Google AdSense

Google AdSense

Krisis Air Di Selangor Meruncing?

krisis air di selangor

Gambar kredit: docleaf.com

I was living in KL in 1998 when the water crisis hit back then. I remember old folks struggling to carry water buckets up to their flat units, people washing at streams etc etc. It was not even a permanent problem back then. Just an extremely hot weather drying up water supply - Big Cat

Para penduduk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putra Jaya pastinya merasa resah dengan kemelut bekalan air yang melanda tempat mereka. Bagi mereka yang mengharapkan hujan akan turun segera dan menyelesaikan masaalah mereka, dukacita saya nyatakan masaalahnya bukan setakat air hujan sahaja, akan tetapi lebih dari itu. Jika ia tidak diselesaikan segera, maka dalam masa akan datang krisis air di kawasan-kawasan ini akan menjadi amat teruk sekali. Malah, ia mungkin lebih teruk dari krisis air tahun 1998 yang mana bekalan air kepada 1.8 juta penduduk terjejas selama ENAM BULAN!

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan  Putrajaya (Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya Water Association), Aldric Loong Kim Yew, permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putra Jaya telah meningkat kepada 4,364 juta liter air sehari [Rujuk NST]. Ianya HAMPIR SAMA dengan keupayaan pengeluaran dan distribusi MAKSIMA Loji Perawatan Air di sana iaitu sebanyak 4,371 juta liter sehari.  Jika tiada sebarang tindakan di buat, nescaya tidak lama lagi jumlah permintaan akan melebihi penawaran . Oleh itu, pastinya penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putra Jaya akan menghadapi catuan air dan krisis air yang berpanjangan sehingga loji baru dibina atau loji lama di naik tarafkan.

Bagi mereka yang keliru, air yang terjejas dan semakin berkurangan adalah air yang telah dirawat (treated water).  Air ini lah yang masuk melalui paip-paip di rumah anda. Biarpun tidak hujan, namun jika air di sungai atau kawasan tadahan air masih pada tahap yang sesuai, air masih boleh disalurkan ke Loji Rawatan Air. Akan tetapi jika loji yang ada  tidak mempunyai kapasiti merawat air secukupnya, maka penduduk sekitar akan terjejas biarpun hujan turun dengan banyaknya.

The state government is obviously confused. It is referring to the seven dams in Selangor which act to store surface water or raw water, when Syabas is referring to the reservoirs storing treated water for supply to consumers – New Straits Times

Simpati saya buat penduduk di sana dan semoga pihak-pihak yang  terlibat boleh menyelesaikan segala isu dengan secepat mungkin. Keluarga saya di sana…hmmm sabo’ ajelah ya :D

- Krisis Air Di Selangor Meruncing?

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: June 30, 2012 @ 15:50
  • www.dululainsekaranglain.com

9 Comments

  1. hafizmd says:

    Aku ni antara yg mungkin terjejas. Kalau terpaksa, mau kena fikir utk balik kampung…
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?

  2. maza says:

    setakat hari ini boleh mandi dan berenang lagi kat dlm rumah.. hehehe
    maza recently posted..Wordless Wednesday: Stealth

  3. akubiomed says:

    Harap kawasan saya tidak mengalami masalah air.
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

  4. Penduduk semakin ramai, keperluan air bertambah. Semua pihak perlu bekerjasama demi kepentingan semua.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Maharku Untukmu Dalam Cerekarama Maharku Untukmu TV3

  5. rasanya selangor bukannya terpencil..leh je beli air dgn pahang..
    Jebeng Otai™ recently posted..Komentator Tegar Jun 2012

  6. titan says:

    pepandailah diorang setelkan..aku yakin diorang tahu nak setelkan masalah tu..
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 6

  7. syahrilhafiz says:

    haa haa tak tahu, politik punya pasal la ni jadi macam tu
    dulu sebelum ini oke jeh
    syahrilhafiz recently posted..23 Blogger Lelaki Kacak Layak Ke Final EURO 2012

  8. anif says:

    Keselesaan rakyat harus diutamakan. Politik letak tepi dulu..
    anif recently posted..Saya Dapat Lagi Murah!