Tinjauan Penceraian Islam

Saya berada di Mahkamah Syariah baru-baru ini. Agak menyedihkan bila melihat ramai orang di sana dan kebanyakkan yang hadir menghadapi masaalah rumahtangga. Nun di satu sudut berdiri seorang wanita muda berbaju kurung dan bertudung hitam. Parasnya amat cantik dan dia kelihatan masih muda. Saya rasa usianya mungkin baru mencecah 20 tahun atau masih lebih muda dari itu. Matanya nampak bengkak dan merah. Sesekali sesekala air mata mengalir keluar dari kelopak matanya itu. Mata saya tertarik kepada jari-jarinya yang adakala disembunyikan disebalik beg tangan yang dibawa. Ada warna kekuningan seakan-akan warna inai yang hampir lupus dari kuku dan jari-jarinya itu. Saya rasa bagai hendak menegur dan bertanya tapi takut akan menyinggung perasaannya pula.

penceraian 540x304 Tinjauan Penceraian Islam

Gambar kredit: www.lppkn.gov.my

>> Tip-Tip Berumahtangga  <<

Walaupun penceraian bukanlah suatu yang luar biasa dalam masyarakat dan agama pun mewajibkannya dalam situasi tertentu, namun agak mendukacitakan jika ini berlaku. Dalam konteks kenegaraan, sang suami telah dianggap sebagai gagal dalam membawa tugasnya sebagai pemimpin, manakala sang isteri gagal menjadi warganegara yang baik. Apabila lafaz talak dijatuhkan, saya percaya keduanya pasti dapat merasa seakan iblis dan syaitan sedang berpesta meraikan kejayaan mereka. Manakala, anak-anak dari perkahwinan (jika ada) hanya dapat meratapi nasib mereka dan merenung masa depan tanpa kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa mereka.

Jenis-Jenis Penceraian Islam

Penceraian adalah dibenci dalam Islam biarpun halal. Sebelum ia terpaksa dilakukan, pihak-pihak terbabit sepatutnya mencari jalan bagi mengelakkannya dari berlaku. Untuk maklumat anda semua, terdapat 4 jenis penceraian Islam yang biasa di pohon iaitu:

  1. Talaq

  2. Khulu’

  3. Ta’liq

  4. Fasakh

Talaq

Talaq dari segi bahasa (Arab) bererti melepaskan ikatan. Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya. Perceraian cara ini diperolehi apabila suami hadir ke mahkamah dan melafazkan talaq. Jika suami melafazkan talaq di luar mahkamah maka isteri haruslah merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”
Surah Al-Baqarah, 2:229

Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:

  1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
  2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haid atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
  3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
  4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.

Pembahagian Talaq

Kesan jatuhnya talaq adalah berbeza-beza mengikut situasi. Dalam Islam, talaq adalah terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).

2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:

  • Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khulu‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
  • Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
  1. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
  2. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
  3. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
  4. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.

Cerai cara talaq adalah yang paling lazim berlaku. Secara amnya ia lebih kurang konflik dan tidak banyak pertikaian. Kedua-dua suami dan isteri boleh ke Mahkamah Syariah untuk memohon penceraian secara ini. Alternatifnya, salah satu pihak boleh memohon dan mahkamah akan memanggil satu pihak lagi bagi urusan menjatuhkan talak.

talaq 540x1077 Tinjauan Penceraian Islam

Kredit: www.jksm.gov.my

Khulu’

Khulu‘ dari segi bahasa (Arab) bererti melepas atau menanggalkan. Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami. Isteri boleh menawarkan pampasan kepada suami sebagai balasan melafazkan talaq. Jumlah pampasan tertakluk kepada persetujuan suami dengan diadili oleh mahkamah. Di zaman Rasulullah S.A.W pampasannya ialah maskahwin (mahar).

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.
Surah Al-Baqarah, 2:229

khulu Tinjauan Penceraian Islam

Kredit: www.jksm.gov.my

Ta’liq

Ta‘liq ialah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ta‘liq tersebut. Bagi mereka yang telah berkahwin pastinya sedar yang lafaz ta’liq ini dibaca selepas upacara akad nikah.

