Samsung Galaxy s5

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

0 Flares Twitter 0 Facebook 0 Google+ 0 Pin It Share 0 StumbleUpon 0 LinkedIn 0 0 Flares ×

Apakah bunga kebangsaan kita? Ada sesiapa yang tak tahu? Adussh.. malunya kalau tak tahu ehhh. :wink: Tak lama lagi nak sambut Hari Kebangsaan, so kita buat entri yang patriotik sikit, biarpun hanya sekuntum bunga. Takkan ingat nak raya jer kot?  Anyway, bunga kebangsaan kita ada sebut raya juga. Maka sesuailah dengan persiapan kita menyambut Hari Raya dan Hari Kebangsaan, satu entri mengenai bunga raya di buat. OK?

Bunga-Raya

Lagipun saya penat ambil gambar bunga raya ni di Taman Ujana Rimba Tropika berdekatan dengan Tugu Pahlawan.  Tak pernah pi sana? Tengok lah gambar-gambar di SINI ok. :D

Bunga-Raya-2

Kalau ikut Wikipedia, bunga raya ini juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu. (Tak pernah pulak saya gunakan nama tu).  Dalam bahasa saintifiknya adalah Hibiscus Rosasinensis (sebut betul-betul).  Bunga Raya adalah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Bunga-Raya-3

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

About the author: I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Thesis Theme for WordPress

Comments on this entry are closed.

  • Dului rumah dikelilingi bunga raya, cantik sangat bila semua pun mengeluarkan bunga..hihih

  • Bunga Raya ni sesuai dipopok kat kepala budak kalau demam panas… (bagi sejukkan kepala)

    Kalau utk wanita pulak, tumbuk / lunyaikan kelopak bunga raya sampai keluar lendir. Lendir tu boleh lembutkan rambut & mewangikan rambut :-)

    Hebat kan bunga raya ni ;)

  • Nenek saya Bunga Raya elok untuk kurangkan panas demam dengan pupuk diatas kepala

  • Di kawasan perumahan Kak Long banyak bunga raya ni. Kira patriotiklah juga penduduk-penduduk di kawasan ni. :)

  • sekarang ini bunga raya sudah ada macam2 warna … mcm2 hybrid yg terhasil.. hehehe

  • teringat masa sekolah dulu..bila tak tahu nama bunga kebangsaan, kena rotan dengan cikgu. haha..sebab tu ingat sampai sekarang..

  • Hibiscus Rosasinensis <– tengah menyebut betul2. hehehe
    tapi susah jugak nk sebut, tergeliat lidah.
    Bunga raya memang ada ditanam di halaman rumah bersama2 dgn bunga lain.
    p/s Nampak segar DLSL snap pic bunga raya tu ;)

    • sebut bunga raya udah ler :wink: Di sebut nama saintifiknya, ramai gak yg taak tahu.. he he

  • kalau tengok balik rumah2 kat kawasan kampung,dah jarang jumpa bunga raya ni.kalau at kampung dah kurang,apatah lagi kat bandar ni.rasanya kerajaan kena buat kempen 1 rumah 1 bunga raya sempena bulan merdeka ni.siapa sokong?hehe…

    • kalu bunga lalang sonang sikit… :wink: Still, idea yg baik tu

  • Buat semua rakyat Malaysia, jika tak tahu bunga ni adalah bunga kebangsaan memang patut malu dengan diri sendiri…