Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

Dalam tempoh 4 minggu pertama hidupnya, anak kucing (‘si Comel’) amat bergantung kepada ibunya untuk hidup.  Sekiranya anda terjumpa si Comel yang baru lahir tanpa ibu kucing (mungkin ibu kucing mati, meninggalkan atau terpisah dari anak kucing, ibu kucing tidak dapat menyusukan anaknya, dll), dan anda ingin memberi peluang hidup kepada anak kucing ini, berikut adalah tips-tips penjagaan anak kucing yang baru lahir yang disyorkan oleh mereka yang berpengalaman:

> Tip Terbaik Penjagaan Kucing Comel Anda <

Tip # 1

Anak kucing yang sendirian amat mudah kesejukan dan mengalami hiportermia. Sekiranya badan si Comel sejuk, selimutkan ia dan letakkan ia pada tubuh anda untuk menaikkan suhu badan anak kucing ini. Anak kucing yang baru lahir tidak akan menggigil kesejukan, oleh itu anda hendaklah menggunakan deria sentuhan anda untuk mendapatkan kepastian.

selimut anak kucing 540x618 Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

Tip # 2

Pastikan si Comel tidak mengalami dehidrasi (dehydration) atau kekeringan:

  1. Cubit dan tarik dengan lembut kulit pada belakang leher si Comel
  2. Lepaskan kulit tersebut dan sekiranya ia kembali ke asal segera, ini bermakna anak kucing ini tidak mengalami dehidrasi dan boleh diberi minum susu.
  3. Sekiranya kulit anak kucing mengambil masa lebih daripada 1 saat untuk kembali normal, ini menunjukkan yang anak kucing tersebut mengalami dehidrasi dan memerlukan bantuan doktor haiwan.  Sekiranya anda tidak dapat membawanya ke klinik haiwan, anda bolehlah membancuh minuman khas untuknya (didihkan 2 cawan air dan kemudian tambah 5 sudu kecil gula dan ¼ sudu kecil garam sehingga ia larut, masukkan dalam peti sejuk.  Apabila suam, bolehlah diberi minum si Comel menggunakan picagari/syringe, bekas botol ubat mata/eye dropper atau botol khas).
  4. Beri si Comel minum 1 – 1.5ml setiap 30 minit sehingga ia membuang air kecil.

botol susu anak kucing 540x651 Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

Tip # 3

Milkodog Milk Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

Gambar kredit kepada farmaline.co.uk

Sekiranya anak kucing  nampak sihat, berikan ia minum susu yang sesuai seperti Milkodog (jangan sekali-kali memberinya minum susu lembu!) setiap 2 jam.  Jika tiada susu tersebut, anda juga boleh membancuh susu gantian untuknya dengan mencampurkan:

  • 4 Cawan air masak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula atau madu

(Lebihan susu bolehlah diletak di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila perlu)

Atau,

  • 2 sudu besar susu sejat
  • 2 sudu besar air
  • 3 sudu besar yogurt biasa
  • 3 biji kuning telur

Apabila memberi anak kucing minum, baringkan ia pada dadanya, dudukkan atau tegakkan ia, jangan baringkan ia ke belakang seperti bayi kerana itu boleh menyebabkan ia tersedak atau lemas kerana air susu masuk ke dalam paru-paru. Lihat video di bawah:

XXXX

Tip # 4

Setelah selesai anak kucing menyusu, sendawakan ia dengan membaringkannya pada bahu anda dan menepuk lembut belakangnya sehingga ia sendawa.

Tip # 5

Sediakan tempat tidur untuk anak kucing anda.  Anda boleh gunakan kotak kasut, atau bekas-bekas plastik yang sesuai.  Alaskan kotak berkenaan dengan suratkhabar lama di bahagian bawah, dan kain atau tuala lama pada bahagian atas. Anda juga boleh gunakan stoking lama yang digunting pada bahagian tengah agar ia terbuka luas, sesuai dijadikan selimut si Comel.

