Hari Guru 2014

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Kebangsaan tahun ini adalah pada 16 Mei 2014, dengan tema “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”.  Sekilas pandang, pada pemahaman saya, pihak Kementerian Pendidikan ingin mendorong guru-guru untuk membantu pelajar mengeluarkan idea-idea baru atau kreatif dan seterusnya membantu mereka mengaplikasi idea tersebut untuk menghasilkan sesuatu yang inovatif.  Semoga tema ini dipanjangkan ke masa-masa akan datang dan semoga ia akan melahirkan generasi Malaysia yang berdaya-saing di pentas dunia.

Selamat Hari Guru

Cenderahati Untuk Guru Sempena Hari Guru 2014

Sambil kita sibuk membantu anak-anak membuat kerja sekolah dan menghadapi peperiksaan,

Di sini saya kumpulkan idea-idea dari serata dunia untuk ‘mencetus kreativiti anda’ dan ‘menjana inovasi’ anda sekeluarga…hehehe 😀

Beautiful Handmade Bookmarks:

Beautiful Handmade Bookmarks

Kredit dan hasil gubahan: www.skiptomylou.org

Nota: kalau tak ada mesin jahit, boleh jahit tangan je.  Bunga tu boleh ganti dengan bunga plastic dan sebagainya.

Covered Button Bookmarks:

Covered Button Bookmarks

Kredit dan hasil gubahan: www.skiptomylou.org

Nota: boleh juga guna klip kertas yang besar untuk penanda buku ni. Butang dan alat untuk balut butang tu boleh dibeli di Daiso – RM5)

DIY Felt Gift Card Holder:

DIY Felt Gift Card Holder

Kredit dan hasil gubahan: www.skiptomylou.org

Nota: klip penanda buku boleh letak dalam sampul special ni.

Handmade Tissue Holder:

Handmade Tissue Holder

Kredit dan hasil gubahan: www.skiptomylou.org

Nota: Adehhh.. yang ni susah sikit….

FANTA-stic Teacher:

FANTA-stic Teacher

Kredit dan hasil gubahan: www.4men1lady.com

Nota: bagi Fanta kat cikgu, tapi kad tu yang mahal sebab boleh jadi penanda buku.

You Deserve A Break Card:

You Deserve A Break Card

Kredit dan hasil gubahan: www.eighteen25.blogspot.com

Nota: beli kit kat, dan print kertas ni. boleh buat penanda buku.

Honey Bun Mini Loaves:

Honey Bun Mini Loaves

Kredit dan resepi oleh: www.positivelysplendid.com

Nota: kalau suka dan pandai buat kuih, boleh cuba resepi ni dan ikut style bungkus macam ni. Tak pun, order sahaja Bitesize Galleta Cookie. 😀

Selepas hadiah dah siap, apa kata cetak kad-kad comel seperti di bawah ini?  Template percuma boleh dimuat turun dari link-link tersebut.

Teacher Appreciation Gift Printables:

Teacher appreciation gift

Kredit: www.andreasnotebook.com

Terdapat banyak printables percuma serta idea untuk semua.

School Days Thank You Cards & FREE Printable:

school gift

Kredit: www.shakentogetherlife.com

Teachers Are Treasures:

Thank You Cards

Kredit: www.kikicomin.com

Semoga berjaya semua dan Selamat Hari Guru! 😀

Hari Guru 2014

19 thoughts on “Hari Guru 2014

  1. asalkan kreatif. semuanya boleh dihasilkan. kalau dulu-dulu tak mampu nak berikan apa-apa kepada cikgu, apa kata dah bekerja dan ada duit sendiri ni belikan hadiah untuk mereka. best kan

    1. sama lah. My daughter bangun awal pagi utk buatkan cupcakes utk cikgu dia. Tapi tak sempat siap, so mak dia tlg siapkan dan hantar pi skul 😀

  2. teringat dulu bagi kad je kat cikgu.. cikgu sampai nangis2.. tak sangke anak murid yg selalu dye bebel n pandang sebelah mate, ingat cikgu..heheh.. rindu plak dengan cikgu tu..

  3. saya tengah mencari idea pula tapi tak ada niat nak bg apa2 cuma skrg mikir nak masak menu apa itu jer.tengoklah kalau ada masa lapang saya buat gift

Comments are closed.