Ta’liq adalah perjanjian perkahwinan yang dilafazkan oleh suami semasa akad nikah. Jika suami melanggar taliq, isteri boleh melaporkan hal ini kepada mahkamah, dan sekiranya mahkamah mendapati suami telah engkar ta’liq (melanggar syarat-syarat yang dinyatakan dalam ta’liq yang telah beliau lafazkan), maka perkahwinan boleh terbubar dengan satu talaq.

taliq  532x1024 Tinjauan Penceraian Islam

Kredit: www.jksm.gov.my

taliq 2 503x1024 Tinjauan Penceraian Islam

Kredit: www.jksm.gov.my

Fasakh

Seorang isteri boleh memohon fasakh jika suami  melakukan kesalahan tertentu. Alasan-Alasan bagi mendapatkan fasakh sebagaimana yang biasanya terkandung dalam Enakmen-Enakmen Islam negeri-negeri adalah:

  • Tidak diketahui di mana suami berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
  • Suami tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
  • Suami telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
  • Suami tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
  • Suami telah mati pucuk.
  • Suami telah gila selama tempoh 2 tahun.
  • Suami sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
  • Suami lazimnya  menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita. Ini termasuklah menyuruh isteri berkawan dengan perempuan-perempuan jahat dan memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Suami melupuskan harta isteri.
  • Suami menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
  • Suami tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya (jika berkawin lebih dari satu) mengikut Hukum Syarak.
  • Suami tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
  • Apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Li’an

Selain dari cara-cara penceraian di atas, sesuatu perkahwinan boleh terbubar  secara li’an. Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak. Tuduhan ini pula dibuat tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja.

Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.

Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
Surah An-Nur, 24:6-9

Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya. Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
Riwayat Daruqutni

dulu lain sekarang lain cerai 540x313 Tinjauan Penceraian Islam

Gambar kredit: www.utusan.com.my

Faktor-Faktor Penceraian

Jumlah kes perceraian pasangan beragama Islam di negara ini pada tahun lepas (2011) menurun kepada 27,355 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan sebanyak 28,035 kes. Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009 pula, purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit. Statistik ini amat membimbangkan biarpun terdapat penurunan kes pada tahun 2011. PERSOALANNYA: Apakah punca-punca pasangan Islam bercerai dan apakah cara mengatasinya pula?

Pada pendapat saya faktor-faktor penceraian boleh kita bahagikan kepada 2 iaitu faktor langsung dan faktor tak langsung.

Faktor Langsung

Merujuk kepada sebab utama penceraian ataupun  alasan-alasan yang biasanya digunakan di Mahkamah Syariah dalam menuntut sesuatu penceraian atau pembubaran perkahwinan.

Tiada Persefahaman Lagi Dan Sering Bertengkar

Bagi sesetengah pasangan, perkahwinan boleh menjadi ‘indah khabar dari rupa‘. Kebahagiaan yang mereka angan-angankan ketika bertunang dan bercengkerama dengan gambaran rumah yang selesa, pakaian bergaya, kereta, makan enak di restoran dan melancong, tidak menjelma menjadi realiti setelah berkahwin.

Namun, yang lebih menyulitkan adalah wujudnya pertembungan dua budaya selepas berkahwin dan duduk di bawah bumbung yang sama. Oleh itu, pasangan yang bakal berkahwin hendaklah bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri. Jangan terkejut jika selepas kawin baru tahu yang isteri anda tidak tahu memasak atau suami seorang pengotor dan pemalas icon biggrin Tinjauan Penceraian Islam

Begitu juga dari segi pendapat, suami mahu bercuti di Eropah tetapi isteri mahu ke Asia Timur; suami mahu kereta sport, isteri mahu Sedan; suami mahu rumah di Taman A, isteri mahu tinggal di rumah ibu bapanya dan sebaginya. Walaupun nampak kecil, akan tetapi isu-isu sebegini bagai api yang jika dibiarkan akan menjadi marak dan merbahaya.