Tip # 6

Anak kucing yang belum mencapai 3 minggu tidak boleh membuang air besar atau kecil sendiri.  Selepas ia menyusu, anda perlu merangsang si Comel membuang air besar atau kecil dengan mengesat perlahan-lahan alat sulitnya dari belakang ke depan dengan kain/tisu/kapas/bebola kapas yang lembap sehingga ia membuang air atau selama 10 minit. Selain itu, anda juga bolehlah mengusap dari atas ke bawah perut si Comel untuk membantu proses pengkumuhannya.

Sila pastikan anda sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas memegang anak kucing kerana ia mudah diserang penyakit.  Segala peralatan menyusu seperti botol susu, dll, mestilah telah dinyahkuman dengan air mendidih.  Apabila anak kucing ini mencapai umur 4-6 minggu, bolehlah mula memberikan ia makanan yang separa pejal.

Untuk makluman anda, anak kucing yang masih bertali pusat mungkin berumur di bawah 3 hari.  Matanya akan terbuka apabila berumur di antara 8 – 10 hari.

Sekiranya anda tidak berupaya untuk menjaga anak kucing ini, serahkan ia ke pusat penjagaan haiwan misalnya Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

> Tip Terbaik Penjagaan Kucing Comel Anda <

- Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

 Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

67 thoughts on “Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

  1. Boleh tnya tak kenapa ibu kucing makan anak dia ?? Tngal satu ekor jadi takut nak bgtngal sama2 tkut ibu kucing tu mkn anak dia lagi.. adakah prkara ni normal ibu kucing mkn anak dia ..

    • Hi Ain,

      Memang tak normal pun dan amat jarang berlaku TETAPI ada berlaku.

      Biasanya mak kucing tak makan anaknya namun bila anaknya disentuh oleh manusia misalnya dan menghasilkan bauan yang berbeza, mak kucing akan membunuh anaknya itu. Bila telah dibunuh, ia akan memakannya pula.

    • Skrg ni anak kucing sy xbermaya kemungkinan susu masuk kat paru2.. Mcm mana saya nak buat ya? Baru td ibu nya tgglkan,sy jumpa masih ada uri..

      • Mia,

        Bukan senang menjaga anak kucing yang baru lahir ni ya. Pengalaman saya mmg berat betul nak menyelamatkan mereka. Sebaiknya anda bawa dia ke klinik haiwan swasta atau pergi sahaja ke Jabatan Haiwan berdekatan untuk mendapatkan bantuan seberapa segera.

  2. bgs info… tp saya nak tanya. saya ada kucing kwb bg sudah putus pusat tp mata blm bkak n telinga masi belipat lg. sya bg dia mnum milkodog dan bg susu botol dalam 2-3 jam. berapa mlm lali dia berak tp dr kmarin , smlm dan hari ini dia tak berak lg. ini merisaukn saya. byk sy cuba tp dia tak berak jg cuma kencing. perut dia dah bsar. tak boleh tak bg susu sb dia lapar. saya usap kemaluan dia tp mcm rasa sakit jd saya tak buat lg. boleh bgtau mcm mana spaya dia boleh berak hari..
    thanks,
    yulie,
    sabah

    • Dia masih baby mmg susah sikit. Saya rasa bagus anda bawa dia check di Jabatan Haiwan dulu. Kalau di KK, dekat area Kepayan, berdepan dgn ibu pejabat polis.

      • saya suda bw dia p vet klinik pg ni. kata doc dia ok. bile hidup sb dia sihat benar. cuma doc nasihatkn letak minyak kayu putih campur dgn minyak mkn ckt n sapu diperut dia klu xjg berak ambik sabun cucuk dlm dubur dia. lps tu dia pasti berak. ada nanah ckt dpusat dia kna cucuk jarum ckt td dan nanah sda dkluar kn n dia bg ubat sapu. kata doc klu dia xtahan dia akan berak sndiri

        • Tindakan yang baik membawanya ke klinik haiwan dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini. Semasa kami pertama kali menjaga anak kucing yang baru lahir dulu pun memang susah juga. Cuma komplikasi yang anda lalui rasanya tidak pula kami hadapi. Sekali lagi terima kasih kerana sharing ya.

          • sama2. kitten saya sda berak bru saja td. saya susukn dia dgn ibu tumpangan. susukn dgn susu botol jg tp ksi cairla air susu spaya taiknya nt ndak keras. mcm baby jg klu pelihara kitten..

  3. Kucing jiran saya suka duduk rumah saya. And gave birth pun kat sini. Masalahnya minggu ke 3, ibu dia dah mula on heat. Jarang sgt susukan anak. Pertanyaan : bolehkah saya feed the kitten dgn susu gantian ( diy) semasa ibunya tiada?
    T.kasih

    • Yang penting susu itu mesti sesuai yg dibeli dari pet shop. Milkodog rasanya yg terbaik utk anak kucing. Jangan beri susu lembu tau! Ikuti cara penyusuan dalam video di atas.

      • Aduh, takkan tak boleh kasi minum susu yang murah-murah untuk anak kucing tu. Kalau tak silap masa saya kecik-kecik dahulu, kami bagi minum susu cap junjung sahaja. Boleh juga tu. Hidup juga anak kucing tu sampai besar. Lagipun masa tu bukan ada pun susu macam Milkodog tu.

    • Alahai kak? abg? Anak kucing… mestilah comel kan. Siapalah tak suka dengan anak kucing.

  4. Tp klu xde budget utk susu baby kucing ni blh Cuba DIY. Susu tu mngikut arahan Yg d beri… Bkan apa sy beli susu kt klinik haiwan rm55 agak mhal jgak tp Xpe la jnji blh tgok ank kucing sy hdup dh lerrrr….

    • DIY? Saya kurang pasti dengan susu itu. Mungkin boleh di cuba nanti. Cuma anak-anak kucing yg baru lahir dan terputus hubungan dengan ibu kucing perlu diberi susu yang sesuai. Betul kata anda tu, agak mahal tapi yg penting anak kucing dapat terus hidup.

    • Sapa-sapa lah yang tak ada anak kucing kot. Free aje. Kalau comel, sapa lah yang tak mahu. Kan?

    • Sy follow tips kt ats… Nmpak positif… Cuba la follow apa Yg d ajar kt ats.. Kt Cuba je Yg lain smua ktentuan Allah s.w.t…..

    • Wah! jadi bapa lah sekarang ni kan? Tahniah. Dah beri nama anak kucing tu? Kasi lah yang macam artis sikit.

  5. Sedih saya.. kucing persia putih sya lahiran kmarin sore,, 8 ekor anaknya meninggal smua… Pdhl kmi udh usaha smaksimal mungkin, si induk tdk pduli dgn ank2nya, ini klairan pertamanya, udh kmi bntu dgn memotong tali pusarx & memberikn susu dr petsop terdkt susu khusus kucing br lahiran, udh di hangatkn dgn lampu & handuk/slimut hngat tp Tuhan brkhendak lain.. Apa yg slh… T-T

    • Wah! susah nak jaga kalau begini. Saya nasihatkan anda bawa ke tempat penjagaan kucing yg berdekatan. Agak susah hendak jaga baby kucing yg amat kecil begini sbb mereka perlukan susu ibu kucing utk antibodi dan menyusukan mereka mmg susah sbb mereka pun tak biasa pakai puting tiruan lagi.

      • Laa.. kan dah ada tips kat atas tu. Penat ajelah penulis blog ni menulis.. keh keh keh.. Macam aku tahu sangat pasal anak kucing ni. Tapi bab penjagaan anak kucing aku expert.

  6. Tolong bagi tips saya menjaga anak2 kucing yg kematian ibu. Ibu nya dilanggar kereta smasa anak2 nya berumur seminggu lebih. Oh Sedih.

  7. saya ada anak kucing baru lahir 3 ari pa ibunya ad tp ibu kucing tu xnk kat ank2 dia… so skrg sy yg bela ank kucing tu… tp maalah ye salah sekor dr ank kucing sy ni mengalami masalah pernafasan mgkn sbb susu yg sy berikan tu termasuk dlm hidung ye… and skrg ank kucing saya ni bernafas mengunakan mulut and kadang2 ada jugak die bernafas mggunakn hidung ye… kirenya mcm org kene selsema…. plz help me solve my problem coz i dont have moneyto take my little kitty to clinic…

    • Baru 3 hari? memang susah tu untuk anak kucing survive jika di ambil ibunya. Cuba kurung ibunya dengan anak kucing sbb adalah terbaik utk anak kucing tinggal bersama ibunya waktu kecil begitu.
      Utk lebih baik, bawa anak kucing itu ke Jabatan Haiwan berdekatan. Mereka cuma kenakan caj pendaftaran RM 1 atau 2 jika tidak silap saya.

  8. hidung anak kucing saya terhantuk apabila dia cuba untuk keluar daripada bakul dan terjatuh……..keesokan harinya,anak kucing itu lemah dan tidak mahu minum susu

  9. hello…..kenapa selepas beberapa hari saya merangsang anak kucing saya supaya buang air,keluar darah dari punggung nya?…adakah saya membancuh susu terlalu pekat??…please help me

  10. saya ade anak kucing berumur seminggu,ibunya mati dalam masa 3 hari selepas besalin.masalahnya salah seekor anak kucing saya megalami cirit tetapi hanye untuk sekali manakala seekor lg hanye kencing.pada umo berapakah anak kucing boleh membuang air besar

  11. Iera punya ank kucing baru lahir 3 minggu rasa2 nya..jumpa dia kt tepi jalan kesejukan..n ibu dia tak de. Kaki nya patah.
    hari kedua jaga dia aktive,,iera beli kan susu untuk kucing..
    beri kan dia mkanan tuna untuk ank kucing.. Mula2 dia makan..
    Hari ke 3.. Teros tak nk makan langsunh 1 hari..
    berak2 n byk sgt mcm ceret beret.tadi bdn dia tak boleh bergerak..
    Adekah iera salah beri dia mknan atau di sebab kan kaki dia saket menyebeb kan dia tak nk makan?..

  12. anak kucing saya baru berusia 5ari tp masih ada tali pusat. blh ke sy gunting gitu je..atau tggu ia tercabut dgn sendiri. lg 1 xpe ke kalau sy bg susu mggunakan picagari.?

  13. sy dah try buat susu gantian yg pertama tu, minum pulak anak kucing sy tu, jimat duit. Tima kasih bg info nie, tapi berapa lama nak bg susu gantian nie yek?

  14. ibu kucing saya baru melahirkan anak, tetapi ibu kucing seperti tiada susu. Saya telah belikan queen 34 (royal canin) makanan kucing yang boleh membekalkan susu kepada si ibu kucing. Bagaimanapun, masalah lain pula timbul apabila anak kucing yang baru dilahirkan itu tidak dapat menyusu ibu y kerana agak lemah, dan saya perasaan puting ibu kucing terlalu besar untuk anaknya. Jadi saya telah menggunakan kucing siam yang juga baru melahirkan anak untuk menjadi ibu susu buat sementara waktu kerana puting ibu kucig siam agak kecil dan memudahkan anaknya untuk menyusu. Tetapi saya risau adakah langkah yang saya buat ini betul atau mungkin kah ada cara lain untuk membantu supaya anak kucing persian saya dapat bekalan susu yang secukupnya

  15. Sy bru kutip ank kucin umur sehari..jupe kt padang sekolah..sy xsempat nk gi vet arini.skrg ni tgh tkial-kial nk bela..dh cube sedaye upaya wat tips kt ats tp yg bahgian check hidrasi tu xreti sgt..huhu..xtau la mampu btahan x ank kucin ni..sedihh..sy bg susu pastu tdokn die..die tdo smbil sedu sedan..cm tcekik pon ade..risau ni…ke mmg ank kucin ske tkejot2 ms tdo?

  16. tips bagus ni, sbb tak penah bela kucing.. nak2 anak kucing yg tak de mak.. kesian dia, dah le comel..

    tips #4 tu macam sendawakan baby jer.. hehe

Leave a Reply