Kampung Sumangkap Matunggong di daerah Kudat, Sabah memang terkenal dengan industri gong mereka. Di sini juga terletaknya ‘Soludon‘, Gong Terbesar di Dunia. Rata-rata penduduk di daerah ini memang pandai membuat gong, dari yang kecil ke yang besar dan ke yang terbesar di dunia. Bagi syarikat-syarikat yang berminat menghasilkan gong bagi tujuan promosi dan sebagainya.
Kampung Sumangkap Matunggong
Kampung Sumangkap Matunggong adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan gong berkualiti pada harga yang rendah.
Ia terletak tidak jauh dari Pekan Matunggong, dikiri jalan raya dari Kota Belud ke Kudat dengan papan tanda besar menunjuk arah ke kampung ini. Terdapat juga sebuah gong yang besar ditepi jalan raya sabagai simbol tempat ini. Namun, jika masuk ke dalam kampung ini, anda akan berjumpa dengan gong yang terbesar di dunia sebagaimana yang tercatat dalam The Malaysia Book of Records.
Gong Terbesar di Dunia
Gong Terbesar di Dunia ini dibuat pada tahun 2009 dan memakan masa 36 hari bagi membuatnya. Diketuai oleh penduduk kampung, Raimond Angkap yang juga merupakan pemain gong utama dalam kumpulan yang dinamakan Rumandawi di Kampung Sumangkap, mereka menghasilkan replika gergasi gong (yang boleh dimainkan) bagi meraikan Pesta Gong yang menjadi acara tahunan suku kaum Rungus di Sabah.
Anda boleh melihat gong gergasi ini di sebelah tepi padang, tidak juah dengan pentas Kampung Sumangkap Matunggong.
Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu juga membayar tiket berharga RM 3 (dewasa) dan RM 2 (kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah). Selain dari gong terbesar di dunia, anda juga boleh melihat gong-gong lain dari yang terkecil hingga yang terbesar serta melihat sendiri proses bagaimana gong ini dibuat.
Soludon
Berbalik kepada Gong Terbesar di Dunia tadi, diberi nama ‘Soludon‘ dan kos pembuatannya mencecah hingga RM5,600. Saiznya menjangkau 6 meter lebar, bahagian daunnya pula selebar 0.9 meter dan 2.1 meter tepi kaki.
Ia dihasilkan menggunakan 19 kepingan aluminium bersaiz 1.2 meter x 2.4 meter serta 2 milimeter tebal. Di bahagian tengahnya pula terukir beberapa perkataan yang berkaitan kemerdekaan negara.
Projek gong gergasi ini di bawah tajaan Kraftangan Malaysia sepenuhnya.
Lawati Kampung Sumangkap Di Matunggong Kudat
Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri gong gergasi ini, sila lah melawat Kampung Sumangkap di Matunggong yang kira-kira 2 1/2 jam perjalanan (memandu) dari Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pengetahuan ramai, daerah Matunggong adalah antara daerah termiskin di negeri Sabah, maka anda bukan sahaja boleh meninjau industri gong di sana, malahan juga berbudi kepada mereka yang memerlukan.
– Melawat ‘Soludon’, Gong Terbesar di Dunia Di Kampung Sumangkap
ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL50). Most easily accessed via his Twitter account.
Sy maw mencwri gong no 2.. Maw tau brapa harga.. Wasup 01158519940
Saya mau bertanya berapa harga gong yg ada bunyi do re mi fa so la si do? Tolong hubungi saya dalam masa terdekat ini. Urgent 0128637336 call/wasap. Tq
Bro mana gambar cara penduduk hasilkan gong?
Next posting…
insyaAllah…moga2 dapat jejak ke sabah lagi satu hari nanti..dah dapat jejak kaki ke kampung ni..
thanks bro kongsi info gong…besar tu!
pleasure 😀
macam mana bunyi gong besar ni, boleh dengar satu kammpung agaknya.
dah lama tak gi kudat wehh..
waktu melawat Sabah dulu..tak sempat pula pergi Matunggong