! Ahah.

    August 29, 2012, 8:41 am
  • Malaysia Coin Reply

    Ada satu lagi book fest yang paling popular sekarang ni bro.., big bad wolf oleh bookxcess. Popular dulu-dulu memang ramai yang datang dan beli. Tapi buku melayu kat popular memang banyak sekarang ni.

    August 29, 2012, 7:37 am
  • maza Reply

    Psst: Malay pavilion tak der ke?

    opppssss…..

    August 29, 2012, 3:44 am
  • anif Reply

    Lama tak shopping buku-buku… Teruja betul lihat gambar-gambar tu!

    August 29, 2012, 3:03 am