Hubungan Sulit/Extra-Marital Affair

Ini bukanlah satu mengejutkan dan sering berlaku. Malahan, ada juga pemimpin-pemimpin terkenal (dalam dan luar negara) yang menghadapi masaalah ini icon wink Tinjauan Penceraian Islam

Pihak ke 3 yang menjalinkan hubungan dengan sang suami atau isteri adalah satu penyebab langsung penceraian. Dalam sesetengah kes, pasangan mereka langsung tidak mengetahui hubungan sulit sehingga jangka waktu yang lama. Ada yang telah berkahwin dengan kekasih gelap dan mempunyi anak, barulah si isteri tahu.

Sang isteri juga tidak terlepas dengan masaalah ini. Pernah di ‘upload‘ di Facebook video khalwat isteri yang mana pasangannya belasah diteruk oleh orang kampung. Hmmm… ramai yang saya rasa dah lihat videonya.

Dalam kes-kes extra-marital affair ni biasanya agak susah perkhawinan hendak diselamatkan kecuali suami/isteri itu amat penyabar dan pengampun dan sanggup beri peluang pasangan masing-masing untuk bertaubat dan tidak ulangi kesilapan yang sama. Sesetengah pula tidak sanggup bersabar dan mahukan penceraian segera terutama jika yang ada affair ialah isteri atau jika suami, isterinya ialah yang ada kerjaya dan tidak bergantung nafkah dari suami.

Penganiyaan Atau Penderaan

Biasa nya yang mendera ialah orang lelaki. Tak pernah pula saya dengar kes isteri dera suami icon biggrin Tinjauan Penceraian Islam Mentang-mentanglah si kawan tu kuat dan gagah perkasa, maka si isteri yang lemah itu pun di belasahnya.

Salah sikit naik pelempang. Ada masaalah sikit kena terajang. Lebih-lebih lagi kalau mertua jauh atau sudah tiada lagi. Bermahajarela lah si suami perkasa ni.

Yang menariknya masa bercinta tu - pijak semut pun tak mati.

Tidak Memberikan Nafkah

Isteri-isteri yang tidak berkerja dan bergantungan hidup dengan nafkah suami pastinya tidak boleh tahan jika nafkah tidak di beri. Ini boleh dikira sebagai penderaan juga. Oleh itu, tidak hairan jika ada yang terpaksa meminta agar dilepaskan.

 Terdapat juga suami yang lalai dengan tanggungjawab mereka dan sibuk berhibur atau berkerja sahaja sehingga lupakan isteri masing-masing. Oleh itu, tidak hairan jika isteri mereka pun main kayu tiga atau lebih drastik lagi memohon penceraian di mahkamah.

Sebab-Sebab Lain

Terdapat juga sebab-sebab lain seperti sakit, hilang perasaan cinta dan lain-lain lagi, namun rasanya empat faktor di atas adalah yang paling kerap dikemukakan bagi alasan penceraian.

isteri lari dulu lain sekarang lain 540x312 Tinjauan Penceraian Islam

Gambar kredit: www.hmetro.com.my

Faktor Tidak Langsung

Walaupun ia bukan faktor yang secara langsung menyebabkan berlakunya sesuatu penceraian, namun dalam banyak kes faktor-faktor ini lah yang mempengaruhi suami isteri dalam membuat keputusan untuk membubarkan perkahwinan.

Kurang Penghayatan Agama

Kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin. Kesedaran akan tanggungjawab masing-masing akan membantu pasangan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak seharus dilakukan yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga.

Campur Tangan Dan Pengaruh Pihak Ke-3

Seringkali bila ada krisis dalam rumahtangga, suami atau isteri akan menghubungi saudara mara atau rakan yang paling rapat bagi meluahkan perasaan atau mendapatkan nasihat. Adakala ia boleh membawa kebaikkan akan tetapi tidak kurang juga yang membawa keburukkan.

Campur tangan pihak ketiga adakala boleh bertukar menjadi hasutan dan akhirnya  menyebabkan rumahtangga menjadi bertambah porak peranda lalu mendorong pasangan tersebut berpisah.

