Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Offset-printing-machine

Teringat saya dahulu semasa berkerja di syarikat pengiklanan. Ada pelanggan yang menghantar mock-up untuk di cetak. Katanya tidak perlu susah-susah. Semua dah beres dan kami cuma perlu cetak sahaja dan kalau boleh dalam masa dua hari siap. Dia pun memberikan sekeping 3 ½ floppy disk kepada saya dan berkata semuanya dalam disk. Ada 12 muka surat warna, termasuk beberapa keping gambar.

Offset printing machine Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Gambar kredit kepada cutcaster.com

Mendengar beberapa keping gambar dalam 3 ½ floppy disk, saya pun menyedari yang si polan ini tidak tahu apa-apa mengenai pencetakkan. Sebuah 3 ½ floppy disk cuma boleh memuatkan 1.44Mb data fail, manakala 3 ½ double sided extended density floppy boleh menampung sehingga 2.88Mb data. Mana cukup untuk simpan fail bergambar bagi pencetakkan?

3 1 2 floppy Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Gambar kredit kepada niharsworld.com

Seperti yang saya duga mock-up dibuat dengan menggunakan Microsoft Power Point Presentation dengan skema warna masih lagi pada RGB. Rujuk artikel lama mengenai RGB dan CMYK bagi  mengetahui masaalah bila mencetak secara off-set dengan file RGB. Converting RGB ke CMYK tidaklah sukar tetapi mengambil masa jika terlalu banyak detail di dalam sesuatu fail itu.

Tetapi mencetak gambar menggunakan fail yang tidak sesuai akan mengakibatkan gambar tidak cantik dan memalukan pencetak dan pembuat mock-up itu. Lebih memalukan jika gambar yang dicetak adalah VVIP seperti Ketua Menteri, Yang DiPertua Negeri dan orang-orang kenamaan yang lain.

low res v high res Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Gambar Untuk Pencetakkan

Gambar untuk pencetakkan mestilah mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan atas sebab itu ia bersaiz lebih besar. Resolusi bagi cetakkan kertas sebesar A4 hingga A3 sebaik-baiknya dalam lingkungan 300 dpi. Rujuk screenshot di bawah.

Gambar Untuk Cetak 540x387 Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Gambar kredit kepada blog.shutterstock.com

A. Pixel Dimension bukan hanya merujuk kepada lebar dan tinggi gambar tetapi juga saiz (dalam Kb) sesuatu imej itu.

B. Saiz dokumen bagi tujuan cetakkan.

C. Resolusi yang “standard” yang digunakan bagi tujuan pencetakkan.

Resolusi 300 dpi ini boleh dikurangkan bila anda membuat large format print out seperti billboard yang mana ia diletakkan ditempat tinggi atau jauh, maka kekurangan sharp pada gambar tidak akan dilihat dengan mata kasar kecuali anda berada betul-betul dekat dengan gambar. icon biggrin Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan Dalam banyak hal, anda harus mendapatkan nasihat pencetak terlebih dahulu untuk memastikan dpi yang sesuai digunakan bagi gambar sebegini.

Gambar Untuk Web

Salah satu sebab mengapa pelanggan kami diatas dapat memuatkan beberapa keping gambar dalam sebuah 3 ½ floppy disk adalah kerana beliau menggunakan gambar yang di format bagi kegunaan web. Tidak seperti gambar untuk mencetak, gambar bagi web boleh dikecilkan pada 72 dpi. Dengan itu failnya juga menjadi kecil sehingga kurang dari 20k bagi satu gambar.  Jika anda menggunakan  Photoshop, anda juga boleh “optimized”kan file dengan menggunakan “Save For Web” yang menjadikan fail lebih ringan tanpa mengurangkan terlalu banyak kualiti gambar di screen.

Imej Untuk Web 540x385 Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Gambar kredit kepada blog.shutterstock.com

Jika anda ditugaskan oleh boss anda untuk membuat mock-up bagi banner, buku atur cara, iklan dan sebagainya, pastikan anda tahu akan hal-hal yang berkaitan dengan design dan pencetakkan. Dapatkan nasihat dari syarikat pencetakkan sebelum design di buat. Gunakan juga perisaian yang betul seperti CorelDraw dan Adobe Pagemaker agar tidak menghadapi masaalah nanti. icon biggrin Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

- Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

 Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Gambar Untuk Web Dan Gambar Untuk Cetakan

Latest posts by Ismail N (see all)

Comments on this entry are closed.

  • akubiomed October 31, 2011, 7:14 am

    Kalau PhotoScape ada setting yang dinyatakan? Dekat mana hendak cari? Biasanya saya akan simpan 95% dari kualiti asal

    • IN October 31, 2011, 9:30 am

      sori bro, kawe tak pernah pakai PhotoScape…. :D

    • Mus October 31, 2011, 10:46 am

      PhotoScape memang senang nak guna..

  • ohcikgu October 30, 2011, 1:26 pm

    fuhh..lawalah gambar tu..

  • nizamghazi October 30, 2011, 12:30 pm

    Sy sllu jumpa konfigurasi mcm ni dkt photoshop.
    Ada kawan yg kerja bahagian printing dorang guna CorelDraw. – sy x pernah guna
    Apa2 pun org yg kerja bah mcm ni lebih arif tentang kualiti warna seperti DLSL.
    Sy hanya tahu macam2 tu je.

    Adobe Pagemaker tak pernah cuba lagi

  • bukit gambang October 30, 2011, 3:53 am

    tak reti guna sofware CorelDraw dan Adobe Pagemaker. Photoshop pun jenuh duk godek-godek, itu pun sebab terpaksa nak pakai.

  • titan October 29, 2011, 4:29 pm

    rindu aku dengan geng-geng disket ni..

  • Pacifista October 29, 2011, 11:20 am

    haha…dah lama aku tak dengar nama coraldraw tu.sekarang masih update lagi ke coraldraw tu?

  • tehr October 29, 2011, 8:55 am

    aku selalu guna “Save For Web” je untuk letak dalam blog
    urusan mencetak gambar ni memang aku tak biasa

    • zik October 31, 2011, 2:46 pm

      owh save as web … kalau mencetak nih jarang2 jugak.. tapi lebih prefer dalam png format…

  • Hairul Hissam October 29, 2011, 5:23 am

    Biasa saya edit gambar untuk laman web guna 72dpi.. tapi tak tahu pula untuk printing sekurang2nya guna 300dpi… tq bro atas info tu.

  • Adila October 29, 2011, 4:36 am

    yep yep 300 dpi tu yg penting
    slalu klo org yg mmg pegi print akan ckp awal2 utk design 300 dpi
    tp still ada jgak yg xcakap awal2 hehe

    klo kat photoshop, time nak save a jpg, boleh jgak lower kan quality kat situ ;)

    • Mus October 31, 2011, 10:45 am

      fuh.. memang mahirlah awak dalam bab printing ni ye..

      • IN November 1, 2011, 1:05 am

        mahir tidak lah. cuma ada first hand experience dlm bidang ni utk dikongsikan bersama :D

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: