[PROMOSI] 17 E-Book Buat Duit Online Terlaris Di Pasaran

Permainan LEGO Paling Murah

LEGO-Termurah

Anak-anak saya amat sukakan LEGO. Ada pelbagai koleksi LEGO mereka di rumah dan yang paling mereka suka adalah LEGO Kingdom. Ia adalah permainan yang mengasyikan dan membina kreativiti dan menggalakkan anak-anak berfikir. Bapa-bapa pun adakalanya tumpang sekaki main :D Biasalah zaman bapa-bapa dulu asyik main permainan buatan sendiri yang dibuat dari kayu-kayu, kertas dan tumbuh-tumbuhan.

Maka, bila tengok permainan seperti LEGO ini, tentulah teruja hendak cuba sekali.

LEGO Ciplak

Cuma masaalah dengan permainan LEGO ini adalah harganya yang begitu MAHAL sekali. Satu kotak LEGO dengan 10 mini-fig + satu bangunan boleh mencecah lebih RM 250. Itu belum kotak yang lebih besar lagi. Harganya tentu meletup lagi. Namun, kalau anda hendak “save budget”, mungkin anda berminat hendak cuba LEGO ciplak yang jauh lebih murah.

Harganya cuma 10% hingga 25% dari harga LEGO sebenar.

Rupanya pula hampir serupa dengan yang ori. Lihat sahaja bagaimana saya memasangnya di bawah:

LEGO-Paling-Murah

Pelbagai Jenama LEGO Murah

Terdapat pelbagai jenama LEGO ciplak ni yang semuanya dibuat di  “You Know Where”. Harga bagi kotak di atas ini adalah RM 10 sahaja. Jika yang ori, kotak sebegini biasanya dijual pada harga RM 40 hingga RM 60. Kotak-kotak yang besar pula dijual sekitar RM 30 hingga RM 100.

Rasanya, tiada yang melebihi RM 200 berbanding LEGO ori yang boleh mencecah sehingga RM 1000.

Rupanya dan saiz agak sama  dengan LEGO ori. Malah, ia boleh disambung dan dimainkan bersama LEGO yang ori. Mungkin jika diperhatikan dengan dekat kualiti kedua-duanya dapat dibezakan. Namun, dari jauh, saya tak rasa ada yang dapat cam kan. Hebat bukan?

LEGO-Paling-Murah2

LEGO-Paling-Murah3

LEGO-Paling-Murah4

LEGO-Paling-Murah5

Di Mana LEGO Paling Murah Ini Di Jual?

Saya tidak tahu jika ia dijual di tempat-tempat lain. Di Kota Kinabalu, kedai yang menjualnya pun agak berTAPUK (tersembunyi) dari pandangan umum. Saya jumpa pun secara tidak sengaja ketika melarikan diri dari hujan lebat di kawasan tersebut. Saya belikan dua kotak untuk anak-anak saya. Mereka kurang berminat kerana ia bukan karakter yang mereka mahu, akan tetapi mereka tetap simpan dan mainkan bersama yang lain. Boleh juga buat tambah-tambah kan?

- Permainan LEGO Paling Murah

1 vote
  • Avatar for Ismail N Neskopee November 8, 2012, 7:28 pm

    eh mana mo cari tu kadai sekarang? The very place u bought these lego-ciplak.
    I’m from KK too.

    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain November 9, 2012, 2:30 am

      Dkt dgn Austral park di Kepayan Ridge di building commercial yg baru tu. Lupa namanya. Cuma not sure ada lagi tak kedainya.