Kelemahan Suami Dan Keingkaran Isteri

Berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri). Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.

Adakah ini menunjukkan ramai suami-suami Islam di Malaysia GAGAL dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sehingga ramai isteri-isteri yang tak sanggup lagi tinggal sebumbung dan sanggup memfailkan permohonan penceraian?

Atau adakah terlalu ramai isteri-isteri yang besar kepala dan mahukan suami mengikut kehendak mereka pula, lantaran itu jika tidak dituruti suami akan ditinggalkan? Lebih-lebih lagi jika mereka punyai kerjaya yang hebat dan tidak perlukan bantuan kewangan suami langsung.

Terpengaruh Dengan Media Dan Masyarakat Sekelling

Satu malapetaka yang di bawah oleh media-media hari ini ialah pengaruh buruk yang di bawa terutama oleh media-media barat yang menggalakkan penggunaan kekerasan dan budaya kuning.

Malah media baru (internet) turut merosakkan ahlak masyarakat dengan melekakan serta menyebab kan hubungan sulit lebih kerap terjadi hari ini.

Kurang Faham/Minat Seks

Dikalangan umat Islam, isu ini masih lagi agak ‘taboo‘ dan sukar untuk dibincangkan. Akan tetapi ia penting dan adalah antara faktor yang menyumbang kepada penceraian. Terdapat orang yang bercerai kerana tiada KEMAHIRAN SEKS dalam membelai pasangan masing-masing hingga saat-saat yang dijangkakan menyeronokkan muncul sebagai detik-detik yang membosankan dan menyakitkan. Lebih sukar lagi ialah bila mereka gagal berbincang dan memperbaiki keadaan sehingga salah satu pihak menjadi bosan dan mengambil jalan salah.

Isu-Isu Selepas Penceraian

Ramai yang sangka penceraian akan menyelesaikan masaalah mereka, namun ini tidaklah 100% benar. Harus saya ingatkan di sini proses penceraian bukanlah mudah dan cepat. Adakala nya ia boleh berlanjutan berbulan-bulan dan bertahun lamanya, terutama bila pihak-pihak bertelingkah mengenai sesuatu fakta. Dalam kes fasakh biasanya, pihak isteri akan menuduh suami dengan pelbagai tuduhan bagi mendapatkan penceraian. Sang suami yang ingin menjaga maruahnya dan menafikan tuduhan tersebut akan mencabarnya di mahkamah dan akibatnya kes akan berlanjutan dengan lamanya dan pelbagai pihak terpaksa dipanggil bagi memberi keterangan di Mahkamah.

Selain dari itu, pihak-pihak pada penceraian juga mungkin akan bertelingkah dalam hal-hal lain seperti harta sepencaraian, nafkah, mutaah, hadanah dan lain-lain lagi. Ini juga akan memakan masa dan meninggalkan kesan yang kurang baik serta melibatkan kos yang guaman yang mahal.

Harus diingat juga kes-kes ini adalah bersifat peribadi dan acapkali bila ada perbalahan segala hal-hal peribadi yang memalukan akan diluahkan di mahkamah untuk didengar oleh mereka yang hadir.

Kesimpulan

Untuk kesimpulan, saya akan kembali dulu ke kisah saya di perenggan pertama tadi. Teringat pula semasa di Mahkamah saya sempat berbual dengan beberapa plantiff dan defendan di sana. Ada juga yang dari satu pejabat dan sama-sama dalam proses penceraian. Wah! Nampak ramai betul yang hadapi masalah ini sehinggakan satu pejabat pun hantar dua wakil ke Mahkamah icon biggrin Tinjauan Penceraian Islam Ada juga yang masih tidak berpuas hati dan bertengkar di perkarangan Mahkamah.

