Pilihanraya Ke-13: Bersediakah Anda Untuk Mengundi?

0 votes

Teringat saya semasa saya baru bermastautin di negeri Sabah, saya mengambil masa yang agak lewat untuk mengemaskinikan kad pengenalan saya. Akibatnya, saya terlepas peluang untuk mengundi di pilihanraya umum kerana alamat berdaftar saya adalah di Muar Johor. Hendak pulang semata-mata untuk mengundi, alahai bukan murah tiket kapal terbang. Kalau BN atau Pakatan tanggung tu, no problem lah. πŸ˜€

pilihanraya ke 13

Dan jika saya pulang ke Muar untuk mengundi, pastinya saya tergolong dalam kategori PENGUNDI HANTU yang di sebut oleh Dr. Ong Kian Ming dan S.Ambiga kerana mempunyai alamat mengundi yang berbeza dengan kad pengenalan.

Berdasarkan sumber-sumber tertentu, saya mendapat tahu yang pilihanraya MUNGKIN akan di adakan se-awal Jun 2012 dan selewat-lewatnya Nov 2012. Jika saya tidak mengemaskini MyKad cepat, maka saya akan menjadi pengundi hantu sekali lagi kerana beberapa tahun lalu yang berpindah rumah dan MyKad yang saya perbahrui di Sabah dahulu sudah tidak tepat lagi πŸ˜€ Cuma kali ini travellingnya tidak jauh dan kawasan Parlimen masih sama, cuma kawasan DUN sahaja yang berubah.

Bagi mereka yang belum mendaftar atau tidak tahu sama sudah mendaftar atau belum, sila rujuk di laman web Suruhanjaya Pilihanraya. Terdapat juga kaunter-kaunter SPR yang dibuka kepada orang ramai di pusat-pusat membeli-belah untuk anda rujuk. Kalau di KK, ada satu kaunter di City Mall. Petugas di sana amat friendly sekali. πŸ˜€

Bagi mereka yang ingin menukar kawasan mengundi mengikut tempat mastautin anda, hendaklah membuatnya di Jabatan Pendaftaran terlebih dahulu. Ingat JPN ya dan bukannya SPR. Ramai yang agak keliru dan cuba menukarnya di SPR. SPR tiada kuasa kerana ia bukan bidang kuasa SPR. Ini kerana peruntukkan Akta yang menghendaki pengundi mengundi mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing dan cuma JPN yang boleh mengubah alamat pada kad pengenalan anda.

Ia agak “inconvenience” bagi sesetengah orang, terutama yang selalu berpindah-randah. Namun, untuk jangka masa panjang ia adalah cara terbaik mengawal pengundi hantu.

Selepas penukaran alamat dibuat pengundi hendaklah memaklumkan kepada SPR . Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru.

Di bawah Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Isu Memeluk Agama Islam

Ini satu lagi isu pengundi hantu iaitu nama di kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam daftar SPR. Sekali lagi prosedurnya adalah sama iaitu pengundi harus pergi ke JPN terlebih dahulu. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.

Isu-Isu Lain

Jika anda ada sebarang kemusykilan sila rujuk ke laman web SPR untuk maklumat lanjut. Baca juga bahagian soalan-soalan lazim dan dakwaan terhadap SPR dalam isu-isu berkaitan pilihanraya. πŸ˜€

Bagi mereka yang sudah layak mengundi, sila gunakan lah HAK-HAK anda dengan sebaiknya dan pergilah mengundi siapa yang anda mahu undi. Pilihan ditangan anda dan tiada siapa yang harus mempengaruhi anda dalam membuat keputusan. Jalankan kewajipan sebagai warganegara perihatin dan gunakan peluang ini menimba pengalaman, at least sekali dalam hidup. πŸ˜‰ Selamat Mengundi Semua! Hopefully, lepas raya la kan? Semua dalam mood bermaaf-maafan, maka tak lah tension sangat nanti.

Pilihanraya Ke-13: Bersediakah Anda Untuk Mengundi?

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah May 27, 2012
  2. Avatar for Ismail N ProfHariz May 16, 2012
  3. Avatar for Ismail N hafizmd May 16, 2012
    • Avatar for Ismail N IN May 16, 2012
  4. Avatar for Ismail N suri May 16, 2012
  5. Avatar for Ismail N anif May 16, 2012
  6. Avatar for Ismail N nizamghazi May 15, 2012
    • Avatar for Ismail N IN May 16, 2012
  7. Avatar for Ismail N iAwani May 15, 2012
  8. Avatar for Ismail N tehr May 15, 2012
    • Avatar for Ismail N IN May 15, 2012
    • Avatar for Ismail N akubiomed May 16, 2012
  9. Avatar for Ismail N Izzuddin Fauzi May 15, 2012
  10. Avatar for Ismail N Jebeng Otai May 15, 2012
    • Avatar for Ismail N IN May 15, 2012
      • Avatar for Ismail N Jebeng Otaiβ„’ May 16, 2012
        • Avatar for Ismail N hafizmd May 16, 2012