  • Avatar for Ismail N nicanderstevenfu May 23, 2012, 1:49 am

    barapa y harga lego mau belik si tp tanya harganya dulu ,kalau ada diskon mau belik kalau tak ada pun tak apa asalkan murah aja si,dan di mana tempatnya

  • Avatar for Ismail N ruby March 4, 2012, 1:34 pm

    kami ada jual lego dengan harga paling rendah. RM45 untuk 6 kotak(1.mini truck construction, 2.race car, 3.star battleront star warrior,4. tip lorry, 5.helicopter, 6.advance navvy) berserta 1 beg box besar untuk 6 kotak tersebut. promosi available until stock sold out
    contact sy difacebook
    https://www.facebook.com/RubyTryToGetStar

  • Avatar for Ismail N alex February 11, 2012, 3:06 pm

    As salam,

    boleh share ke LEGo tu brand apa? nak cari jgk yg murah ni..tak mampu nak beli LEGO ori..mahal sangat..
    TQ

  • Avatar for Ismail N A January 1, 2012, 4:41 pm

    aku macam tak percaya

  • Avatar for Ismail N bEe December 16, 2011, 7:29 am

    Haaiiisshhh
    Anak bEe takleh main lego nnt mahu dia taburkan seluruh umah pastu sorok. Sudahnya tak dpt cari (mungkin masa pindah umah baru menjumpai brg2 yg hilang :-P)

  • Avatar for Ismail N levelsatu December 2, 2011, 7:22 am

    biasa main yang lego murah tu. lego jenis ni mahal la..

  • Avatar for Ismail N Malaysia Travel Blog December 2, 2011, 1:34 am

    Lama tidak nampak itu word ‘berTAPUK’ hehehehe

  • Avatar for Ismail N Pacifista December 1, 2011, 1:42 pm

    perghh…nostalgia sungguh lego ni :D

  • Avatar for Ismail N Khidhir December 1, 2011, 1:20 am

    ohh.. lego pun ada tiruan eh..

  • Avatar for Ismail N titan November 30, 2011, 3:23 pm

    memang dari dulu aku suka main lego nih. haha..

  • Avatar for Ismail N suri November 30, 2011, 7:58 am

    tahun ni dan akan dtg mmg saya hajat nak beli lego.paling penting bermutuh dan lekat tapak2 dia.dah kena skli beli tak lekat pas ni nak bli kena cuba cek try betul2..

    ikutkan harga lego ori mmg mahal hee…

  • Avatar for Ismail N suri November 30, 2011, 7:57 am

    salam bro sihat ker?

    rumah suri lego bongkah yg biasa2 jer…klu yg nak pasang cam atas tu takat ni tak der lagi heee…

    ada bli kat tsco harga murh tapi sayag tapak dia tak lekat sesama sndri huhu..rugi…

  • Avatar for Ismail N suri November 30, 2011, 7:56 am

    malam tadi berkira2 bt entri apsla ni tak tak jadi heeee..

  • Avatar for Ismail N zik November 30, 2011, 2:43 am

    lego dulu lagi murah…. buat pistol ngan kereta jer tahu… robot pun selalu gak…

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 3:25 am

      dulu lain sekarang lain :wink: :D

  • Avatar for Ismail N faizul November 29, 2011, 11:03 pm

    Cantik jika dibuat koleksi di dalam almari. Kadang-kadang melihat lego ni sahaja pun dah trsenyum sebab muka-muka karakter tu sumanya ala-ala comel dan kelakar. :)

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 3:21 am

      org2 tua-tua jer simpan di almari bro… budak2 ari2 dia buat main kat katil atau luar rumah :D

  • Avatar for Ismail N Hairul Hissam November 29, 2011, 8:02 pm

    masa saya kecik mmg minat main lego nie…
    mmg bagus melatih daya kreativiti anak2..

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 3:11 am

      yup.. bagus utk melatih anak-anak berfikir :D

  • Avatar for Ismail N dnoBiz November 29, 2011, 4:12 pm

    lego ni bukan kanak kanak je yang minat… orang dewasapun kekadang mengalahkan kanak kanak

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 1:35 am

      errrr.. cakap psl kawe ker ni bro? adehhhh… :wink:

  • Avatar for Ismail N yas November 29, 2011, 3:22 pm

    waaa….beso bajet ko beli lego ori tu bro….x terikut aku:(

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 1:30 am

      bukan duit kawe sangat pon… duit budak2.. rezeki diaorg.. makcik dan makcik ada ramai dan pemurah.. Kawe tolong bawa pi kedai jer :D

  • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah November 29, 2011, 1:00 pm

    Anak-anak Kak Long pun suka dengan LEGO. Mak dia pun selalu tumpang sekaki. :)

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 1:26 am

      kawe layan dua-dua belah kaki.. he he…

      • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah December 4, 2011, 4:40 am

        Nak landing dua-dua kaki kat KK dulu, baru dapat cari lego cam tu. Betul jugak, boleh buat tambah-tambah.

