Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Harapkan pagar, pagar makan padi icon biggrin Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi Dalam kesukaran pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) menghadapi masaalah pencuri kabel, kekurangan bekalan kuasa dan kritikan awam, pekerja mereka nampaknya turut menyumbang pada masaalah ini. Di Labuan, 2 pekerja SESB terlibat dalam perbuatan curi kabel dan dicekup polis Jumaat lalu.

SESB Curi Kabel 540x344 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

LABUAN: Dua kakitangan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) Wilayah Persekutuan Labuan adalah antara enam lelaki yang ditahan polis kerana didapati mencuri kabel elektrik bawah tanah yang dilakukan di Jalan Ranca-Ranca dekat sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, kedua dua kakitangan SESB itu ialah seorang jurutera dan seorang pemandu ditahan kira-kira jam 2 petang pada Jumaat ketika berpura-pura bertugas untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh empat lagi rakannya yang bekerja sebagai kontraktor.

Dalam kejadian itu, SESB Labuan dilaporkan kerugian kira-kira RM10,000 selepas kabel sepanjang 1km berjaya di curi oleh suspek.

“Modus operandi mereka ialah berpura-pura sebagai pekerja kontraktor dengan memasang peralatan yang digunakan oleh SESB bagi kerja-kerja penyelenggaraan kabel bawah tanah,” katanya kepada media dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini, pagi kelmarin.

Sumber: New Sabah Times

Nampaknya memang susah hendak mencari pekerja yang jujur dan bertanggungjawab zaman ini. Kalau tidak ada masaalah mencuri, masalah malas dan curi tulang pun sure ramai yang ada. Maka tidak hairan jika makin ramai pekerja asing mengambil kesempatan menawarkan servis mereka. Cuma kalau pekerja asing sudah start buat hal, hmmm.. lagi pening kepala. Tak percaya, tanya lah Datin Ira Abdul Ghani icon biggrin Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

- Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

8 thoughts on “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

  1. Bila pula DBP nak buat kajian tentang harapkan peribahasa harapkan pagar makan padi?…macam mana pagar boleh makan padi pulak?…cuba google harapkan Pegar, Pegar makan padi…..peribahasa yang dikatakan yang sebenarnya sebelum peralihan tulisan jawi kepada rumi dulu…

  2. Asal barang jadi duit. Bila dah terdesak apa-apa pun boleh jadi. Itu belum cerita ceo rembat duit syarikat lagi tu.. Memang kritikal perangai orang kita sekarang ni.

  3. Pekerja yang tidak jujur kepada majikannya. Yang sayangnya pelaku adalah dari golongan profesional yang sepatut faham etika profesion sebagai seorang jurutera.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *