Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Samada kita suka atau tidak, terima atau membantah, wujudnya persepsi dikalangan masyarakat bukan Islam bahawa Islam itu mengamalkan pendekatan yang kolot atau Islam itu adalah tidak menarik. Dengan gerakan dakwah agama-agama lain menjadi semakin kreatif daalam mendekati generasi alaf baru, maka pendakwah-pendakwah Islam seharusnya lebih peka dan cuba membendung hal ini agar Islam tidak menjadi lemah dan terpinggir. Dengan bersifat lebih terbuka, cuba memahami golongan remaja serta pendekatan yang lebih saintifik dan moden, imej Islam boleh dipertingkatkan sekaligus menguatkan pegangan umat Muhammad (s.a.w) dan menarik minat lebih ramai bukan Islam ke jalan Allah (s.w.t). Insya-allah.

Dakwah Kreatif Era Baru Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Hal ini sememangnya amat disedari oleh para ulama dan cendiakawan Islam. Semakin hari kita dapat melihat semakin ramai pendakwah Islam yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan agama yang cukup, malahan mempunyai pelbagai ilmu lain yang dapat membantu mereka menangkis sebarang tanggapan buruk dan tidak benar mengenai Islam. Dalam masa yang sama juga, mereka tampil dengan imej yang lebih kreatif, trending dan sesuai dengan perubahan zaman. Malahan dakwah yang disampaikan juga diperhalusi agar tidak menyinggung mana-mana pihak serta di sampaikan dengan cara menambat hati dan sanubari.

The Muslim Show Tour Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Jika anda berminat dengan melihat transformasi dalam dakwah Islam, maka anda digalakkan untuk ke Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tanggal 22 hb Mac 2014 nanti. Di sana, satu konvensyen  yang diberjudul ‘The Muslim Show’ akan di adakan. Bertemakan ‘Dakwah Kreatif Era Baru’, konvensyen ini menampilkan kartunis atau tulang belakang komik ‘The Muslim Show’ yang diterbangkan khas dari Perancis untuk memberi maklumat mengenai dakwah era baru iaitu melalui komik yang dihasilkan oleh mereka. Konvensyen ini juga akan menampilkan ahli-ahli panel tempatan yang akan membicarakan pelbagai topik yang relevan dengan tema konvensyen ini. Antara ahli-ahli panel yang terlibat termasuk lah Ustaz Hasrizal Saifulislam, Dr. Danial Zainal Abidin dan Ustaz Don Daniyal. Ia juga turut menampilkan bekas model Playboy, Felixia Yeap yang akan mendedahkan sebab mengapa beliau akhirnya memakai tudung. Anda boleh lihat tentaif program di bawah atau layari laman web pts.com.my untuk maklumat lanjut:

panel konvensyen dakwah Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

tentatif program Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Tarikan utama untuk anda semua ke konvensyen ini pastilah kepada tiga insan di sebalik komik ‘The Muslim Show’ iaitu Noredine Allam, Greg Bllondin dan Karim Allam. Seperti yang dinyatakan di atas, mereka ini diterbangkan khas dari Perancis untuk konvensyen ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri aksi mereka dan mendengar penjelasan mereka mengenai teknik dakwah kreatif yang mereka bawakan ini.

Untuk maklumat pembaca semua, ‘The Muslim Show’ mula dihasilkan di blog pada tahun 2009 oleh Noredine Allam, Greg Bllondin dan Karim Allam. Karya-karya yang dihasilkan mereka itu telah berjaya menarik minat ramai orang dan ini membawa kepada penerbitan komik pertama dalam bentuk bercetak pada tahun 2010 di bawah topik ‘RAMADAN’ dalam bahasa Perancis. Ia mendapat sambutan yang baik dan komik bercetak kedua dengan topik ‘MARRIAGE’ (perkahwinan) pula dihasilkan setahun kemudian. Kedua-dua buku berjaya dijual melebihi 25,000 salinan dan di alih bahasakan untuk bacaan semua insan di seluruh dunia. Komik ketiga mereka ‘NEIGHBORS’ (Jiran) telah pun berada di pasaran semenjak Jun 2013 yang lalu. [Sumber: www.muslim-show.com].

Noredine Allam dan Greg Bllondin Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Muslim Show Comic 1 Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Muslim Show Comic 2 Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Muslim Show Comic 3 Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Sebahagian dari karya-karya mereka boleh dilihat di laman Facebook mereka: www.facebook.com/themuslimshow. Noredine Allam adalah penulis skrip bagi kumpulan trio ini, Greg Bllondin adalah pereka grafik dan mereka di bantu oleh Karim Allam. Banyak kartun-kartun yang dihasilkan menampilkan sindiran sinis dan penyampaian yang berbentuk ‘sarcasm’ dalam mengingatkan umat Islam akan tanggungjawab dan sifat mulia yang perlu diterapkan. Agak menarik dan amat melucukan jika ia di terima dengan hati terbuka dan positif. Semua skrip yang dihasilkan adalah berkisarkan kehidupan seharian yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, boleh saya katakana di sini Noredine Allam adalah seorang pemerhati yang baik dan peka pada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Untuk menghadiri konvensyen ini, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu di laman web PTS Media Group. Maklumat lengkap mengenai pendaftaran, yuran dan sebagainya boleh diperolehi di sana. Mereka yang hadir akan menerima cenderahati yang berupa komik ‘The Muslim Show’ versi Bahasa Malaysia dari pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di sana!

Gambar/Imej di atas, kredit kepada:

  • www.facebook.com/themuslimshow
  • www.pts.com.my
  • www.muslim-show.com

- Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

 Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

13 thoughts on “Dakwah Kreatif Era Baru: The Muslim Show Comic

  1. Bagus juga berdakwah secara kreatif macam ni… Sekurang-kurangnya dapat menarik minat golongan muda-mudi untuk mempelajari ilmu agama…

  2. Betul juga bila difikirkan.. Pendekatan dan cara dakwah perlu diubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Cuma tujuan dakwah sahaja yang perlu dikekalkan.

Leave a Reply