Label Harga Pada Barangan Runcit

0 votes

Mengurus kedai runcit bukanlah kerja yang mudah. Apalagi pada skala yang besar seperti pasaraya yang memerlukan pengurusan stok dan sumber manusia yang lebih cekap. Setiap minggu pasti ada “supervisor” yang merah padam bila stok tidak mencukupi atau tidak sama dengan yang tertera di komputer. Manakala ada juga pengurus yang panas telinga bila di marahi boss bila terdapat banyak kesilapan dan kedai gagal untuk mencapai “break-even” sekalipun. Atas sebab itu, saya memang hormati mereka yang menjalankan perniagaan sebegini dan pekerja-pekerja mereka sekali terutama yang memegang tanggungjawab seperti pengurus dan supervisor.

Bukan senang nak jaga stok dan pastikan pekerja tidak buat silap. Pelbagai sistem di implementasikan, namun tetap juga akan berlaku kepincangan.

Dahulu saya ada tulis mengenai kesilapan label harga di sebuah pasaraya. Kesilapan pada label harga ini memang banyak berlaku di banyak pasaraya di seluruh dunia. Ia boleh terjadi atas pelbagai faktor, namun faktor utama biasanya berlaku atas kecuaian pekerja. Atas sebab itu, banyak pasaraya mengambil keputusan untuk tidak meletakkan label harga pada barang yang mereka jual. Sebaliknya harga di pamerkan di rak barang.

Lihat pasaraya Giants dan CKS (Sabah) misalnya. Anda tidak lagi akan jumpa lebel harga ini di tin susu, atau paket meggie, mahupun pada kotak ubat gigi. Ia di letakkan ditepi rak dan anda harus memeriksa bar code bagi memastikan harga yang dipamerkan adalah untuk produk tertentu.

Melihat dari satu sudut, tindakan membuang label harga dari produk yang dijual ialah satu langkah bijak dan mengurangkan embarrassment pihak pengurusan kerana tidak berlaku lagi kes label harga yang silap yang dilekatkan pada barangann yang dijual. Semuanya mengikut apa yang telah di key-in dalam komputer. Kalau pihak pasaraya nak menipun pun pengguna tidak akan sedar 😀 kecuali mereka yang benar-benar periksa resit pembelian.

Namun, keburukan sistem begini sebagaimana yang telah saya saksikan di sebuah pasaraya baru-baru ini adalah bila berlakunya system down atau computer crash, semuaanya jadi tergendala dan huru—hara. Pihak pengurusan juga tidak dapat berbuat apa-apa atau bertukar kepada cara pembayaran manual kerana ketiadaan label harga pada produk. Takkan nak main-main lari-lari ke rak untuk periksa harga kan? 😉 Bila berlaku begini, pelanggan pun jadi marah dan lari. Oh ya! Saya pun tidak lagi ke pasaraya tersebut sejak hari itu. 😀

Label Harga Pada Barangan Runcit

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N bEe January 20, 2012
  2. Avatar for Ismail N nizamghazi December 25, 2011
  3. Avatar for Ismail N shaharil December 25, 2011
  4. Avatar for Ismail N nuriz December 24, 2011
  5. Avatar for Ismail N Miss Yati December 23, 2011
  6. Avatar for Ismail N ohcikgu December 23, 2011
  7. Avatar for Ismail N ahmad kamil December 22, 2011
  8. Avatar for Ismail N suri December 22, 2011
  9. Avatar for Ismail N titan December 22, 2011
  10. Avatar for Ismail N tehr December 22, 2011
  11. Avatar for Ismail N maza December 21, 2011
  12. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah December 21, 2011
  13. Avatar for Ismail N nurmisnan December 21, 2011
    • Avatar for Ismail N MDHAFiZ.NET December 21, 2011
  14. Avatar for Ismail N akubiomed December 21, 2011
  15. Avatar for Ismail N anif December 21, 2011