  • Avatar for Ismail N anif November 29, 2011, 12:42 pm

    Anak tak suka.. automatik jadi permainan si bapa. Hehe.. :D

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 1:26 am

      dah tahu anak tak suka, tetap beli jugak… hmmmm ada udang disebalik mee kalau cam tu :wink:

      • Avatar for Ismail N anif November 30, 2011, 4:43 am

        Masa zaman Saya Lego ni tak berapa popular.. Masa tu Kawada lebih famous. Sama macam Lego cuma Kawada ni asal Jepun. :D

  • Avatar for Ismail N ahmad kamil November 29, 2011, 12:31 pm

    terkenang masa dolu2… kalo xdapat lego..nangihh..nasib baik bila dah besor ni x de perangai macam tu dah.

    • Avatar for Ismail N IN November 30, 2011, 1:25 am

      he he.. dulu lain sekarang lain :D

  • Avatar for Ismail N nurmisnan November 29, 2011, 12:12 pm

    KK.??? Aku dgn mr. hubby baru balik dari KK. Kepenatan lagi..
    3H 2M stay sana. Happening + jam giler.. Panas jgn ceritalah..

    i like LEGO so much tapi mash mengumpul lagi utk di buat bilik khas..

    • Avatar for Ismail N IN November 29, 2011, 12:30 pm

      alahai nape tak sound? boleh kawe bawa makan seafood kat kg nelayan :D
      kat bando kk mmg jam ajer memanjang dan panas nak mampuih.. Kawe pun selalu elak masuk town. Kalu nak yg sejuk2 naik pi Kundasang.. sejuk mcm kat Europe :D

  • Avatar for Ismail N maza November 29, 2011, 9:43 am

    kuikuikui.. maza tak suka bendalah kecik2 ni.. skrg ni maza suka main games simple2 dlm telefon satu kali sudah.. ahaks..

    dan sambil2 itu cuba2 menangkap gambar makro satu kali uhuk!… lalallalala

    • Avatar for Ismail N IN November 29, 2011, 12:22 pm

      utk budak2 la bro….
      bapak budak main ler kamera ker, bola golf ker, gitar letrik ker he he :D

  • Avatar for Ismail N tehr November 29, 2011, 7:57 am

    pernah gak beli mainan macam ni
    tapi sekarang anak2 dah besar
    [dapat la jimat beli mainan]
    hehe

    • Avatar for Ismail N IN November 29, 2011, 12:17 pm

      lepas ni mintak anak belanja lak … :D

  • Avatar for Ismail N hafizmd November 29, 2011, 5:57 am

    Lego oh lego…mmg nak beli tp yg ori tu mahal

    Tp yg tak ori ni pulak, mane nk cari kat sini…hehehe

    • Avatar for Ismail N IN November 29, 2011, 12:07 pm

      mesti ada kat sana…cuma tersembunyi lah sikit mungkin.. kena survey bro.. :wink:

  • Avatar for Ismail N akubiomed November 29, 2011, 5:01 am

    Teringin hendak beli LEGO untuk anak tapi mereka tidak pula berminat. Kalau zaman saya kalau ada LEGO set memang sudah hebat. Nak buat collector’s item dah terasa tua pula. :-)

    • Avatar for Ismail N IN November 29, 2011, 12:06 pm

      anak tak minat? jimat tu bro :D

    • Avatar for Ismail N nurmisnan November 29, 2011, 12:10 pm

      collect jer brother.. tua muda ada impian masing2..
      mana tau anak2 pun nanti suka join sekali.