Bagi mereka yang sudah melayari hidup berumahtangga pasti tahu bukan mudah hendak membina rumahtangga dan mengekalkan nya aman bahagia hingga ke akhir hayat. Banyak cubaan dan dugaan perlu dihadapi dan semuanya tidak yang manis-manis sahaja. Menurut kajian JAKIM, tempoh 10 tahun perkahwinan adalah yang paling kritikal dalam perkahwinan yang mana hampir 60% perkahwinan dalam tempoh ini berakhir dengan penceraian. Oleh itu, pasangan yang mampu bersabar dan sentiasa cuba memperbaiki hubungan rumahtangga, insya-allah akan di anugerahkan rumahtangga yang rukun damai dan menjadi contoh pasangan-pasangan lain.

- Tinjauan Penceraian Islam

 Tinjauan Penceraian Islam

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Tinjauan Penceraian Islam

Latest posts by Ismail N (see all)

19 thoughts on “Tinjauan Penceraian Islam

  1. Catatan yang sangat lengkap untuk panduan dan sempadan. Setuju yang 10 tahun pertama, dikatakan paling kritikal sebab pada masa itu banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk menyesuaikan diri, bukan sahaja dengan pasangan, tetapi juga dengan keluarga dan persekitaran. Selepas tempoh itu, bukan tiada, tetapi pasangan tersebut biasanya lebih matang dan mampu menghadapi masalah dengan lebih baik. Apapun, pada pendapat Kak Long, jika masing-masing tahu tentang tanggungjawab dan meujudkan komunikasi yang baik dalam perkahwinan serta berpegang pada agama, perceraian dapat dielakkan (kecuali yang dah jatuh hukumnya wajib tu) erana biasanya lebih banyak mendatangkan keburukan atau masalah terutama bagi pasangan yang dah ada anak.

  2. perkara yg paling ditakuti..apa pun..semoga dijauhkan..

    hurm..kadng2 pelik juga..bg mereka yg muda bercerai..mungkin boleh diterma..tp apabila pasangan suami isteri yg da berkahwin berpuluh thun..tp x dpt diselamatkan perkahwinan mereka..tu mmg agak mengecewakan..mungkn da tertulis..jodoh mereka di takat itu je kan

  3. rasa mcm baca buku nota hehe oh I really miss this subject..dulu TE xyakin untuk membahaskan isu ni, tertanya-tanya adakah diri yg pendiam ni boleh berdiri di depan hakim..sememangnya boleh tapi masa tu kurang yakin jadi TE xbersungguh untuk teruskn hajat bergelar peguam syarie..

    • Rasanya kes-kes syarie’ yg cerai berai ni agak straight forward. So kalu rasa diri tak salah, tak perlu risau berdepan hakim biarpun pihak satu lagi pakaai peguam :D TE, buat ler course syarie kat UIA … Teruskan hajat yg murni itu.

  4. Rasanya inilah artikel paling lengkap yang pernah aku baca. Terbaik!

    Selalu orang kata, punca cerai ni sebab perasaan cinta pada isteri dan anak-anak tu dah hilang. Begitu juga sebaliknya. Kalau tak hilang, masakan si suami/isteri tidak pandai bertolak ansur antara satu sama lain. Kan?

    • Yup, ada point tu. Cuma adakala ego dan nafsu menguasai diri. Dlm banyak kes, ramai pasangan yg bercerai rujuk sebelum kes cerai mrk selesai di mhk. Ada yg dah cerai and then menyesal. Cuma bukan semua yg dapat rujuk balik. :D

  5. pertimbangkan baik2 klu ada tak kena bicang ya huhu…skli masuk blog ini dh cam masuk ceramah kursus kwin ar pula heee

  6. salam bro..kwin nmpk mudah tapi peganglah satu jer kata2 tu klu benci cuba elak ckp talak… klu jatuh bukan susah..lagi klu ada anak2 huhu…

  7. Saya tak kahwin lagi. Tapi saya harap benda2 cam ni x berlaku pada saya nnti. InsYaAllah.

  8. asam garam perkahwinan memang ada pasang surutnya. ada pahit dan manis dalam perkahwinan.
    perceraian sepatutnya jadi jalan terakhir jika ada masalah rumahtangga.

    namun jika berlaku perceraian juga tanggungjawab terhadap anak2 tidak patut diabaikan ataupun lepas tangan.

Comments are closed.